Alhamdulillah syukur…. Itulah yang patut diucapkan oleh
penjawat awam di seluruh negara apabila semalam PM umumkan pemberian bonus
sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.
Macam-macam respon yang diterima berkenaan pemberian bonus.
Ada yang bersyukur, ada yang gembira, ada yang marah dan tak kurang juga ada
yang mengugut untuk mengundi pembangkang dalam pilihanraya nanti.
Bagi saya, sepatutnya penjawat awam patut bersyukur dengan
pemberian bonus ini. Bukan semua orang
bersetuju dengan pemberian bonus setengah bulan gaji ini termasuklah saya. Akan
tetapi, tak kiralah apa alasan sekalipun, janganlah sampai mengugut, mencaci
dan mencemuh dan macam-macam lagi respon yang tak elok diberikan. Hak mengundi
adalah hak anda dan rahsia anda. Tak perlu dicanang kepada semua apa yang
hendak diundi.
Saya faham kuasa undi ditangan anda dan penjawat awam
seramai 1.27 juta orang ini mampu mempengaruhi keluarga, sahabat dan orang
sekeliling mereka untuk mengundi pemimpin pilihan mereka dan mampu menggugat
kedudukan sesebuah kerajaan. Akan tetapi, senyap-senyap sudahlah nak undi apa pun.
Apalah salahnya jika kita beri respon secara
beradab? Itu menunjukkan kematangan kita dalam menilai sesuatu. Ada juga yang
mencemuh sikap dan disiplin kakitangan awam. Mengapa disalahkan keseluruhan
jentera kakitangan awam disebabkan segelintir darinya tidak berdisplin? Inilah
yang dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Pada saya, isu bonus
tak perlulah dikaitkan dengan isu sikap dan disiplin kakitangan awam.
Ada juga yang mengomen nak gaji dan bonus besar, pegi belajar
tinggi-tinggi dan minta jawatan tinggi. Come on la… alasan belajar
tinggi-tinggi dah lapuk dan tak releven
lagi la sekarang ni. Jangan ingat orang yang jawatan kerani tu cuma ada SPM
aja. Majoriti daripada mereka ada STPM, Diploma, Ijazah.
Zaman sekarang ni
orang berjawatan kecil bukan sebab tak ada kelulusan tinggi, tapi sebab rezeki
dapat kerja berjawatan rendah (mereka tak memilih kerja). Jangan ingat mereka
tak mahu berjawatan yang bergaji besar. Kalau semua dapat jawatan tinggi, siapa
pula yang nak bekerja jawatan rendah? Semua bidang jawatan dan pangkat
sama-sama penting dalam apa-apa organisasi.
Memang saya kurang bersetuju pemberian bonus setengah bulan
gaji. Pandangan saya, pemberian bonus secara kadar rata adalah lebih sesuai,
adil dan menjimatkan berbanding setengah bulan gaji atau sebulan gaji.
Contohnya, bonus sebanyak RM500 atau RM1000 untuk semua
penjawat awam tanpa mengira gred atau pangkat. Bukankah lebih adil kepada
setiap penjawat awam dan menjimatkan wang kerajaan? Setiap kali bonus
diberikan, inilah pandangan dan respon yang paling banyak diterima. Jika
formula pemberian setengah bulan gaji/sebulan gaji ini diteruskan, yang bergaji
besar akan terus mendapat durian runtuh manakala yang bergaji kecil hanya mampu
menelan air liur dan mencatu bonus yang sedikit untuk pelbagai urusan.
Bukankah golongan yang berpangkat rendah, gred rendah dan
gaji rendah lebih memerlukan bonus ini berbanding golongan atasan yang sudahpun
bergaji menjangkaui lima angka? Bukankah golongan bergaji rendah lebih merasai
keperitan terhadap harga keperluan asas dan kos sara hidup?
Janganlah disalahkan mereka tak cukup duit disebabkan
membuat pinjaman peribadi kerana bukan semua daripada mereka membuat pinjaman
untuk berfoya-foya. Kadang kala mereka terpaksa membuat pinjaman untuk
menyelesaikan sesuatu urusan yang tidak boleh ditangguh seperti kesihatan
kerana gaji yang diterima tidak dapat menampung urusan tersebut.
Isu yang saya bangkitkan disini bukanlah mahukan kerajaan
berikan bonus yang tinggi kepada penjawat awam berjawatan rendah. Isunya ialah
keadilan sesama kakitangan awam dan penjimatan wang kerajaan bagi mengelakkan
rasa tidak puas hati yang berterusan dikalangan penjawat awam.
Walaubagaimanapun,
Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada kerajaan kerana pemberian ini.
Diharap dalam isu bonus kakitangan awam,
janganlah diabaikan penjawat awam yang bergaji rendah yang lebih memerlukan
bonus kerana mereka lebih merasai kesan kos sara hidup berbanding kakitangan
bergaji tinggi.
Ini adalah pandangan peribadi saya. Jika anda tidak
bersetuju dengan pandangan ini, janganlah dimaki/dicemuh. Komen/tegurlah secara
berhemah dan terbuka. Terima kasih kerana sudi melawati blog saya.