NAK CEK APA KALAU NAK BELI NAZA RIA?


    Selepas anda survey-survey dan cari maklumat tentang Naza Ria, anda pun membuat keputusan untuk membeli Naza Ria dan mula mencari penjual. Apabila menjumpai penjual yang menawarkan harga yang berpatutan dan nak pergi tengok kereta atau test drive, apa yang anda perlu cek?

    Berdasarkan pengalaman cetek saya memiliki Naza Ria, ada 2 faktor/kategori untuk semakan iaitu :

1. MEMBELI NAZA RIA UNTUK TERUS DIGUNAKAN DENGAN ENJIN YANG SEDIA ADA.

    Dalam hal ini, anda berhasrat untuk membeli sebuah Naza Ria yang enjinnya masih hidup dan ingin terus digunakan dengan enjin sedia ada pada Naza Ria tak kiralah enjin ori atau enjin yang telah ditukar kepada enjin jenama lain.

2. MEMBELI NAZA RIA UNTUK OVERHAUL ENJIN ATAU UNTUK MASUKKAN ENJIN  LAIN.

    Ada juga yang memilih untuk membeli sebuah Naza Ria yang enjin kong/tersadai kerana kebiasaannya harganya lebih murah. Kemudian overhaul balik enjin atau masukkan enjin lain. Secara tak langsung, tidak lagi menanggung risiko ketidakpastian kerosakan enjin sepertimana membeli Naza Ria yang running condition.

Secara amnya, perkara berikut perlu disemak ketika membuat pemeriksaan kepada kereta yang hendak dibeli :

1.    Periksa dahulu keadaan badan kereta. Ada karat teruk? Cek juga bahagian bawah kereta. Pusing keliling. Berpuas hati dengan cat? Ada kesan kemalangan yang teruk? Antara tips untuk semak kesan kemalangan yang teruk ialah lihat pada tulang di enjin bay, kesan kemek di mount absober, kesan kemik di boot bonet belakang. Calar, kemek sikit-sikit tu biasa la.. Kereta lama. Cek juga kesan potong body. Jika tak pandai cek kesan potong body, biarkan puspakom yang cek nanti.

Antara point untuk cek kemalangan di bahagian hadapan. Ada kesan kemik/kesan ketuk/kesan simen? Poin paling penting ialan point no 1 (kiri dan kanan) kerana jika kemalangan teruk yang menjejaskan point tersebut, susah nak buat alignment tayar.

2.    Periksa pintu dan bonet. Mudah tak untuk buka dan tutup. Terutamanya pintu slide atau pintu penumpang belakang kerana pintu slide sering mengalami kerosakan atau susah ditutup sekiranya pemilik lama mempunyai keluarga yang lasak atau kenderaan tersebut digunakan untuk bawa penumpang perlancongan/teksi/kereta sewa.

3.    Jika kereta masih running condition, buka aircond ke tahap paling perlahan. Aircond sejuk ke tak? Kemudian naikkan tahap aircond paling tinggi, sejuk ke tak?

4.    Jika kereta masih running condition, test drive kereta tersebut. Bawa jauh sikit. Tutup radio dan tutup tingkap, dengar bunyi-bunyi sistem suspensi. Ada bunyi tikus/kluk-kluk yang melampau? Bunyi sikit-sikit tak apa lagi jika harganya berpatutuan. Masa ni, perhatikan juga suhu/meter temptrature. Enjin pickup tak? semput tak?

5.    Semasa proses test drive tadi, test juga gear R, gear D, kemudian P... Masuk D, pickup tak? Tumpukan perhatian ketika penukaran gear semasa memandu. Boleh perasan, mudah atau susah penukaran gear dari 1 ke 2 ke 3 ke 4? Ada tak dia menung di mana-mana gear walaupun meter RPM dah tinggi? Lancar tak gear? Saya dapati, sangat jarang pengguna adu masalah kerosakan gear Naza Ria. Jika ada pun, cuma perlu ganti part kecil sahaja. Tak perlu turun gearbox atau tukar gearbox.

6.    Selesai test drive, parking tepi dan matikan enjin untuk periksa tahap kelancaran untuk menghidupkan enjin. Matikan enjin sebentar, borak-borak dan semak dahulu bahagian lain sekali lagi. Masa ni boleh la ejas-ejas harga dengan owner jika dah puas hati dengan perkara 1-5 tadi. Selepas itu hidupkan dan matikan enjin  beberapa kali. Sekiranya enjin mudah dihidupkan dengan sekali/dua kali 'start', boleh ke step seterusnya.

