SYM VF3i 185 - Pandangan Pertama Selepas 3 Bulan - PART 1

Kredit gambar dari motormalaya.net

Salam sayang semua. Kali ini saya ingin kongsikan sedikit pandangan, review, ulasan, kelemahan, kekurangan, kelebihan SYM VF3i 185.


Saya telah memiliki jentera SYM ini sejak 3 bulan yang lalu. Sebelum ini saya pernah memiliki SYM e-Bonus 110, Yamaha FZ150i dan Honda CBR250R. Jadi, terdapat beberapa kesimpulan yang akan saya buat berdasarkan pengalaman memilika tiga jentera tersebut.

Saya membeli VF3i ini atas keyakinan yang diberikan oleh SYM melalui motorsikal model e-Bonus 110 yang telah dimiliki sejak 5 tahun yang lalu. Walaupun harganya antara yang paling murah didalam pasaran, namun begitu e-Bonus tersebut masih cemerlang berbakti kepada saya. Sekarang, e-Bonus tersebut saya telah 'ekspot' ke kampung untuk digunakan oleh ayahnda saya. Semoga ia terus berbakti dengan cemerlang.


Sebenarnya, hajat di hati adalah mahu memiliki Yamaha NVX 155. Namun begitu harganya terlalu mahal, overprice. Jadi, tunggulah sale burger saya masyuk nanti. Aminn...

Sebelum saya membeli VF3i ini, saya telah membuat perbandingan berdasarkan 'value for money' dengan model Yamaha Y15zr, Honda RS150r, Yamaha FZ150i latest dan Yamaha LC135.. Memang niat nak upgrade kepada CC sedikit besar dari e-Bonus 110. Benelli tak termasuk dalam senarai saya kerana tidak minat kepada rekabentuknya yang terlalu 'Itali' pada pandangan mata saya. Yelah, kita nak pakai sendiri, mata sendiri nak pandang hari-hari kan?

Selepas membuat perbandingan, Y15 terkeluar daripada carta kerana harga yang tinggi, berbeza jauh dari yang lain. Modal saya pun ciput sahaja, mata pula dah puas tengok Y15 dek kerana terlalu ramai yang memakainya. Dari segi rekabentuk saya amat meminati Y15. Tapi bukan rekabentuk semata-mata yang perlu dilihat. Perlu juga lihat ketebalan poket ketika nak membeli kan? Jika poket tebal, memang terus angkat Kawasaki GTR la. Hahaha..


Kemudian, Yamaha FZ150i juga kena reject kerana harganya sedikit tinggi dan tiada bakul. Muahahaha.. Lagipun, sebelum ini telahpun pernah menggunakan FZ versi 1.

Jadi, tinggallah 3 motorsikal (VF3i, RS150r dan LC135) yang sesuai dengan bajet. Mula2 tu nak ambil LC135 je kerana tiada clutch. Mudah la sikit bini nak bawa. Tokey pula recomand Honda RS kerana harganya hampir sama. Saya pula terbekenan VF3i kerana harga ketiga2 ini hampir sama. Hahaha.. Jadi, LC135 tolak ke tepi la kerana CC paling kecil dalam julat harga yang sama.

Nak tau kesudahannya? Bersambung di PART 2..

Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI