TENTANG NAZA RIA : KELEBIHAN, KEKURANGAN, KEBAIKAN, KEBURUKAN

 


Naza Ria atau biasa disebut sebagai 'ANAK GAJAH; / 'AG' oleh pemiliknya merupakan sebuah MPV bersaiz penuh, adik kepada model Kia Carnival. Sebutah anak gajah / AG diberi kerana saiznya yang besar dan beratnya sekitar 2 tan, macam anak gajah. Ketika baru keluar dahulu, harganya sekitar RM100,000.00. Namun kini harganya jatuh menjunam disebabkan masalah pada enjinnya.

Ketika artikel ini ditulis, harga bagi sebuah  Naza Ria dengan kondisi boleh bergerak tanpa sebarang masalah enjin boleh didapati serendah RM5,000.00. Bergantung juga kepada penjual, kadang kala dapat dibeli dengan harga yang lebih murah.Manakala  Naza Ria yang enjinnya telah rosak pula boleh didapati dengan harga serendah RM1,500.00.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan kelebihan, kebaikan, kekurangan dan kelemahan  Naza Ria berdasarkan pengalaman saya memilikanya. Saya akan kemaskini dari masa ke semasa jika ada point2 baru. Jika rajin, bolehlah membaca sesi perbincangan di forum CARIGOLD.



KELEBIHAN - KEBAIKAN

1. Point yang paling utama merupakan faktor utama pemilik membeli  Naza Ria. Harga yang mampu milik, murah untuk sebuah MPV bersaiz penuh. Boleh dibeli dengan harga serendah RM5,000.00.

2. MPV bersaiz penuh. Luas dan sangat selesa membawa keluarga dengan tempat duduk 7 orang ( 2 - 2 - 3 ). Walaupun naik seramai 7 orang dewasa, masih selesa untuk perjalanan jauh. Ruang kaki untuk penumpang adalah luas.

3. Enjin yang berkuasa. Berbekalkan enjin 2.5cc, kuasa pecutan sangat memuaskan walaupun saiznya besar dan beratnya 2 tan. Enjinnya pula mampu memecut melebihi 160km/j dengan mudah. Namun, janganlah bawa selaju tu. Utamakan keselamatan.

4. Stabil pada kelajuan tinggi. Berbekalkan beratnya sekitar 2 tan, memandu dalam kelajuan 150kmj tidak terasa bergoyang. Namun perlu berhati-hati ketika jalan basah atau mengambil selekoh kerana  Naza Ria merupakan sebuah kenderaan yang tinggi jarak lantainya ke jalan.

5. Alat ganti yang banyak dan mudah didapati dengan HARGA YANG BERPATUTAN. Memandangkan banyak  Naza Ria yang tersadai disebabkan enjinnya rosak, ramai juga pemilik yang tidak mampu keluarkan kos untuk membaiki enjin dan menjual alat ganti / jual lerai/relai. Alat ganti original daripada Hyundai pula masih boleh didapati. Siapa kata  Naza Ria susah dapat spare part? Tidak susah, tapi perlulah sertai komunitinya. Paling senang sertai grup di facebook. club naza ria 1 malaysia merupakan kumpulan facebook yang agak aktif.

6. Pendingin hawa/aircond yang sangat sejuk hingga ke tulang. Dengan saiz yang sebesar itu, saya kagum kerana aircond Naza Ria mempu menyejukkan disegenap ruang mpv ini. Dengan double blower dan corong aircong di setiap tempat duduk, membantu aircond sejuk walaupun duduk di kerusi paling belakang.

7. Pemanduan yang comfort dan selesa. Sesuai dengan harga asalnya sekitar RM100K pada satu masa dahulu, pemandua Naza Ria sangat selesa ala2 kereta mewah. Banyak fungsi yang ada pada Naza Ria seperti sunroof, seat kulit, power seat, ABS dan airback boleh didapati dengan  harga mpv yang murah pada hari ini.



KEKURANGAN - KEBURUKAN

1. Cukai jalan mahal. Dengan CC enjinnya 2.5, harga cukai jalan/roadtax sahaja RM800++ untuk satu tahun tak termasuk insurans. Harga insurans bergantung kepada jenis perlindungan yang dikehendaki oleh pemilik. Jika memilih 1st party dengan cover harga minimu, harga insurans sekitar RM800+-. Jika memilih 3rd party pula dengan cover sekitar RM5K, harga insurans sekitar RM400+-. Jadi, setiap tahun perlu sediakan sekurang-kurangnya RM1,500.00 untuk insurans dan roadtax. Tapi perlu berkorbanlah untuk keselesaan keluarga.

