Khas untuk warga Kuantan, pengajaran untuk semua.

Contoh pemandu yang tidak bertanggungjawab menyusahkan orang ramai. Gambar diambil sendiri di tempat letak kereta percuma di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Sepanjang hampir empat bulan saya berada di bandar kuantan, terdapat beberapa perkara yang sering dilakukan oleh pemandu disini.

Saya sebenarnya telah terbiasa dengan pemanduan yang lebih agresif di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jadi, bila balik ke Kuantan, berdasarkan pengalaman pemanduan di KL dan Putrajaya, saya dapati kebanyakan pemandu di Kuantan suka melakukan beberapa kesilapan ketika memandu. Antaranya ialah :

1. Tidak memberi isyarat (signal) ketika hendak membelok.
   - Perlakuan seperti ini sangat membahayakan nyawa pemandu itu sendiri dan juga orang lain. Berdasarkan pemerhatian saya, kalau pemandu tu bagi signal pun, masa dia dah membelok atau masuk ke simpang. Apa gunanya memberi signal bila dah pun membelok atau dah masuk seimpang? Silap-silap pemandu lain terlanggar. Ada sesetengah pemandu, nak masuk ke jalan kita main himpit aja. Langsung tak beri signal.

- Sepatutnya signal perlu diberi sebelum sampai ke simpang atau tempat yang hendak dibelok. Secara tak langsung, pemandu lain pun lebih berhati-hati terhadap kita. Jika langsung tiada kenderaan lain, boleh dimaafkan lagi jika tak beri signal.

2. Memandu perlahan di lorong kanan dan tidak memberi laluan kenderaan yang lebih laju.
    - Ini pun bahaya juga. Memang saya selalu kena mcam ni. Kalau bawa 70-90Km/j tu tahan la lagi kita nak follow kereta yang perlahan tu. Tapi kalau bawa 50Km/j? apa cite? Larat ke kita nak ikut kereta yang bawa macam lori balak ni? Lepas tu, kenderaan yang bawa perlahan macam ni tak pandai nak beri laluan pun sampai kadang-kadang kita terpaksa memotong si sebelah kiri.

-  Sepatutnya pemandu macam ni kenalah bertolak ansur berikan laluan kepada kenderaan yang lebih laju dari dia. Bukan semua orang nak memandu santai bawa 50-60km/j. Semua orang ada urusan masing-masing. Saya pun bawa perlahan secara santai kalau tak ada sebarang urusan, tetapi saya beri laluan kepada yang lebih laju.

3. Tak pandai parking kenderaan.
    - Tengok contoh gambar diatas, saya ambil sendiri semasa melawat ibu di HTAA. Bayangkan jika ada kecemasan, disebabkan orang yang macam ini urusan kecemasan menjadi lewat. Kebanyakan petak meletak kenderaan di kawasan Kuantan bersaiz besar, cukup untuk sebiji van panjang.

- Banyak pemandu yang meletak kenderaan sesuka hati, tidak mengikut petak yang disediakan. Akibatnya, kuantiti kenderaan yang boleh parking tidak penuh mengikut petak asal yang disediakan. Jika petak ada sepuluh, hanya lapan hingga sembilan kenderaan sahaja yang boleh parking.

Itulah antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pemandu di sini. Ada beberapa lagi kesalahan, akan tetapi saya sebutkan yang lebih penting sahaja. Namun saya sangat kagum dengan kebanyakan pemandu di sini yang sangat berbudi bahasa. Mereka sanggup menghentikan kenderaan untuk memberi laluan jika kita hedak masuk ke simpang/seberang jalan ketika kenderaan banyak/sesak. Mereka boleh beri kita masuk jalan dihadapan mereka (potong Q). Kalau di KL, jangan harap nak potong Q.

Saya tidak menganggap cara pemanduan saya adalah bagus, tetapi tak salah jika kita menegur kesalahan yang kita nampak demi kepentingan bersama. Saya faham pemandu di Kuantan banyak datang dari kawasan kampung di sekitar Kuantan dan ada diantaranya adalah warga tua. Akan tetapi itu bukan alasan untuk melanggar peraturan.

Diharap teguran ini dapat memperbaiki kelamahan kita. Sekian...

Ulasan

  1. saya rasa.. tu sume attitude pemandu tu sendiri.. sebab yg memandu tu manusia,... so kalau dah perangai tu pentingkan diri sendiri mcm tu la jadiknya... di mana2 pun sama je... KL lagi ramai main duk parking suka hati. block kete org pun ade pastu gi duk borak kedai kopi 4 jam... ehem.. ehem..

    BalasPadam
  2. TQ putri_roh.. btol tu. attitude. Kadang2 diorang tak ambil berat benda mcm ni. Nampak remeh tapi melibatkan nyawa

    BalasPadam
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI