Configure Link List - Please correct the errors on this form.



Assalamualaikum.. nampaknye KPI saye tak tercapai untuk update blog sekurang-kurangnya seminggu sekali kerana m-a-l-a-s.heehehe.. Hari ni mod saye rajin sikit nak kongsi tentang '' Configure Link List - Please correct the errors on this form. ''

Masalah ni terjadi kat saya masa nak update link(tambah direct menu) dan saya yakin ada kawan2 yang terkena masalah yang sama. Saya try google cara nak selesaikan masalah ini tapi tak terjumpa.setelah try beberapa cara, Alhamdulillah berjaya.... caranya cukup mudah tapi agak leceh kalau nak update link banyak2 kali.

Cara2nya :

1. Mula2 p dekat 'layout/papan pemuka' blog anda dan padamkan widget link list yang lama.

2. Lepas tu, klik 'tambah alat/add a gadget' dan pilih 'link list' . Lepas tu macam biasa, masukkan link/menu yang dikehendaki secukupnya dan simpan. in-sya-Allah berjaya.


Tapi kalau nak edit semula, kena la guna cara yang sama dari langkah 1-2 tadi... 

Kalau widget link list yang lama tak boleh dipadamkan, anda kena buka di bahagian 'template' dan buka 'edit html' dan cari perkataan 'linklist100'(kod link list lama), tukar kepada 'linklist1'... lepas tu klik previu dulu.kalau tak ada masalah baru klik simpan.

Sekian, terima kasih...

** PERHATIAN : SILA DOWNLOAD TEMPLATE BLOG ANDA DAN SIMPAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM EDIT HTML BAGI MENGELAKKAN TEMPLATE BLOG ANDA ROSAK.PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA-APA MASALAH YANG BERLAKU.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.