BATERI KERETA NAZA RIA CEPAT HABIS APABILA LAMA TIDAK BERJALAN / ''START'', APA PUNCANYA?


    Ada pertanyaan daripada sahabat pembaca blog saya. Terima kasih kerana sudi melawati blog saya. Saya juga bukan pakar, namun saya akan menjawab berdasarkan apa yang saya tahu dan berdasarkan pembacaan saya.


    Gambar ini saya ambil di google. Saya pinjam ya. Begini soalannya :

Sy pemilik naza ria....nak bertanya...kereta naza ria sy x boleh nak start jika 2 hari tak bergerak....walaupun bateri baru tukar bln januari....altenator masih ok...apa punca...sy dah hantar ke bengkel...tapi x dpt btl juga....siap kata masalah enjin...sy dah guna naza ria 13 thn....mula meragam awal tahun nei...
Kalau nak tukar enjim toyota 2MZ berapa kos...dkt mana bengkel utkbtukar enjim nei....
Husband sy nak tolak je kereta naza nei....tapi sy syg sgt...byk kenangannya dgn sy....sy mohon dpt jawapannya....

    Baiklah. Berdasarkan pembacaan saya, saya dapati ada beberapa kemungkinan mengapa bateri kereta cepat habis jika diparking. Pada saya, habis dalam masa 2 hari itu sangat cepat dan ada yang tidak kena. Kebiasaannya sekiranya kondisi kereta dalam keadaan baik, bateri akan bertahan hampir/lebih sebulan walaupun tidak dihidupkan enjin.

    Antara kemungkinan yang menyebabkan bateri kereta cepat habis tidak sampai seminggu ialah :

1. Elektrik / current leak / short / litar pintas.


    Kebarangkalian untuk menjadi litar pintas kepada kenderaan yang telah berusia agak tinggi. Maklumlah kereta sudah lama. Sekiranya litar pintas yang menyebabkan ada wayar positif tersentuh badan kereta yang mempunyai caj negatif, bateri akan cepat habis sepantas 1-2 hari sahaja.

    Punca litar pintas pula mungkin disebabkan ada tikus yang menggigit wayar. Mungkin juga disebabkan pengubahsuaian yang kita lakukan seperti pemasangan aksesori tambahan yang tidak kemas. Mungkin juga disebabkan ada wayar yang telah terputus.

    Kerap juga berlaku current leak Naza Ria melalui radio disebabkan radio yang telah lama. Walaupun kunci kereta telah dicabut, bateri masih lagi digunakan oleh radio dalam mood standby. Biasanya jika current leak yang disebabkan oleh radio, bateri dapat bertahan sekitar seminggu.

    Mungkin juga ada aksesori atau alat pada kenderaan yang tidak lagi efisyen dan sentiasa menarik arus bateri lebih tinggi daripada biasa walaupun kereta telah dimatikan seperti sistem alarm yang telah lama.

2. Alternator Rosak


    Alternator berfungsi sebagai pembekal tenaga untuk caj bateri dan kegunaan alat dan akseseori ketika kereta sedang hidup. Sekiranya alternator rosak, kemungkinan kuasa caj bateri akan berkurangan menyebabkan kereta akan banyak bergantung kepada kuasa bateri sepanjang kereta dibawa.

    Oleh itu, selepas selesai memandu kita akan parking kereta dalam keadaan bateri tidak dicaj hingga penuh oleh alternator. Bateri dalam keadaan lemah boleh menyebabkan tenaga bateri cepat hilang.

    Sepanjang kita memandu kereta, alat yang paling banyak menggunakan kuasa bateri ialah pam minyak / oil pump, sistem penghawa dingin, kipas radiator dan lampu hadapan.

3. Bateri kereta rosak.


    Bateri berfungi untuk menyimpan tenaga bagi digunakan untuk menghidupkan enjin dan digunakan oleh sistem elektrik kereta.

    Bateri yang rosak tidak dapat menyimpan tenaga walaupun dicaj. Ada juga yang boleh dicaj, tetapi tidak dapat menyimpan tenaga dalam tempoh yang lama. Dalam kes ini, bateri ini dipanggil dengan istilah 'kong'.

KESIMPULAN

kereta naza ria sy x boleh nak start jika 2 hari tak bergerak....walaupun bateri baru tukar bln januari....altenator masih ok...apa punca...sy dah hantar ke bengkel...tapi x dpt btl juga....siap kata masalah enjin...
    Kesimpulan yang saya dapat jika bateri masih baru dan alternantor pula masih elok, tetapi bateri habis sangat cepat, hanya 2 hari, pada pandangan saya Naza Ria puan ini ada masalah kebocoran arus elektrik.

    Bagi saya masalah bateri cepat habis tidak ada kena mengena langsung dengan masalah enjin. Elok cari bengekel lain la selepas ini kerana bagi saya bengkel ini kurang mahir dalam masalah elektrikal kenderaan.

Tidak semua bengkel ada pengetahuan tentang sistem elektrikal kenderaan.

    Untuk selesaikan masalah puan, carilah bengkel yang membuat wiring / pendawaian kerana masalah sebenar Naza Ria puan ialah masalah elektrikal kenderaan. Bukan masalah enjin. Bengkel biasa tidak dapat selesaikan masalah puan.

sy dah guna naza ria 13 thn....mula meragam awal tahun nei...
Kalau nak tukar enjim toyota 2MZ berapa kos...dkt mana bengkel utkbtukar enjim nei....
    Puan telah gunakan Naza Ria selama 13 tahun, pasti puan dah kenal selok belok Naza Ria. Jadinya puan dan suami puan tidak patut mengalah dengan Naza Ria kerana keselesaannya lebih utama.

    Kalau tidak salah saya kos terkini setakat Oktober 2021 untuk memasukkan enjin Toyota 2MZ (2.5) ialah sekitar RM9,300.00 termasuk pemasangan (Bergantung kepada bengkel). Untuk Naza Ria saya, saya masukkan enjin di bengkel H&K Motorsport di Balakong. Saya memilih memasang enjin 2MZ di sini kerana mereka telah ada standart SOP pemasangan enjin dan pendawaian.


Husband sy nak tolak je kereta naza nei....tapi sy syg sgt...byk kenangannya dgn sy...
    Pada pandangan saya, agak rugi menjual Naza Ria yang telah digunakan selama 13 tahun. Pasti banyak kenangan dan telah kenal selok belok Naza Ria tersebut.

    Agak rugi juga menjual apa yang telah dimiliki. Lebih baik baiki sahaja apa yang telah dimiliki. Jual dengan kodisi sekarang juga pasti harganya sangat rendah. Namun terpulanglah, mungkin dengan menjual Naza Ria itu, ada rancangan yang lebih baik.

    Saya dahulu pernah menjual sebiji Naza Ria milik saya kerana kondisi body dan dalaman yang agak lusuh. Disebabkan keselesaannya, saya sentiasa teringat-ingat akan Naza Ria. Akhirnya saya kumpul modal dan mencari sebuah Naza Ria yang enjinnya telah rosak.

    Saya bertekat membuat pinjaman dan memasukkan enjin 2MZ. Alhamdulillah setakat ini, Naza Ria antara kereta yang terbaik yang pernah saya miliki. Tiada tandingan. Apa pun, saya doakan agar puan dan isteri diberikan jalan yang terbaik. Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca blog saya.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.

Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI