Gambar kredit paultan.org |
Sebelum saya ceritakan kelebihan dan kekurangan SYM VF3i 185, saya nak cerita apa yang saya buat setelah memegang kunci motorsikal SYM VF3i 185.
Sebelum memutuskan untuk membeli SYM VF3i 185, saya telah menyertai group SYM VF3i 185 di facebook untuk mengetahui kelemahan-kelemahan VF3i yang saya akan hadapi kelak. Jadi, apabila dapat sahaja kunci VF3i, saya buat perkara berikut :
1. Cek fizikal motorsikal. SYM terkenal dengan skru-skru yang longgar. e-Bonus saya, masa mula-mula pakai tiada skru longgar. Selepas 3 tahun, skru di pemijak belakang longgar. Saya cuma perlu ketatkan sahaja. Alhamdulillah tiada part yang longgar. Sebelum motorsikal didaftarkan, saya telah cek motorsikal pilhan. Dah dapat kunci, saya cek sekali lagi supaya puas hati. Sentiasalah lakukan checking secara berkala.
2. Saya bawa ke kedai tayar dan tukar tayar lain. Saya pilih tayar Pirelli kerana masih dalam bajet saya. Berdasarkan survey, tayar asal KENDA agak licin ketika hujan. Ketika tukar tayar, saya minta supaya dibuat balancing terus.
Berdasarkan survey, handel bergoyang ketika kelajuan melebihi 120km/j ke atas. ada yang kata perlu turunkan fork dan ketatkan tengkuk.
Saya tidak ketatkan tengkuk dan turunkan fork. Sekadar balancing tayar. Alhamdulillah setakat ini tiada gegaran. Mungkin lain orang, lain penyakit yang dapat. Mungkin suatu hari nanti saya akan turunkan fork supaya lebih stabil pada kelajuan tinggi. Maklumlah motor kapcai bukan dicipta untuk kelajuan tinggi.
3. Saya pasang box berkunci GIVI. Sebenarnya saya dapat percuma bakul plastik. Tapi memandangkan saya tidak mahu pasang box belakang supaya memudahkan isteri naik dan turun, jadinya saya memasang box tengah berkunci. Kelemahan dia, barang tak boleh isi banyak seperti bakul biasa. Seat pula tak boleh buka habis.
4. Disebabkan seat tak boleh buka kerana sangkut box, saya pasang damper seat. Jadi apabila kuci seat dibuka, seat akan jadi seperti bonet kereta, terbuka dengan sendirinya tanpa perlu dipegang.
5. Saya tukar spocket depan kepada spocket RXZ. Berdasarkan survey, spocket hadapan kecil sedikit berbanding rantai. Memang betul, mujurlah harga spocket hadapannya murah. Kalau tak salah saya, keluaran yang terkini, SYM telah betulkan spocket.
Selepas itu, pulassssss....
PERASAAN PETAMA APABILA MENUNGGANG SYM VF3i 185
Semasa ambil motorsikal, saya pergi ambil bersama isteri.. Mula-mula memulas thortle/minyak, saya dapat rasakan respond enjinnya begitu lembut, penukaran gear yang lancar dan pickup yang memuaskan di setiap gear dan tiada gegaran yang ketara dapat dirasai daripada enjinnya. WOW!! SUPERB!!
OK, nampaknya kita ke PART 4 la untuk ceritakan kelebihan dan kekurangan.. Panjang sangat dah ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.