2. Enjin asal Kia bermasalah jika tidak dijaga rapi. Inilah sebab utama kejatuhan harga Naza Ria. Naza Ria terkenal dengan masalah enjin panas atau overheat atau air masuk dalam enjin, pemilik Naza Ria panggil dengan istilah teh tarik. Teh tarik ni bermaksud air radiator telah masuk dalam enjin dan bercampur dengan minyak hitam menyebabkan minyak hitam berwarna seolah-olah teh tarik. Jika masalah ini berlaku, enjin Naza Ria perlu dibuat overhaul dengan kos sekitar RM4,000.00 + + . Untuk masalah ini, ada pemilik yang telah tukar enjin dengan memasukkan enjin Totota 2MZ, Nissan Cefiro, Mitsubishi dan Honda. Nanti saya akan buat satu artikel lain khusus berkenaan masalah enjin ini.

3. Harga alat ganti original mahal. Pada saya, mana-mana jenama pun harga alat ganti orinial mestilah mahal. Biasalah tu. Namun bagi saya, kita ada pilihan untuk membeli alat ganti yang lebih murah daripada penjual Naza Ria secara relai/lerai/barai.

4. Penggunaan minyak petrol yang agak tinggi terutamanya jalan bandar/berhenti-berhenti. Sebenarnya ianya perkara biasa untuk sebuah mpv. Anda perlu berkorban dan memilih salah satu - SELESA vs TAK KUAT MINYAK. Jika nak memilih dua2 kriteria (selesa+tak kuat minyak), bukan di Naza Ria. Jangan bandingkan penggunaan minyak dengan kereta sedan biasa. Untuk perjalanan jauh, penggunaan minyaknya masih boleh dikatakan berbaloi.



Saya merupakan pemilik 2 Naza Ria. Mula2 saya beli sebuah Naza Ria. Namun saya menjualnya kembali kerana tidak berpuas hati dengan kondisi body dan suspenction berikutan kereta itu asalnya digunakan oleh agensi perlancongan. Atas faktor keselesaaan dan ruang kabin yang luas, sekali lagi saya membeli sebuah Naza Ria dan tukarkan enjin masukkan enjin Toyota 2MZ.

Baiklah, setakat ini sahaja dahulu perkongsian saya kali ini. Boleh kongsikan pengalaman anda dari segi KELEBIHAN, KEKURANGAN, KEBAIKAN, KEBURUKAN NAZA RIA di ruangan komen. Saya akan kemaskini dari masa ke semasa. Follow SUNAN ya.. Terima kasih.

Ulasan

  1. As Salam,tuan.
    Sy baru bercadang mahu membeli sebuah naza ria ni memandangkan harganya yg ckup murah. Namun begitu kerisauan sy tertumpu pd masalah overheat yg byk memenuhi ruang komen naza ria.
    Berkenaan tentag tukar enjin toyota yg tuan sebutkan,berapakah kosnya,ada x sebarag prubahn pd prestasi fan bagaimana pula dgn masalah overheat.
    Soalan terakhir sy,adakah tuan bercadang utk mnjualnya...
    Sekian..trm ksh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Diharap tuan follow saya, saya alan buat satu posting khas berkenaan soalan tuan. Secara ringkasnya setelah tukar enjin toyota, tak banyak perbezaan prestasi. Hampir sama dengan enjin asal. Manakala masalah overheat setakat ini tidak berlaki, malah suhunya lebih rendah dari enjin asal. Setakat ini saya tidak bercadang untuk menjualnya.

      Padam
  2. Assalamualaikum,
    Saya dah guna naza ria selama 15 tahun, alhamdulilah engine masih original..Setuju,sparepart nazaria masih banyak..harga standard mpv yang lain saja..komponen engine dia tahan lama sebenarnya..Cuma pomen yg yg faham nazaria x ramai.

    BalasPadam
  3. Wassalam,
    Alhamdulillah tuan Zulkanain Ali. Betul tu, perlu cari pomen yang betul faham dengan Naza Ria ni. Bukan pomen yang buat-buat faham. Nanti jadi tikus baiki labu Naza Ria kita.

    BalasPadam
  4. Setelah Tuan tukar engine Toyota 2MZ, keadaan kereta OK? Minyak kurang sikit drp engine lama. Saya dah 16 tahun bersama Naza Ria, Masih elok, n x de masaalah. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat ini masih ok, tiada sebarang masalah sejak tukar pada bulan Ogos 2020. Harap-harap tiada sebarang masalah. Purata penggunaan petrol yang saya pernah ukur ialah 8.47km/liter atau 118ml/1km. Ukur guna ron95 Petronas.

      Padam
  5. Saya duduk di penang jadi kedai mana kah yang ok untuk buat flywheel oil seal leaking

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti tuan. Boleh follow grup fb ini : https://www.facebook.com/groups/184494231953625/ dan tanyakan di sana. Mereka sangat membantu.

      Padam
  6. Sy pemilik naza ria....nak bertanya...kereta naza ria sy x boleh nak start jika 2 hari tak bergerak....walaupun bateri baru tukar bln januari....altenator masih ok...apa punca...sy dah hantar ke bengkel...tapi x dpt btl juga....siap kata masalah enjin...sy dah guna naza ria 13 thn....mula meragam awal tahun nei...
    Kalau nak tukar enjim toyota 2MZ berapa kos...dkt mana bengkel utkbtukar enjim nei....
    Husband sy nak tolak je kereta naza nei....tapi sy syg sgt...byk kenangannya dgn sy....sy mohon dpt jawapannya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf kerana lambat reply. Jika bateri baru tukar dan alternanor tidak rosak, tetapi bateri cepat habis, kemungkinan ada wayar short di body. Kebiasaannya disebabkan tikus gigit wayar. Kena hantar bengkel yang buat wayaring. Tidak boleh ke bengkel biasa. Masalah enjin tiada kena mengena dengan bateri cepat habis.

      Puan dah guna selama 13 tahun, dah tau naza ria macam mana. Pengalaman dah banyak, jadi sangat sayang jika nak jual. Harga jual sangat rendah jika kondisi macam sekarang. mungkin sekitar 3-4 ribu sahaja.

      Kos terkini masuk enjin 2MZ adalah sekitar RM9,500.00 bergantung kepada bengkel. Saya tukar di bengkel H&K Motorsport di Balakong. Bengkel tu memang rutin convert enjin naza ria. Jadi, mereka dah ada step yang standart untuk semua naza ria yang mereka convert/masuk enjin toyota.

      Saya syorkan jangan jual naza ria tu. Elok dah ada naza, tinggal nak baiki sahaja. tak macam saya nak kena cari naza yang enjin kong, dah modal di situ, kemudian masuk enjin pula, modal lagi.

      Semoga naza ria puan kembali sihat.

      Padam
  7. Saya baru 2thn pakai Naza ria, beli atas tangan org. Owner lama kata, air Kene jaga sebab bila panas enjin air radiator tendang keluar. Saya check cap minyak hitam ok masih tak ada tanda2 air campur minyak hitam, terus hantar kat member untuk setelkan masalah air radiator tu. Alhamdulillah.... Buat masa ni, xde masalah pasal temp naik mendadak. Penyelesaiannya, member buang termostart dan gantikan dgn pipe by pass. Bagi air radiator tu senantiasa berputar... Kos ganti tu dalam 750, kira berbaloi lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Sangat berbaloi. Betul, Naza Ria ni perlu utamakan jaga sistem penyejukan dia. Rajin-rajinkan flush sistem penyejukan dalam 1 hingga 2 kali setahun supaya tak tersumbat. insyaALLAH akan sihatlah naza ria.

      Padam
  8. Saya nak Tanya untuk tukar enjin naza ria,ke enjin apa yang sesuai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak model enjin yang boleh masuk ke Naza Ria. Enjin Mitsubishi, Honda, Toyota, Nissan pernah orang masukkan. Namun enjin yang popular dimasukkan ialah enjin Toyota 2MZ. Jika ada modal masukkan enjin Toyota Estima pun bagus juga. Toyota terkenal dengan kelasakan enjinnya.

      Padam
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI