Formula Pengiraan Perpindahan Gaji SSM Ke SBPA

 Formula Pengiraan Perpindahan Gaji SSM Ke SBPA ini hanya untuk Pembantu Tadbir (P/O) N17 Sahaja. Seperti yang dijanjikan semalam, hari ni aku nak tunjukkan cara pengiraan gaji untuk PERPINDAHAN DARI SSM KE SBPA mengikut formula JPA.

Psst.. sambil2 tu klik la iklan nuffnang kat sebelah tu.. bukan ape, kot2 komisyen aku naik.hehehe.. TQ

Mata gaji adalah sama seperti yang aku tunjukkan sebelum ini. Cara pengiraan pun masih sama seperti yang aku tunjukkan sebelum ini. Cuma, untuk perpindahan dari SSM ke SBPA, pihak JPA telah tetapkan formulanya untuk memudahkan pengiraan dan memberi keadilan kepada senior dan junior. Formula + jadual gaji adalah seperti dibawah :

Klik gambar untuk besarkan / print


Cara kiraannya ialah : Klik gambar untuk besarkan

Pengiraan yang aku tunjukkan sebelum ini adalah pada P1T1 dan P1T2 untuk menunjukkan perbezaan antara gaji senior dan junior. So, disini pun aku nak tunjuk pengiraan pada P1T1 dan P1T2 juga.

1. Lihat pada KOTAK yang aku buatkan merah dan hijau. Dalam jadual penuh diatas pun dah ditetapkan kotak, korang tengok kat mana tangga gaji korang sebab cara kiraan sama sahaja. Tangga gaji sekarang yang berada di kotak satu, akan dapat gaji T1, kotak dua akan dapat T2, kotak tiga akan dapat T3 dan begitulah seterusnya.

2. Jika sekarang pada gaji maksimum, cara kiraan masih sama iaitu berpandukan jadual yang ditetapkan.

3. TARIKH KENAIKAN GAJI TAHUNAN akan berubah mengikut jadual diatas (ikut Tangga gaji anda sekarang) tak kiralah KGT korang sekarang bulan berapa. Contoh : Kalau P1T1 KGT akan jadi 1 APRIL . Kalau P1T2 KGT akan berubah jadi 1 JAN dan begitulah seterusnya mengikut apa yang ditetapkan dalam formula perubahan gaji (rujuk jadual gaji penuh diatas).

CONTOH KIRAAN JUNIOR ( 1 ) gaji sekarang SSM P1T1 RM820.38 (Katakan KGT 1 JAN)
 Jika pilih SBPA,PADA 1 JAN 2012 JUNIOR 1  akan menerima gaji T1 RM955 dan tarikh perubahan/kenaikan gaji (TPG/KGT) akan berubah menjadi 1 APRIL. PADA 1 APRIL 2012, JUNIOR 1 akan menerima KGT dan mendapat gaji T2 RM1050 (KGT tertakluk kepada kelulusan Urusetia gaji pejabat masing-masing). Bermakna, pada tahun 2012 JUNIOR 1 akan mendapat sebanyak RM229.62 KENAIKAN.


CONTOH KIRAAN SENIOR ( 2 ) gaji sekarang SSM P1T2 RM870.29 (Katakan KGT 1 OKT)
 Jika pilih SBPA, SENIOR 2  PADA 1 JAN 2012 akan menerima gaji T1 RM955 dan tarikh perubahan/kenaikan gaji (TPG/KGT) akan berubah menjadi 1 Jan. PADA 1 JAN 2012, SENIOR 2  akan menerima KGT dan mendapat gaji T2 RM1050 (KGT tertakluk kepada kelulusan Urusetia gaji pejabat masing-masing). Bermakna, pada tahun 2012 SENIOR 2  akan mendapat sebanyak RM179.71 KENAIKAN. 

APA? KENAIKAN SENIOR SIKIT? Tidak. Sebenarnya sama sahaja kerana apabila SENIOR dan terima gaji T2, JUNIOR masih terima T1 sehingga bulan April..

Ha, dah berwarna warni catatan aku hari ni. Semuanya nak kasi korang senang faham. Kalau tak faham jugak aku tak tau la.hehe.. ada orang tanya, bukan ke kalau sekarang dekat P1T2 akan bergerak ke P1T3 dulu macam yang aku kira sebelum ni? Kalau ada diantara korang yang terfikir perkara yang sama macam ni, cuba korang tengok balik.


Kalau sekarang P1T2 dan bergerakn ke P1T3 =RM920.20, akan dapat gaji SBPA T1= RM955 juga kan? Sebenarnya JPA dah buatkan formula yang lebih senang untuk berikan pengiraan gaji. Jadual formula diatas tu sebenarnya dah termasuk kenaikan 1 tangga gaji SSM. Jadi, tak payah risau dan jangan susah-susah fikir. Biar orang Sumber Manusia pejabat korang yang susah-susah fikir gaji korang. Nanti korang dah dapat gaji SBPA, jangan lupa belanja Sumber Manusia masing-masing.hehehee....


 
** P/S : Apa yang aku tunjukkan ni sebenarnya adalah sulit, tetapi aku dapat jadual ni pun dari internet juga. So, kalau aku tak tunjuk, orang lain akan tunjuk. Betul tak ? Apa yang aku tunjuk ni adalah cara kiraan yang betul.

Ulasan

  1. Sekarang saya SSM P1T2 (KGT 1 Jan) * 1 Jan 2012 SSM saya sepatutnya P1T3.
    Macamana eh? Boleh bagi contoh dengan saya yang 1 Jan 2012 sepatutnya naik P1T3?

    BalasPadam
  2. e1d : Terima kasih coz ikuti blog saye. sekarang P1T2 kan? pada 1 Jan 2012 kau akan terima gaji SBPA pada tahap T1 = RM955. KGT tidak berubah dan masih pada 1 JAN.SELEPAS KGT 1 JAN 2012, kau akan terima gaji T2 = RM1050...

    Maknanya, kau cakap 1 Jan 2012 SSM patut terima P1T3 kan? P1T3 tu digantikan dengan T2 SBPA ( P1T2 KE P1T3 SSM atau T1 KE T2 SBPA)

    Harap penjelasan ni dapat beri gambaran.TQ

    BalasPadam
  3. agak tak adil la.. kwn2 yang masuk kerja awal lbih kurang 2 bulan. yg dah naik bulan 10 lepas ke P1T3 SSM akan naik lagi gaji bulan april 2012..

    BalasPadam
  4. kenapa saya perlu tunggu 1 jan 2013 utk pergerakan gaji yang seterusnya dalam sbpa?
    sedangkan sebelum ni kawan2 naik gaji bulan 10, saya naik gaji bulan 1 next year nya.. perbezaan 2 bulan je.. sekarang perbezaan 8 bulan.. dahsyatnya..

    BalasPadam
  5. e1d : Bukan mcm tu maksud saya. tetap adil sebenarnya... tuan akan dapat KGT pada 1 JAN 2012... GAJI TUAN SSM=P1T2,RM870. bila pilih SBPA, gaji tuan akan dapat pada 1 JAN 2012 ialah T1,RM955...

    Pada masa yang sama, pada 1 JAN 2012 tuan AKAN dapat KGT untuk tahun 2012 kepada T2,RM1050...

    Tuan akan terima gaji pada 1 JAN 2012 ialah T2,RM1050
    (pindah SSM ke SBPA=T1,RM955 dan KGT 2012 ke T2,RM1050).

    BalasPadam
  6. ye saya faham itu.
    tapi, kawan2 saya yang P1T3(SSM) = T2 (SBPA) akan naik ke T3 pada 1 April 2012.
    Saya pulak, naik ke T3, 8 bulan kemudiannya (1 Jan 2013).
    Kan tak adil? Sebelum Ni diorang naik bulan 10, saya naik bulan 1. Beza 2 bulan sahaja, Sekarang 6 bulan beza?? 6 bulan tu banyak tau.

    BalasPadam
  7. e1D , BAGI SAYA sebenarnya JPA dah buat bagi adil. kawan tuan tu Senior kepada tuan, jadi adillah dia dapat gaji 1 tangga lebih tinggi dari tuan.Kita cerita pasal SSM dulu.Tengok dan fikirkan huraian saya kat bawah :

    KAWAN TUAN kenaikan gaji 1 Oktober 2011 dapat P1T3.bermakna, kawan tuan menikmati KGT tahun 2011 sampai bulan 12,baru 3 bulan saja;

    Manakala TUAN dah nikmati KGT 2011 (1 Jan) sampai bulan 12 dah sebanyak 12 bulan. bermakna tuan dah menikmati KGT 12 bulan berbanding kawan tuan baru 3 bulan.KAT SINI TUAN YANG DAPAT LEBIH.



    SBPA:
    Pada 1 Jan 2012, tuan dan kawan tuan sama-sama dapat skim gaji baru SSB masing-masing T1 dan T2.KAT SINI TAK ADA SIAPA YANG LEBIH.



    Kita tengok perbezaan KGT SBPA pulak:

    (SBPA TAHUN 2012) KAWAN TUAN dapat KGT pada 1 APRIL 2012. Bermakna pada tahun 2012, kawan tuan dapat menikmati KGT baru sebanyak 9 bulan sahaja bermula bulan 1 APRIL sampai Disember 2012.

    (SBPA TAHUN 2012)TUAN PULA dapat KGT pada 1 JAN 2012. Bermakna pada tahun 2012, tuan dapat menikmati KGT baru sebanyak 12 bulan bermula bulan 1 JAN sampai Disember 2012. Tuan akan nikmati KGT 2012 sebanyak 12 bulan berbanding kawan tuan yang hanya 9 bulan sahaja.BERMAKNA TUAN YANG LEBIH DISINI.



    Dalam hal ni, sebenarnya kelebihan adalah pada tuan.bukan pada kawan tuan. Jangan dilihat pada perbezaan kenaikan kepada tangga gaji yang sama. tengok pada perbezaan berapa bulan tuan dapat nikmati gaji baru. selepas KGT 2012 TUAN, GAJI TUAN dan KAWAN TUAN sama pada T2 sampailah bulan APRIL.

    Kelebihan kawan tuan hanya pada 1 April 2012, dia dapat KGT 2012 T3.itu saja.. harap penjelasan ni dapat puaskan hati TUAN dan dapat menjelaskan keadaan sebenar. Apa pun, terima kasih sebab tuan lawati blog saya.

    BalasPadam
  8. Ya saya akur bahawa mereka lebih senior dari saya.
    Tetapi, mereka diberi KGT baru SBPA pada 1 April 2012, jauhhh lebih awal dari KGT SSM, iaitu pada 1 Oct setiap tahun, saya pulak masih kena tunggu 1 Jan 2013 nanti, tuan masih tak rasa kurang adil ke jurang bulan kenaikan tu bertambah?
    Kan lebih adil kalau bagi KGT SBPA mereka pada 1 Oct 2012?
    KGT saya stay 1 Jan, mereke punya berubah dari 1 Oct ke 1 April.

    BalasPadam
  9. e1D : bagi saya, kalau nak bandingkan mereka dengan tuan, tuan lebih beruntung sebenarnya sebab dapat menikmati KGT lebih awal dari diorang. Apa pun, mungkin ada sebab tersendiri bagi pihak JPA untuk beri KGT pada 1 April untuk tangga gaji ssm P1T3.

    Saya nak tanya tuan, kalau pilih SBPA, bermula tahun 2012 KGT tuan ialah 1 JAN .kalau ikutkan hati tuan, tuan nak KGT bila?

    kalau nak KGT 1 JAN, 1 JAN 2012 TUAN akan dapat KGT 2012 = T2 RM1050. dan JANUARI 2013 Tuan dapat T3 = RM1145

    kalau nak KGT 1 April, 1 April 2012 BARU TUAN akan dapat KGT 2012 = T2 RM1050. dan APRIL 2013 BARU Tuan dapat T3 = RM1145

    kalau nak KGT 1 JULAI, 1 JULAI 2012 BARU TUAN akan dapat KGT 2012 = T2 RM1050.dan JULAI 2013 BARULAH Tuan dapat T3 = RM1145

    kalau nak KGT 1 OKT, 1 OKTOBER 2012 BARU TUAN akan dapat KGT 2012 = T2 RM1050.dan OKTOBER 2013 BARULAH Tuan dapat T3 = RM1145

    Mcm mana? mesti nak pilih KGT 1 JAN kan sebab nak kejar T2(2012) dan T3(2013)? hehehe...Mcm yang saya cakap tadi la, JANGAN BEZAKAN KENAIKAN KE T3 DENGAN KAWAN TUAN.

    TUAN kena tengok sapa yang dapat KGT 2012 dulu. TUAN yang akan dapat KGT 2012 iaitu pada 1 JAN 2012. kawan tuan dapat KGT 2012 lambat sikit dari tuan iaitu 1 April 2012.

    Amacam? dah dapat tangkap? saya tau tuan tengah konfius lagi tadi. tak apa, kita bincang kat sini. tapi mungkin saya lambat reply sebab ada kerja.

    BalasPadam
  10. tetap tak adil bagi saya.

    sebab kawan2 saya tu bermula 1 jan 2012 terus dapat T2 SBPA.
    1 april terus naik T3 SBPA.
    1 oct 2011 ke 1 april 2012 = 6 bulan je terus naik gaji lagi?

    saya pulak gaji T2 yang sama utk setahun! 1 jan 2012 sampai 1 jan 2013.

    bukan saya nak pilih tarikh KGT lain tapi x adil la KGT kawan2 saya diawalkan dari 1 oct ke 1 april, kenapa KGT saya ke T3 tak diawalkan dari 1 jan ke 1 julai? kan lebih adil? sama perbezaan bulan mcm sebelum ni. which is 3 bulan?

    BalasPadam
  11. Tuan, maafkan saya.saya lupa domain name dah expired rupanya.. Untuk soalan tuan diatas, mohon hubungi JPA untuk makluman lanjut. bagi saya dah adil. tapi bagi tuan tak adil nak buat mcm mana. fikiran setiap orang berbeza-beza. Terima kasih sekali lagi kerana menjadi salah seorang blog saya. :-)

    BalasPadam
  12. saya pula kgt naik bulan julai 2011..tapi di awalkan januari 2012..macamna untung ke tak? 6 bulan awal naik gaji..sepatutnya bulan julai 2012 naik gaji ssm.

    BalasPadam
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI