Dah lama tak menerbitkan tulisan di blog ini sampai tak sedar blog tak dapat di akses.. Entah macam mana semalam nak cek Google AdSense, duk pelik kerana tiada langung walau satu sen pun income. Cek trafik di blogger juga kosong, tiada lawatan langsung.
Cek domain, aik? lambat lagi expired. Hmm.. kemudian mintak tolong dengan seller domain JomHosting.net untuk semak apa kena dengan blog ni.. Setelah siasatan dibuat, rupa-rupanya hosting sunan dah expired.. adoi....
Untuk makluman semua, domain yang ada sambungan di belakangnya .my (.my / .com.my / .net.my / .gov.my dan lain2) iaitu domain mynic, jika beli domain ini, penjual domain tak sediakan perkhidmatan DNS untuk domain ini.
Jadi kita perlu beli perkhidmatan DNS atau cari penyedia perkhidmatan DNS percuma. Untuk saya, saya beli hosting dengan kapasiti rendah, RM25 setahun untuk aktifkan domain sunan.my.
Bagi yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog, domain dan hosting senang disimpulkan sebagai :
1. DOMAIN ialah nama web anda ( contoh : www.sunan.my itu ialah domain).
2. HOSTING pula ialah rumah bagi domain anda supaya boleh berfungsi.
Ada domain-domain yang telah ada siap disediakan perkhidmatan DNS.. domain yang menggunakan penyambung .COM biasanya tidak memerlukan hosting untuk dia berfungsi.
Setelah membuat bayaran kepada penyedia perkhidmatan semalam dan meminta bantuan daripada pihak teknikal mereka untuk setting semula, Alhamdulillah blog sunan kembali beroperasi. Sedar tak sedar, rupa-rupanya domain sunan.my telahpun berumur 7 tahun pada tahun ini. Domain ini telah dibeli pada tahun 2012.
Blog ini pula telah berusia 9 tahun. Tak banyak pun perkongsian di blog ini kerana ianya lebih kepada perkongsian dan catatan peribadi.
Jadi, sesiapa yang nak beli domain atau hosting, saya amat syorkan Jom Hosting kerana perkhidmatan mereka yang terbaik setakat ini. Support team mereka amat membantu apabila blog saya menghadapai masalah. Jika nak beli, bantu juga saya melalui program affiliate mereka, klik : JOM HOSTING.
Terima kasih kerana melawati blog ini. Tanpa anda, siapalah kami.
Bantu Saya
Mohon bantuan kalian, semua pengunjung untuk subscribe channel Youtube, like page fb saya dan klik pada iklan google di blog ini. Cuma klik dan tutup kembali sebagai tanda sokongan kepada saya.
Kalian juga dibenarkan copy semua artikel saya ke blog anda dengan syarat sertakan kredit dan link ke blog saya www.sunan.my ATAU link ke artikel asal di blog saya.
Terima kasih semua...

PENGUMUMAN
BLOG SUNAN DALAM PROSES SELENGGARA
Assalamualaikum.. Lama juga tak bersiaran. Hari ni Sunan perlu selenggara blog ini. Coding2 lama perlu dibuang dan dibuat baru agar blog...


Label
10k
(2)
2MZ
(3)
agama
(2)
android
(2)
arnab
(2)
baby
(1)
bayi
(1)
blog
(6)
buat blog
(4)
CB500X
(1)
cbr250r
(7)
ER6
(1)
fz150i
(9)
gambar
(13)
gempak
(4)
Honda
(2)
Honda CB500X
(1)
Honda CBR250
(2)
i-sinar
(1)
informasi
(25)
internet
(3)
jalan dan makan
(6)
Kaswasaki ER6
(1)
Kawasaki
(1)
kwsp
(2)
lain-lain
(11)
m5
(3)
makanan
(6)
motorsikal
(7)
naza ria
(5)
naza ria convert toyota
(4)
nostalgia
(1)
novel
(1)
panduan buat blog
(10)
panduan perfume
(2)
pendidikan
(1)
pengajaran
(2)
pengumuman
(8)
penjawat awam
(9)
penternakan
(2)
perfume
(4)
permainan
(2)
promosi perfume
(2)
s3
(3)
samsung
(3)
sbpa
(5)
semasa
(19)
soal jawab perfume
(1)
sony
(3)
tauladan
(3)
tips
(3)
tips android
(2)
tips blog
(9)
toyota 2MZ
(2)
VF3i
(4)
video
(3)
xperia
(3)
Yamaha
(3)
Yamaha FZ
(3)
z1
(3)

Tiada ulasan:
Catat Komen
BALASAN AUTOMATIK : Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin.