RINGANKAN BLOG, INI DIA PUNCA BLOG BERAT. APA KESAN BLOG BERAT?


BERJAYA!!!

Sebelum tu, maaf kerana tulisan ini agak panjang kerana saya nak menerangkan mengapa dan apa kesannya blog berat. Ini penting supaya blog anda ringan dan tidak memberi kesan yang lain.

    Alhamdulillah. Seteleh membersihkan blog daripada pelbagai widget, akhirnya blog sunan kembali ringan. Sebelum ni apabila dibuat analisis di Page Speed Insight (Klik jika nak test kaljuan blog anda), perfomance blog SUNAN mendapat skor sekitar 77 gitu. Ini menandakan blog sunan agak berat. Apabila klik nak buka hompage blog atau satu-satu topik, loading agak lama. Nak-nak lagi jika buka menggunakan handfon.


    Setelah membersihkan blog dari widget dan membuat beberapa perubahan, Alhamdulillah skor blog SUNAN telah meningkat daripada 77 kepada 89. Skor-skor lain juga meningkat. Apabila blog dibuka melalui Chrome di komputer mahupun handfon, loading sangat ringan dan pantas. YES! ini yang kita mahukan!

    Lagi satu, test ping blog anda di PINGDOM untuk mengetahui berapa saat dan berapa saiz load untuk home page blog anda. Semakin rendah saat dan semakin rendah saiz load, semakin bagus untuk blog anda.

    Ini ialah pig blog sunan yang mengambil masa 2.61 saat dan cuma 713 KB sahaja setelah ditukar template blog yang baru.


    Ini pula ping blog adik saya yang menggunakan template yang saya guna sebelum ini. Mengambil masa 5.21 saat load dan 13 MB.

    Keputusan ujian ini bergantung kepada pelbagai keadaan dan mungkin berubah-ubah. Tetapi boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk dirujuk tahap load blog anda.


PUNCA BLOG SUNAN BERAT

    Berdasarkan kajian kami, terdapat beberapa punca blog SUNAN berat. Jika blog anda juga berat, mungkin juga salah satu puncanya sama dengan SUNAN. Kami di SUNAN.MY masih menggunakan platform BLOGGER untuk blog kami atas faktor mudah dan simple.

    Jika anda menggunakan platform selain BLOGGER, kami tidak pasti apa sebab berat kerana kami tidak pernah menggunakan platform blog lain. Baik, saya ceritakan sedikit mengapa blog SUNAN berat sebelum ini ;

1. Template blog.

    Perkara pertama saya buat ialah cari template blog yang menarik dimata saya dan ringan di chrome dan handfon. Kemudian saya uji dahulu previu template tersebut di Page Speed Insight sebelum saya upload di blogger saya.


    Gambar atas adalah templat lama blog SUNAN. Template ni maksudnya lebih kurang rekabentuk blog atau design blog. Jika untuk komputer/handfon, dia lebih kurang macam 'software/aplikasi/apps' la, untuk blogger, kita panggil template.

    Kita boleh cari template/design blog yang menarik secara percuma di website, download template tu dan upload ke blogger kita dan terhasil la design blog kita yang menarik. Jika ada masa nanti saya akan buat satu posting bagaimana cara nak ubah design atau template blogger anda.

    Template yang saya gunakan untuk blog SUNAN sebelum ini adalah template premium yang saya beli dari THEMEXPOS.com. Jika anda mahu mencuba template saya sebelum ini versi percuma, boleh KLIK DI SINI  untuk previu dan download. Bleh klik blog adik saya ENAZ STUDIO untuk tengok tara mana loading blog saya sebelum ini. Lebih kurang macam tu la loading. Kadang-kadang dia laju, selalunya perlahan.

    Template yang saya pilih sebelum ini menepati ciri-ciri yang saya kehendaki iaitu simple, light, responsive (blog akan resize mengikut saiz browse / chrome anda), ada gambar slide, ada menu, menu akan muncul di atas apabila scrool ke bawah, ada 'back to top' button, dan akhir sekali ada 2 kolum iaitu satu kolum untuk blog post dan satu kolum untuk site bar kita letak apa-apa gadget/widget seperti kotak carian, borang contact us, about me dan lain-lain.

    Namun malangnya sejak kebelakangan ini, template ini menjadi berat. Apabila saya membuka previu templat dari penerbit asal, juga berat. Mungkin disebabkan pencipta asal tidak mengubah kod template mengikut perkembangan semasa teknologi web browse / html yang terkini. Jadi nampaknya punca utama bukanlah daripada widget dari blog SUNAN.


    Setelah saya menukar template blog kepada yang seperti gambar di atas, akhirnya blog SUNAN kembali ringan dan mendapat skor 89! ok dah tu.. Jika nak dapat skor tinggi, kena guna template asas yang disediakan di blogger, cumanya bagi saya ia kurang menarik la.

    Template kali ini agak canggih. Cuma ada beberapa ciri yang saya idamkan tiada seperti slide dan hompe page numbering. Tidak mengapalah. Saya akan gunakan dahulu template ini beberapa bulan. Sekiranya tiada sebarang masalah, saya akan membeli template versi penuh daripada penerbit template ini.

    Versi penuh template ini ada ciri-ciri yang saya kehendaki. Oh ya, template ini tiada slide show dan side bar di home page. Ini pun salah satu faktor loading hompage menjadi sangat ringan.

2. Widget

    Punca kedua blog berat ialah widget. Cumanya ianya tidaklah begitu mempengaruhi beratnya blog SUNAN. Kali ni saya buang beberapa widget dan tinggalkan widget penting sahaja iaitu 'contact us', arkib blog, follow us dan senarai kategori/tag. Widged-widget lain bagi saya tidak terlalu mustahak dan tidak perlu letak di blog bagi mengelakkan blog loading data dari widget ini.

3. Gambar

    Gambar juga menjadi punca blog loading. Template lama punya setting, dia akan load semua gambar dalam satu-satu post dan keluar di home page menyebabkan masa diambil lebih lama untuk selesai load gambar.

    Template terbaru ni hanya akan load satu gambar di home page untuk satu post tak kiralah dalam post tu ada gambar banyak mana. Jadi, tempoh load menjadi lebih pendek.

    Post artikel tanpa gambar memang tak cantik dan tak menarik untuk dibaca. Cuma, elakkan guna template yang macam saya sebelum ni. Jika ada masa, turunkan saiz gambar dahulu sebelum masukkan gambar dalam artikel.

    Elakkan juga meletakkan widget gambar kerana akan menambahkan beban load.

    Saya juga telah buangkan widget senarai follower kerana beban loading akan bertambah untuk mencari data senarai follower dan gambar follower. Saya menggantikan widget senarai follower kepada widget follow us. Senarai follower tidak mustahak untuk diketahui umum, tetapi butang untuk pembaca follow agak mustahak supaya setiap kemaskini artikel daripada kita, follower akan mendapat notifikasi melalui email mereka.

    Pilih template yang ada fungsi memendekkan artikel di home page secara automatik. Nak baca penuh kena tekan 'read more..' . Jadi anda tidak lagi perlu guna fungsi 'insert jump brake' di blogger lagi.. Sekiranya artikel anda diload penuh ketika di hompage, load blog akan meningkat ketika membuka blog.

4. Jumlah entry blog di home page.


    Jumlah 'max post shown on main page' atau entry blog di home page juga mempengaruhi load blog. Semakin banyak jumlah entry yang kita tetapkan di home page, semakin banyak data yang perlu blog load. Data yang paling berat untuk diload di home page ialah gambar setiap posting.

    Sebelum ini saya tetapkan 15 post kerana memikirkan pengunjung tidak perlu ke page seterusnya dengan kerap. Kali ini, saya kurangkan dan jadikan 9 sahaja supaya load menjadi lebih ringan.

5. Iklan

    Pemasangan kod iklan juga menyebabkan load blog meningkat.

    Saya memasang Google Adsense sebagai sumber pendapatan sampingan. Kita menulis blog dan menyampaikan info kepada satu dunia secara percuma tanpa sebarang gaji dan bayaran. Jadi, Google Adsense adalah satu cara untuk mendapat sedikit pulangan.

    Jadi jangan la marah kepada blogger apabila anda membuka blog dia, keluar iklan dahulu kerana income dari iklan yang tidak seberapa itu sahaja sebagai pulangan kepada penulis yang tidak bergaji.

    Tengoklah, walaupun saya telah lama menulis blog (Sejak 2008), namun income baru 49 USD. Untuk tebus, memerlukan minima 100 USD. Mungkin income lambat naik kerana saya kurang aktif menulis blog dan menyebabkan pengunjung blog tidak terlalu ramai.

    Pemasangan kod iklan yang terlalu banyak dalam template blog boleh menyebabkan load blog bertambah berat. Mungkin juga saya masih menggunakan kod iklan yang lama dan tidak updated dengan teknologi semasa.

    Apabila saya menukar template blog, kod-kod iklan lama dalam template telah terpadam bersekali dengan template lama menyebabkan blog SUNAN menjadi super ringan!!

    Namun, saya terpaksa memasang kembali kod iklan yang terkini sebagai pulangan penat lelah kepada usaha saya menulis. Kod Google Adsense kali ini agak ringkas dan load blog tidak terlalu terjejas sangat dengan iklan dari google.

    Ni load blog SUNAN selepas memasang kembali Google Adsens. Dapat la 2.56 saat dan 1.4 MB load data. Beza sikit sahaja dari sebelum pasang ads, load data sahaja bertambah dari 713 Kb kepada 1.4 Mb. Tidak banyak mana. Masa loading pula lebih kurang sahaja. Berat sedikit sahaja.

    Skor di Page Speed Insight telah sedikit menurun, tetapi realiti semasa membuka blog SUNAN di komputer mahupun handfon, masih lagi laju daripada template lama. Masih boleh diterima lagi la.

KESAN KEPADA BLOG JIKA BLOG BERAT?

    Nampaknya post ini agak panjang. Jadi saya akan tulis kesan kepada blog sekiranya blog berat di episod akan datang.

KESIMPULAN

        Teringat masa zaman-zaman hot berblog sekitar tahun 2009 dahulu, letak widget lagu la, jam la, bling-bling la, cursos cantik la dan macam-macam lagi. Wahahaha.. Bila ingat balik, rasa lucu juga. Padahal semua tu tak penting pun, hanya menambah beban load blog sahaja.

    Dua faktor utama yang mempengaruhi beban loading blog ialah template blog itu sendiri dan juga kod iklan yang kita pasang. Kod iklan terpaksa dipasang juga sebagai timbal balas kepada penat lelah kita menulis. Yang kita boleh ringankan ialah template blog supaya load iklan tidak terlalu terasa.

    Blog juga perlu diselenggara selalu. Kaji punca mengapa blog anda berat dan selesaikan punca tersebut supaya blog kembali menjadi ringan. Macam blog SUNAN, kami dapat kenalpasti 5 punca utama seperti di atas mengapa blog menjadi berat.

    Jadi kami telah atasi punca tersebut. Harapnya load blog menjadi ringan dan tidak menyusahkan pembaca.

    Maafkan kami kerana sebelum ini para pembaca budiman telah mengunjungi blog kami dalam keadaan loading yang berat.

    Maafkan kami juga kerana kami tidak membuang iklan berikutan ini sahaja pulangan kepada hasil penat kami mencari idea dan menulis.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.

Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI