Hai semua.. Nak dijadikan cerita, sebelum ni guna SYM e-bonus 110 buat ulang-alik ke tempat kerja lebih kurang 30km(pergi-balik) sehari. Naik SYM dengan kelajuan maksimum dalam 90-100 km/j melalui jalan bypass yang banyak kenderaan agak meletihkan dan mengundang bahaya.
Letih sebab lambat sampai.. Bahaya sebab kenderaan lain laju2, lori pun laju2, SYM agak perlahan. Jadi, selalu je kena himpit dengan kereta. Kalau nak memotong tu rasa macam lepas tak lepas je. Tengah2 potong pun kena himpit. Hampeh btol.Mentang2 le motor aku kcik dan tak laju.hahaha...
Dek kerana dua faktor tersebut, aku pun bermesyuarat parlimen la dengan bini aku untuk upgrade sikit kenderaan untuk cari rezeki tersebut. Jadi, sempena kenaikan elaun rumah yang bermula bulan November (Alhamdulillah syukur..), usul tersebut dengan sebulat suara telah diluluskan dengan cadangan nak beli Yamaha FZ150i.
Kenapa 150? kenapa tak 250? Untuk kegunaan ulang alik ke tempat kerja melalui jalan dua lorong dan bandar, motosikal berkuasa 200cc kebawah sudah memadai dengan kuasa yang mencukupi dan kelincahan untuk mencilok ketika dalam bandar. Aku pernah bawa Ninja 250, sedikit berat berbanding FZ, untuk mencilok dan ambil selekoh, perlukan imbangan badan dan tenaga yang lebih berbanding FZ menyebabkan badan mudah letih untuk perjalanan dalam bandar terutamanya ketika banyak kenderaan. Kalau untuk perjalanan yang jauh, ya 250 agak sesuai.
Antara motor yang aku minat dan survey ialah SYM VTS 200(Skuter), Yamaha 135LC, Yamaha FZ150i, Demak 200.. pegi kedai tanya ansuran bulanan, pergh.... tak lepas la pula. elaun naik sikit je. huhu... dan... kebetulan ada sebiji FZ terpakai model pertama tahun 2009 nak dijual. Test punya test, bincang punya bincang, Alhamdulillah dapat la keluar FZ walaupun 2nd dan secara ansuran bulanan. Nak beli cash memang tak mampu la...
Mak bermulalah perjalanan aku dengan FZ dua minggu yang lalu. hehehe.. SAMBUNG PART 2
Nah belanja gambar FZ sekeping. Ni gambar pinjam http://zeck-anythingscool.blogspot.my/ . Bukan moto aku.hehe... |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.