Pandangan, review, ulasan, kelemahan, kelebihan dan komen Samsung S3, Sony Xperia Z1 dan M5 part 1

Hai All..

Lama tak berbloging, malas dan tak de idea.. Hahaha.. Kisahnye, sebelum ni aku pakai handfon samsung S3. Pada aku Samsung S3 ni terbaik la pada zaman tu. Apa yang aku suka padanya ialah rekabentuk yang tidak terlalu petak dan tidak terlalu tebal. Skrin Amoled yang sangat cantik dan terang, warna seakan-akan hidup dan mempunyai aplikasi-aplikasi berguna terbina yang SYNC antara satu sama lain seperti note, calendar dan lain-lain..


Gambar yang terhasil daripada kamera samsung S3 juga sangat memuaskan walaupun saiz pixcel kameranya tidak setinggi Sony. Mungkin gabungan kamera dan softwarenya membuatkan gambar kelihatan cantik dan tajam. Kelemahan yang aku nampak pada samsung S3 ialah kapasiti baterinya cepat habis apabila menetapkan data/internet dalam keadaan on. Masa zaman guna samsung S3 ni, aku belom lagi la nak main2 game yang heavy. Masa tu COC pun tak kenal lagi, jadi tak tau nak kata la fon ni hang ke tak. hehe.. pada aku everything is ok kecuali bateri la..

Pada penghujung tahun 2013, aku terlibat dengan banjir besar.. Masa aku dok randuk2 air tu.. tau x randuk tu ape?kikiki.. randuk tu lebih kurang harung la. haha.. Mase tu kaki aku termasuk dalam longkang menyebabkan aku jatuh. Maka handfon samsung S3 yang dalam kocek pun masuk air.. oh sadisnya.... Aku keringkan handfon dan tak on hampir sebulan juga la.. Lepas tu on balik, Alhamdulillah tak de masalah sampai le sekarang. Dari pada tu, aku bertekad nak pakai handfon yang waterproof dari Sony (terpandang iklan dalam TV.hehe..)

Maka selepas survey2 berkenanlah dihati dengan Sony Xperia Z1 yang pada aku masa tu spek dia la power dengan kemampuan kalis air, kamera 20.7 Megapixel, bateri 3000 Mah dan Ram sebesar 2GB. Apbila berakhirnya mod banjir, aku pun beli la Sony Xperia Z1(hutang je..sob.. sobb). Kata orang, ukur baju badan sendiri. Tapi bagi aku, nak beli biarlas puas dihati supaya tak perlu bertukar ganti berkali-kali. Nak beli cash memang tak mampu la.

Dengan kemampuan kalis air Sony Xperia Z1, aku tak pernah risau lagi kalau berdepan situasi handfon bergaduh dengan air. Tak perlu aku nak bekal plastik masa pergi ke sawah (takut2 hujan/atuh dalam air sawah). Mandi air terjun pun rilek jek handfon duduk dalam kocek seluar (Riak kejap sebab orang pandang pelik je aku bw kluar handfon dari dalam kocek dan ambil gambar. Astaghfirullalazim.tak baik riak).

Sony Xperia Z1 ni aku puas hati tentang baterinya (ini kelemahan Samsung S3). Line data/internet memang aku tak pernah tutup. Kalau setakat berFB, wasap, sms tu memang bateri akan bertahan sampai ke malam. Masa ni baru kenal COC, Jadi agak heavy la main COC tu.kikiki... bateri bertahan sampai ke petang je kalau main game.. tengah hari tinggal la 50%. Kalau samsung S3 main game macam ni, sejam dua dah habis kot bateri.

Kamera Sony Xperia Z1 juga sangat terbaik, TETAPI kelemahan kamera ini ialah waktu malam atau tidak cukup cahaya. Kamera Sony Xperia Z1 pada aku dia lebih kepada gambar dan warna yang sebenar. Jadi apabila cahaya tidak cukup, gambarnya jadi kurang cantik. Kesilapan Sony Xperia Z1 pada aku ialah software kameranya tidak menambah baik gambar yang diambil. Gambar yang diambil adalah semulajadi.

Alamak.. dah panjang la pulak, ingatkan nak tulis sikit je. Sambung part 2 lah

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.