1. Teh tarik kurang manis.
2. Teh tarik kaw.


7.    Jika anda memilih yang running condition, matikan enjin kereta dan buka penutup minyak hitam. Ada kesan teh tarik? iaitu minyak hitam bercampur air, berbuih berwarna seperti teh pada penutup minyak hitam. Tarik tolok penyukat minyak, tengok minyak warna hitam atau warna teh? Cek sekeliling enjin dan bawah enjin ada kesan leaking atau minyak menitis?

1. Teh tarik kurang manis.

2. Teh tarik kaw. Rupa minyak hitam yang bercampur air ketika dikeluarkan melalui saluran drain.

8.    Jika dah puas hati dengan semua tadi, last sekali cek la semua lampu-lampu berfungsi atau tidak. Minyak brake, minyak power stering, minyak gearbox, tayar dan lain-lain lagi.

BAGAIMANA JIKA ANDA BERHASRAT NAK BELI DAN NAK OVERHAUL ENJIN/TUKAR ENJIN LAIN?

Saya memilih untuk masukkan enjin Toyota 2MZ kerana saya yakin dengan kelasakan enjin Toyota

    Ini seperti apa yang saya buat. Disebabkan berhasrat ingin memakai Naza Ria dalam tempoh yang lama, saya memilih untuk membeli sebuah Naza Ria yang keluaran lebih baru (keluaran paling baru Naza Ria ialah pada tahun 2009 kalau tak salah). Saya mencari yang enjin kong kerana membeli Naza Ria yang enjin kong harganya lebih murah. Jika anda nak buat seperi saya, apa yang anda perlu cek? Saya cadangkan :

1.    Cek dahulu body, kesan kemalangan, cat, karat.. Saya sangat syorkan cari Naza Ria yang tahunnya lebih terkini seperti keluaran tahun 2007-2009 supaya kita tidak lagi perlu keluarkan kos yang tinggi untuk cantikkan body dan sistem suspensi. Kita cuma keluarkan kos untuk baiki enjin sahaja. Cek juga kesan potong body. Jika tak pandai cek kesan potong body, biarkan puspakom yang cek nanti.

2.    Kemudian periksa pula pintu dan bonet. Pilih yang mudah dibuka dan mudah ditutup terutamanya pintu slide.

3.    Memandangkan kereta enjin kong/tersadai, tak dapatlah nak cek aircond dan suspensi ada bunyi pelik atau tidak. Jadi, pastikan enjin yang nombor enjinnya sama seperti nombor enjin dalam geran berada di enjin bay.

4.    Jika enjin dah barai, pasang semula enjin asal di enjin bay, menampakkan rupa enjin dan ada nombor enjin. Bawa dengan towing ke puspakom untuk melakukan pemeriksaan tukar milik/B5. Selepas lulus B5, jika nak masukkan enjin lain, enjin asal sudah boleh dikeluarkan. Segerakan proses tukar milik di JPJ.

Nah saya belanja gambar AG keasayangan saya :

Naza Ria RS tahun 2009

Tiada sunroof, tiada ABS, tiada SRS airback, tiada power seat, tiada seat kulit, tak mengapalah asalkan body masih cantik.

Anak memang suka, sekejap ke hadapan, sekejap je belakang.

JADI, SAYA LEBIH PREFER YANG MACAM MANA?

    Terpulang kepada bajet yang anda ada. Sekiranya anda ada bajet sekitar RM15,000.00, saya sangat syorkan cara yang ke 2 iaitu :

- Cari Naza Ria yang tahunnya lebih baru (2007-2009).

- Pastikan body dan cat masih cantik dan terjaga, tiada karat, dalaman bersih.

- Pastikan pintu-pintu dan bonet mudah dibuka-mudah ditutup.

- Pastikan tiada kesan kemalangan yang teruk, yang melibatkan casis.

- Hal kecil-kecil tak apa seperti calar kecil, lampu pecah, damper bonet kong kerana boleh dibaiki dengan kos yang tidak tinggi.

- Masukkan enjin yang anda suka atau overhaul enjin ori. Pastikan hantar ke bengkel yang pakar

PASTIKAN JOIN GRUP NAZA RIA SEPERTI : FB CLUB NAZA RIA 1 MALAYSIA

Bagi memudahkan sebarang pertanyaan mahupun menimba pengalaman dari perkongsian dari pemilik yang lain.

Baiklah, setakat ini dahulu perkongsian saya kali ini. Semoga peminat Naza Ria terus kuatkan semangat untuk menggunakan Naza Ria. Sebuah MPV mewah dengan harga Perodua Viva

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNANTerima kasih.

Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI