728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 23 November 2015

    Pandangan, Komen Tentang Yamaha FZ150i PART 2

    Sambung cerita.. Aku sebenarnya pernah memiliki Yamaha TZM 150 semasa zaman2 belum kawin dulu. Masa tu memang minat gila dengan TZM ni.. Kebetulan kawan satu tempat kerja nak jual TZM dia, aku pun sambor le.. bayar sket2.haha... Jadi, aku akan compare TZM dengan FZ sebab sama-sama 150, tapi kena ingat FZ ni 4 stroke dan TZM pula 2 stroke.. Dari segi enjin, TZM lagi power dari FZ. Boleh tapau ninja 250. Dek kerana dah biasa bawa 150, maka bila bawa SYM 110, rasa macam tak bergerak je moto SYM tu.. bila la nak sampai. Hahaha...


    TZM aku dah jual lepas kawin sebab tak sanggup tengok bini aku duduk posisi sedikit tak sopan. Tempat duduk pembonceng TZM tinggi sedikit berbandig FZ. Sepanjang guna FZ dalam dua minggu, aku rasa perkara paling best ialah lampunya yang terang.muahahaha.... Daripada survey aku kat internet dan forum, FZ ni minyak jimat. Tapi aku tak test lagi tahap penggunaan minyak. Antara yang aku dapat simpulkan sepanjang aku guna FZ ialah :

    1. KELAJUAN yang sedap-sedap dan mencukupi untuk aku cilok dan tinggalkan lori2 yang bahaya di belakang, maksimum aku dapat dengan motor aku ialah 130km/j(tu dah jenuh2 nak dapat). Orang kata FZ standart ada yang boleh dapat 140-160... TZM dulu aku pernah tarik sampai 170 km/j(tak pulas habis), rasa nak tercabut jantung, tak berani tarik habis... takut o... hahaha....

    2. PENGENDALIAN yang mudah dan selesa.. kedudukan posisi tunggangan dan handel yang sesuai membuatkan rasa selesa. Tidak ada rasa lenguh pada pergelangan tangan dan tidak ada sakit2 badan walaupun kali pertama bawa. Tempat duduk pembonceng juga tidak terlalu tinggi, sangat sesuai untuk  ditunggang bersama pasangan. Ni faktor utama aku pilih FZ sebenarnya. Boleh bawa bini dengan selesa. Tak de la tonggek sangat. TZM dulu pergelangan tangan aku selalu je lenguh sebab posisi tunggangan yang menunduk dan kedudukan handel yang rendah. Tapi TZM juga merupakan salah sebuah motorsikal yang sedap ditunggang sebab tak terlalu tinggi.

    3. LAMPU YANG TERANG. Memang puas hati kalau bab lampu hadapan. macam lampu SBK..

    4. TANGKI yang besar. sama macam TZM. jadi tak perlu isi minyak dengan kerap.. satu tangki bertahan dua minggu... kalau SYM dulu, satu tangki bertahan la dalam 2 hari setengah.kikiki....

    5. BUNYI yang tidak terlalu kuat. yang ni aku suka. aku jenis tak suka motor bunyi bising. Bunyi lebih dari laju.haha...

    Kelemahan FZ?... aku rasa masih awal aku nak sebut pasal kelemahan FZ. Setakat guna ni semuanya sempurna. Tunggu la aku guna lama2 sket, baru jumpa kelemahannya. Hehe...

    KESIMPULANNYA, sapa2 ada cita2 nak beli FZ atau dalam dilema nak beli FZ, aku syorkan beli FZ ni dengan sebab utama seperti no 2 kat atas. pengendalian yang selesa untuk yang berpasangan.. Cuma aku dengar FZ model baru ni (3rd generation) makan minyak hitam.

    NASIHAT aku ialah, motorsikal 4 lejang tak menggunakan 2T. Hanya menggunakan 4T atau minyak hitam. Oleh itu, rajin2lah cek minyak hitam motorsikal anda secara berkala tak kira la motorsikal model apa sekalipun asalkan 4 lejang kerana motorsikal hanya bergantung kepada 4T sahaja sebagai pelincir. Sekian....
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 comments:

    1. sy skarang ni pakai moto biase je, modenas kriss. x tau la nk beli yg mane satu sbb skarang ni dh ade honda rs150r, blom beli lagi, org kate laju2 jugak tapi model kapchai, buruk. Nk beli fz150 tapi ramai kate x laju..x sure diorang kate x laju sbb top speed ke sbb acceleration. So nk tanye, bile nk pecut tu laju x bro berbanding moto kriss atau kebanyakan moto kapcai?

      ReplyDelete
    2. Maaf baru ada kesempatan balas komen. Terima kasih kerana lawati blog. Dipasaran sekarang, banyak model CC permulaan 150-250. Pada pandangan saya :

      1. Yamaha FZ : Kelajuan sedang2/sedap dalam kategori kapcai(120-140). Pickup sedap untuk kegunaan bandar sibuk/jem/traffic light (kurang sikit berbanding Y15 dan RS150).Sangat sesuai untuk perjalanan bandar, kegunaan harian ulang alik kerja, jalan jauh(posisi riding yang selesa, tangki minyak besar), cantik ala2 superbike.

      2. Yamaha Y15 : Kelajuan sedang2/sedap dalam kategori kapcai(120-140). Pickup sedap untuk kegunaan bandar sibuk/jem/traffic light. Sangat sesuai untuk perjalanan bandar, kegunaan harian ulang alik kerja, jalan jauh X sedap sangat(posisi riding yang mcm moto kecik yg lain, tangki minyak kecik), antara design kapcai yang cantik.

      3. Honda RS150 : Kelajuan sedang2/sedap dalam kategori kapcai(120-140). Pickup sedap untuk kegunaan bandar sibuk/jem/traffic light. Sangat sesuai untuk perjalanan bandar, kegunaan harian ulang alik kerja, jalan jauh X sedap sangat(posisi riding yang mcm moto kecik yg lain, tangki minyak kecik), antara design kapcai yang cantik.

      Pasal laju, kesemua di atas adalah tak laju. Jangan angggap dengan cc150, motor ni laju. Tak laju sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan Yamaha 125/TZM/RXZ... Sebab motor ni berenjin empat lejang. Kalau bawa moto fz ala2 superbike, kena cucuk dengan kapcai tu biasa la bro. kikikiki....

      Motor ni untuk penjimatan petrol dan maintanance disamping kuasa sekadar mencukupi. Kalau ada bajet lebih, nak laju atau nak lebih kepuasan, saya amat2 syorkan :

      1. Modenas Pulsar 200cc (Murah dan berbali, design cantik)
      2. KTM Duke 250
      3. Kawasaki Ninja 250
      4. Kawasaki Z250
      5. Yamaha Y25
      6. Honda CBR 250

      Saya amat syorkan Honda CBR250 kerana mudah dikendalikan, ringan untuk mencilok, maintainance murah(tukar minyak hitam dan oil filter RM46), kedudukan seat pembonceng belakang yang lebar dan selesa(tak tonggek), kelajuan yang memuaskan diantara 140 - 160.

      ReplyDelete
    3. Terbaik penjelasan admin, sekurang-kurangnya dapat ilmu sama ada nak ambil fz atau cbr 250..thanks admin

      ReplyDelete

    Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin.

    Item Reviewed: Pandangan, Komen Tentang Yamaha FZ150i PART 2 Rating: 5 Reviewed By: www.sunan.my
    Scroll to Top