NAZA RIA ENJIN ORI OK KE TAK? MASIH BERBALOI KE BELI NAZA RIA ENJIN ASAL?

Ini masalah yang paling ditakuti oleh pemilik Naza Ria.

    Naza Ria terkenal dengan masalah enjin overheat/teh tarik menyebabkan harganya jatuh begitu teruk pada hari ini meskipun Naza Ria ini sebuah MPV bersaiz penuh yang sangat selesa dipandu.

Harga sebuah Naza Ria ketika artikel ini ditulus.

    Pada hari ini, harga pasaran sebuah Naza Ria dengan enjin asal atau enjin original boleh didapati dengan harga serendah sekitar RM5,000.00 sahaja untuk sebuah Naza Ria yang boleh berjalan tanpa masalah. Namun bergantung kepada rezeki juga la. Bak kata orang, bergantung kepada nasib.

    Jika bernasib baik, dapatlah Naza Ria dengan harga murah yang tiada masalah. Jika nasib tidak baik/bukan rezeki anda, dapatlah Naza Ria yang bermasalah pada harga tersebut.

    Mengapa Naza Ria yang berenjin asal/enjin ori boleh didapati dengan harga murah? Ini adalah kerana sentimen pengguna terhadap Naza Ria enjin ori ini adalah enjin ori sangat bermasalah, bila-bila sahaja boleh overheat. Ditambah pula pengalaman pengguna terhadap pembaikian enjin ori yang menelan belanja yang sangat besar, dan terkena pula dengan mekanik yang bermasalah.

   Jadi, boleh beli ke Naza Ria enjin ori? Boleh pakai ke enjin ori? Tak rosak ke?

Pilot seat hadapan

    Pada pandangan saya, Naza Ria enjin ori masih berbaloi untuk dimiliki dan digunakan. Bayangkan anda dapat membeli sebuah MPV yang bersaiz penuh, 7 tempat duduk yang selesa untuk orang dewasa, mewah dan enjin yang berkuasa pada harga kurang dari RM10,000.00.

Pilot seat tengah, seat belakang luas di lutut. Seat tengah boleh dipusing ke belakang.

    Carilah MPV lain yang keluasan dan keselesaan yang sama dengan Naza Ria dengan harga itu, pasti tiada kan? Contoh antara MPV yang luas dan selesa seperti Naza Ria ialah Hyundai Trajet, Hyundai Starex, Toyota Estima, Nissan Serena, Toyota Alphard dan Toyota Vellfire. Nissan Serena model pertama/model lama mungkin boleh didapati pada harga dibawah RM10,000.00, namun keselesaan tidak dapat menandingi Naza Ria.

    Jika dah beli, bagaimana pula dengan masalah enjin? Bagi saya, Naza Ria ni masalah utama dia cuma pada enjin sahaja. Selesai masalah enjin, insyaALLAH selesailah masalah yang membelenggu pemilik Naza Ria. Gearbox Naza Ria pula jarang bermasalah. Pada pandangan saya gearbox Naza Ria agak lasak. Cuma sesekali perlu tukar sensor sahaja.

    Masalah utama enjin asal Naza Ria pula ialah overheat. Masalah overheat ini adalah masalah yang selalu dibincangkan didalam grup pemilik Naza Ria. Sepanjang penggunaan Naza Ria enjin original, saya dapati penjagaan yang paling penting pada Naza Ria ialah sistem penyejukannya.

    Rajin-rajinkan servis sistem penyejukan agar sentiasa lancar, tidak tersumbat akibat karat-karat dari air. Jangan berkira untuk tukar kipas radiator yang original jika kipas telah rosak.

    Pendek kata, penjagaan sistem penyejukan Naza Ria sangatlah penting untuk mengelakkan overheat/teh tarik pada Naza Ria. Untuk kereta lain juga sangat penting dalam menjaga sistem penyejukan ini. Sebaiknya servislah secara berkala atau flush sekurang-kurangnya setahun sekali. Sebaiknya setahun 2-3 kali.

    Namun perlu diingat, sekiranya anda terbeli Naza Ria yang pernah mengalami overheat, risiko untuk kembali oveheat itu pasti ada walaupun anda menjaga sistem penyejukan dengan baik. Semoga anda mendapat penjual yang jujur dengan kondisi kendeaan yang hendak dijual kepada anda.

    Sekali lagi, jangan takut untuk memiliki Naza Ria walaupun masih enjin ori. Kumpul duit dan baiki sedikit-sedikit. Yang penting anda dapat memiliki sebuah MPV yang selesa tanpa hutang di bank.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.