Pandangan, review, ulasan, kelemahan, kelebihan dan komen Samsung S3, Sony Xperia Z1 dan M5 part 2

Ok, sambung balik.. Aku sebenarnya lebih suka guna samsung. Sebabnya adalah aku suka dengan skrin Amoled, terang, cantik dan jelas. Warnanya seperti hidup. Aplikasi samsung juga agak berguna untuk aku. Apabila beralih ke Sony Xperia Z1, antara kelemahan yang aku nampak ialah gambar kurang cantik apabila tak cukup cahaya(mod auto)..


Kelemahan Sony Xperia Z1 yang aku nampak lagi ialah ketiadaan aplikasi note yang SYNC dengan calendar, aplikasi yang ada dalam sony aku jarang guna. Rekabentuknya juga agak petak dengan bahagian bawah ada lubang speaker, bila pegang sebelah tangan, jari kelingking akan diletakkan pada bahagian bawah untuk menahan fon dari jatuh, jari kelingking berasa sakit sedikit sebab lubang speaker tu bergaris panjang.

Sony Xperia Z1 juga tiada fungsi smart stay yang ada pada samsung s3 yang pada aku fungsi ni agak berguna dimana fugsi smart stay ialah selagi mana pengguna menatap skrin, skrin tidak akan terpadam. Ketiadaan fungsi ini menyebabkan aku kena tekan button kuasa berkali-kali untuk hidupkan kembali skrin. Kadangkala, aku terpaksa menetapkan masa yang lebih panjang dibahagian setting untuk srin.

Port USB untuk caj bateri mempunyai penutup yang memerlukan kita perlu buka dan tutup untuk caj. Ini menyebabkan getah penutup boleh rosak dan menghilangkan fungsi kalis air. Nak tukar yang tak ori pun +-RM50.00 juga la..

Namun pada aku Sony Xperia Z1 tetap terbaik. Paling aku suka ialah ada tempat letak tali sangkut di body handfon(macam nokia zaman2 dulu), jadi dapat elak dari jatuh. Setelah setahun lebih menggunakan Sony Xperia Z1, selepas musim banjir diawal tahun 2015, aku naik la buggy buatan sendiri(macam kereta golf tu) dengan hadfon didalam kocek. Tetiba handfon tu jatuh dari kocek betul-betul dibawah tayar buggy dan terus rasa 'geduk' tayar lenyet handfon. Argghhhh... nasib baik la atas tanah, bukan atas tar.. cover belakang hancur, body bengkok sikit. Masih hidup dan boleh berkhidmat. Hahaha... memang lasak la Sony Xperia Z1 ni. Kalau jatuh atas tar, naya la jawabnya.

Akbiat daripada kejadian tu, NFC tak berfungsi dan aku rasa bateri kembung sedikit sebabnya aku tukar panel kaca bahagian belakang yang hancur tu, dalam sebulan dua dia retak semula... Pengakhirannya pada bulan September tahun ni, aku main2 le dengan kucing kat rumah aku. Gatal2 tangan sangkut la tali kat handfon tu kat kaki kucing dan lintangkan ke badan si miuu tu. Agaknya miuu tu takut la kot sebab ada benda berat kat badan dia, lari sambil lompat2, last2 tali tu putus, hanfon jatuh dan.......... Sodaqollohulazim la skrin handfon..

Masih hidup macam biasa, boleh menerima call, sms, wasap dan lain2 seperti biasa tetapi tak boleh touch skrinnya kerana panel touch retak. Tanya2 kedai nak tukar panel habis juga la dalam RM300 - RM400. oh my fonnn.. sapa suruh gatal tangan kan?hahaha... Fikir punya fikir, nak repair makan modal juga. musim banjir dah dekat, kalau repair pun sifat kalis airnya mesti dah out sebab body dah bengkok... buka website sony tengok ada la dua tiga model yang kalis air..

Paling power ialah Sony Xperia Z5 dengan Ram 3Gb.. tapi harga boleh menyebabkan penyakit strok dan hidung berdarah. hahaha... Kemudian terpandang model M5 dengan spesifikasi yang agak power iaitu prosessor 2.0Ghz, ram 3Gb dan kamera 21 Megapixel dan yang paling penting sekali ialah kalis air. Nak teruskan ke  nak sambung part 3 ye?hehehe... Ok, sambung part 3 la. Panjang2 nanti korang bosan pula baca.

Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI