Dah masuk Part 2 sebab panjang2 sangat tak sedap baca kan? So, tinggal la 2 pilihan je (VF3i @ RS150r) pada PART 1.
Sebenarnya minat juga dengan RS ni kerana DOHC, hedlamp LED. Kemudian setelah try start enjin, duduk (siap suruh bini panjat motor dan duduk sekali), kesimpulannya TAK JADI AMBIL RS150r atas sebab :
1. Pada saya, seat asal agak keras. Duduk sekejap pun rasa tak sedap. Boleh hantar ke kedai buat semula seat. Tapi kita dah beli mahal2, buat apa nak kena keluar duit lagi untuk buat semula?
2. Seat keras tak apa la, boleh buat balik.. Setelah ajak isteri test duduk, seat pembonceng agak pendek, kecil dan nipis. Kedudukan pinggul isteri berada di atas besi pemegang belakang. Kalau jalan jauh dan jalan tak rata, memang sakit la. Yang ni faktor utama saya menolak RS. Seat nipis boleh buat semula. Seat pendek, memang tak boleh panjangkan la.
3. Sebenarnya saya tak berapa minat design honda. Entah mengapa saya rasa kebanyakan design motorsikal-motorsikal keluaran Honda agak merepek. Model RS ni sahaja yang boleh tahan. Tetapi masih tak menarik minat saya. Ia nampak kurus, slim. Signal capang di hadapan, side mirror bulat tak berpadanan dengan design lain2 body yang tajam. Saya amat meminati design motorsikal-motorsikal keluaran Yamaha. Walaupun model CC kecil, designnya cantik. Mungkin Honda perlu upah designer yang merekabentuk kereta-kereta keluaran Honda..
4. Seat agak tinggi untuk saya yang rendah. Berjengket sikit. Boleh buat semula, tapi seperti yang saya katakan tadi, buat apa nak beli sebuah motorsikal yang saya perlu buat semula banyak benda untuk disesuaikan dengan saya?
Akhir sekali, saya mencuba SYM VF3i 185. Start motor, duduk, ajak isteri duduk sekali dan akhirnya, saya memutuskan untuk ambil VF3i atas faktor berikut :
1. HARGA.. Ya, faktor utamanya adalah harga yang murah. dengan CC yang paling besar di dunia kapcai, harganya pula murah dan mampu dijangkau oleh kocek saya.
2. SEAT - Kedudukan seat yang tak terlalu tinggi, menjengket juga sikit, tetapi masih boleh diterima. Seat tidak terlalu keras berbanding Honda RS150r, namun begitu tak terlalu lembut. Kiranya masih boleh diterima, jika nak sedap perlu buat semula nanti. Ketika isteri cuba duduk, seat mencukupi, tidak duduk diatas pemegang besi belakang. Seat pembonceng agak nipis juga sebenarnya, tetapi disebabkan ianya sedikit panjang dari Honda RS, maka masih boleh diterima.
3. DESIGN - Sekali pandang, design agak crowded, banyak lekuk-lekuk.. Dari hadapan nampak macam Honda RS yang berlampukan Y15. Pandang banyak kali, aduh.. Jatuh cinta pula dengan design dia. Nantilah episod seterusnya saya komen design.
MEMANG... Jika tengok pada tulisan SYM, banyak orang menghalang saya dari ambil VF3i. Tapi saya bukan jenis memandang jenama. Saya jenis memandang fulus di poket semasa nak membeli. Banyak orang jenis memandang jenama, spare part, aksesori dan harga jual semula.
Pada saya, motorsikal apa pun, keluaran baru, pasti ada spare part. Banyak atau sedikit, lambat atau cepat sahaja. Tetapi, kenapa perlu pening dengan spare part untuk sebuah motorsikal baharu dengan jaminan 2 tahun? Jika rosak, hantarlah untuk claim waranty.. Mungkin lambat sedikit kerana jenama yang tidak terkenal, tetapi kilangnya berada di Pulau Pinang menjaminkan alat ganti untuk motorsikal ini ada jika mengalami kerosakan.
Harga jualan semula rendah? Tak apalah.. Pakai je la sampai reput. Wahahahaha... Lagipun saya bukannya peniaga motorsikal. Bukannya beli hari ini, besok nak jual balik cari untung.. Saya beli motorsikal untuk digunakan bukan untuk dijual, paling tidak pun sehingga 5 tahun. Jadi, kalau dah pakai 5 tahun, berbaloi dah harga motor tu.. e-Bonus saya pun dah 5 tahun, saya tak jual. Jika jual pun masih ada harga. Bukan tak ada harga langsung.
OK la. Dah panjang pula merepek ni. Jom ke PART 3 pula. Disana saya akan ceritakan serba sedikit kelebihan dan kekurangan VF3i.
TERIMA KASIH PEMBACA!!
Terima kasih kepada semua pengunjung dan pembaca SUNAN. Semua catatan yang kami buat di blog ini adalah sekadar berkongsi apa yang kami fikir ingin kongsi kepada awam.
Mungkin ada pengajaran yang boleh diambil dari tulisan kami. Jika tidak pun, cukuplah ia menjadi sebagai diari online buat kami. Untuk kami baca dan kenang suatu hari nanti. Terima kasih kerana sudi lawati blog SUNAN!!
Bantu Saya
Mohon bantuan kalian, semua pengunjung untuk subscribe channel Youtube, like page fb saya dan klik pada iklan google di blog ini. Cuma klik dan tutup kembali sebagai tanda sokongan kepada saya.
Kalian juga dibenarkan copy semua artikel saya ke blog anda dengan syarat sertakan kredit dan link ke blog saya www.sunan.my ATAU link ke artikel asal di blog saya.
Terima kasih semua...
SUNAN @Youtube
Follow Us!
Label
10k
(2)
2MZ
(7)
agama
(2)
android
(2)
arnab
(2)
baby
(3)
baby sunan
(12)
bajet 2021
(2)
bayi
(2)
blog
(6)
buat blog
(4)
CB500X
(1)
cbr250r
(7)
ER6
(1)
fz150i
(9)
gambar
(13)
gempak
(4)
Honda
(2)
Honda CB500X
(1)
Honda CBR250
(2)
i-sinar
(1)
informasi
(25)
internet
(3)
jalan dan makan
(6)
Kaswasaki ER6
(1)
Kawasaki
(1)
kereta
(20)
kwsp
(2)
lain-lain
(11)
m5
(3)
makanan
(6)
moratorium
(2)
motorsikal
(17)
myvi
(2)
naza ria
(17)
naza ria convert toyota
(9)
nostalgia
(1)
novel
(1)
panduan buat blog
(10)
panduan perfume
(2)
pemulih
(1)
pendidikan
(1)
pengajaran
(2)
pengumuman
(9)
penjawat awam
(9)
penternakan
(2)
perfume
(4)
permainan
(2)
promosi perfume
(2)
s3
(3)
samsung
(3)
sbpa
(5)
semasa
(20)
soal jawab perfume
(1)
sony
(3)
tauladan
(3)
tips
(3)
tips android
(2)
tips blog
(9)
toyota 2MZ
(3)
VF3i
(5)
video
(3)
xperia
(3)
Yamaha
(3)
Yamaha FZ
(3)
z1
(3)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.