Pandangan, review, ulasan, kelemahan, kelebihan dan komen Samsung S3, Sony Xperia Z1 dan M5 part 3

Pergh.... dah part 3. Kalau x menaip x ape, tapi kalau dah menaip tu banyak pula idea nak ditaip. Ok, sambung balik kisah M5. Speknya juga agak power dengan harga yang saya kira mampu milik la kalau nak dibandingkan dengan speknya.Kemungkinan pemprosesnya dari mediatek menyebabkan harga menjadi murah berbanding kalau menggunakan pemproses darpada snapdragon.



1st impression dibuat semasa pergi ke kedai yang mempamerkan peranti tersebut. Dengan pilihan 3 warna iaitu hitam, putih dan gold, aku lebih berminat dengan gold kerana bingkainya yang sedikit berkilat seolah-olah chrome menampakkannya mewah. Bingkai warna putih juga berkilat chrome,namun begitu aku tak berapa berminat pada skrinnya ada warna putih dibahagian atas dan bawah skrin menampakkan skrin tersebut kecil. Manakala warna hitam pula agak cantik, tetapi sayang bingkainya tidak berkilat dan nampak agak kusam. Namun begitu, warna gold agak susah nak dapatkan kerana stok yang terhad.

Aku agak la, warna gold tu banyak permintaan atas sebab2 yang sama macam aku. Dengan ram sebesar 3Gb dikuasakan dengan pemproses 2.0Ghz, prestasi M5 tidak mengecewakan. Membuka aplikasi dengan lancar. Paling aku suka ialah kameranya. Masa guna Z1 dulu, kalau ambil gambar pada waktu malam gambar agak kabur dengan warna yang menjadi seakan-akan kuning. Memang agak kecewa dengan kamera Z1 dulu walaupun sensor Z1 sebesar 20 Megapixel.

Menggunakan kamera M5, terasa berbaloi dengan harga RM1599 yang dikeluarkan untuk membelinya. Gambar yang diambil pada waktu malam amat jelas dan cantik, tidak lagi kekuningan seperti Z1. Mengambil gambar dengan cara zoom juga agak memuaskan kerana gambar tidak ketara pecah, masih cantik.

Sepanjang penggunaan M5, pada aku kelemahannya adalah terletak pada baterinya. Dengan kapasiti bateri yang kecil berbanding Z1 dan dengan kebiasaan kepada tahap ketahanan bateri Z1, aku merasakan bateri M5 tidak dapat bertahan sehingga sehari dengan penggunaan sederhana berat. Aku sentiasa buka talian internet, berFB, wasap, sekali-sekala main COC.

Namun tidak terlalu menjadi masalah kerana zaman sekarang sudah ada powerbank, boleh dibawa kemana-mana. Rekabentuk M5 juga agak cantik dan sempurna. Tiada lagi bahagian yang 'menyakitkan' apabila disentuh dengan port mini usb/caj tanpa penutup kalis air, aku tak perlu sentiasa buka penutup seperti Z1 untuk caj bateri. Terlalu kerap membuka penutup Z1 untuk caj bateri menyebabkan getah penutup putus, maka kena beli penutup baru. sebiji penutup tu RM50, tak ori. Kalau ori tah berapa le harganye.

Ok, setakat ini dulu pengalaman menggunakan ketiga-tiga peranti ini, jika ada kelapangan, aku akan membuat ulasan lagi dengan Sony Xperia M5. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca blog sawang ini. Hehehe....

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.