Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 2


Baiklah, bersambung lagi. Antara  simptom-simptom fius ni dah tak mampu untuk alirkan kuasa secukupnya ialah :
1. Meter RPM menari-nari-selalunya mengikut rentak lampu signal atau lampu brake. Apabila signal dihidupkan, lampu hidup maka meter akan drop/turun sendiri, lampu terpadam maka meter akan naik semula. Sama juga dengan lampu brake. Bila kita tekan brake, lampu brake akan hidup, meter RPM akan drop. Lebih teruk apabila lampu signal dan lampu brake hidup dalam masa yang sama. Meter RPM akan drop/jatuh lebih rendah, kadang kala enjin boleh mati. Meter RPM juga boleh jadi bengong.

2. Selepas bawa laju dalam masa yang agak lama, motorsikal boleh mati sendiri ketika kita lowkan thortle minyak.

3. Motor jadi semput atau sebu ketika bawa laju.

4. Lain-lain simptom seolah-olah tak cukup api~nanti aku update semula.hehe..


Perlu difahami, kenderaan yang menggunakan sistem fuel injection menggunakan kuasa bateri yang lebih berbanding kenderaan yang menggunakan carburator. Begitu juga dengan FZ, ketika enjin dihidupkan, benda paling asas yang menggunakan kuasa bateri untuk hidupkan enjin ialah sistem FI itu sendiri, pam minyak dan juga ECU. Dalam pada itu, lampu hadapan/headlamp juga menggunakan kuasa bateri yang agak kuat.

Jadi, apabila fius tersebut gagal mengalirkan kuasa secukupnya, api dari coil tidak dapat menegcaj bateri dengan kadar sepatutnya. Maka kuasa bateri akan makin berkurangan dan lama-kelamaan kuasa bateri jadi lemah. Apabila kuasa bateri menjadi lemah, rangkaian sistem fuel incjection tadi tidak mendapat kuasa secukupnya menyebabkan petrol tidak sampai kepada enjin dengan kadar yang cukup. Sebab tu la ada yang jadi motor mati atau sebu/semput.

Begitu juga kes yang berlaku selepas bawa laju. Semasa bawa laju, kuasa bateri diperlukan lebih dari biasa untuk support sistem FI sedangkan coil tak dapat caj bateri secukupnya kerana terhalang oleh fius. Maka, motorsikal pun mati kerana kuasa bateri dah lemah.

Sekiranya berlaku masalah ini, cepat-cepatlah tukar fius. Kalau masa kejadian tu tak ada fius untuk ganti, aku nasihatkan supaya jangan bawa dengan kelajuan yang tinggi. cukup sekadar bawa dalam lingkungan 100 km/j kebawah. Seeloknya beli fius letak dibawah seat sebagai persediaan.

PERHATIAN ; Sekiranya setelah menukar fius pun masalah yang sama masih berlaku, berkemungkinan ada masalah lain yang berkaitan dengan kuasa (coil, rectifier dan lain-lain). Bawa ke bengkel yang boleh dipercayai supaya anda tidak 'diketuk' sehingga 'kemarau'. Terima kasih kerana membaca.

Fius asal 20amp. boleh juga digantikan dengan 25amp tetapi tidak digalakkan kerana fungsi fius adalah untuk memutuskan arus yang berlebihan. Arus yang berlebihan akan merosakkan alat yang menerima arus tersebut.

~Menulis berdasarkan pengalaman kejadian yang pernah berlaku~


Ulasan

  1. Terima kasih tuan.. info yg terbaik!!!!!

    BalasPadam
  2. tq atas info ini. sgt berguna. fz aku pun dah start sebu bila bawa laju. padahal baru 3 hari lepas tukar minyak yamahalube. sebelum ini pernah sebu gak. tapi guna minyak itam ntah apa brand. bila tukar minyak yamahalube dia power balik. jadinya minyak itam main peranan gak. skrg jadi sebu mungkin pasal fius kot. kena cuba tip ni. tq bro.

    BalasPadam
  3. tq atas info ini. sgt berguna. fz aku pun dah start sebu bila bawa laju. padahal baru 3 hari lepas tukar minyak yamahalube. sebelum ini pernah sebu gak. tapi guna minyak itam ntah apa brand. bila tukar minyak yamahalube dia power balik. jadinya minyak itam main peranan gak. skrg jadi sebu mungkin pasal fius kot. kena cuba tip ni. tq bro.

    BalasPadam
  4. Hehe.. ni berdasarkan pengalaman penggunaan. Tah la. otai2 kata cuba FID tengok detect masalah apa.

    BalasPadam
  5. tuan, ada pertanyaan ni. apa mslh bila full throttle meter rpm berjoget2 kadang tu rapat smpai 12. mslh apa ye?

    BalasPadam
  6. Salam bro,terima kasih.. info terbaek ni..nk tanya sket, lepas tukar fius tu ok da ke sampai sekarang?? Sbb motor sy baru je jadi ni..sama mcm cerita bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas tukar fius tu, ok la sekejap. Tukar fius lagi, ok sekejap juga. kadang2 ok, kadang2 jadi balik. Last2 tukar coil, selepas tukar coil setakat ni tak jadi lagi.

      Padam
  7. Terima kasih broo...info yg sgt berguna...moto saya pn jadi sama mcm apa yg bro taip...kdang2 bila on signal@on highbeam enjin mati...lpas tu bila tarik brek depan, lampu blakang menyala lama xnk padam...meter RPM xpayah ckp la, asyik menari ja...bila bwk laju, lpas tu nk slow dekat selekoh@berhenti lampu isyarat slalu lampu free gear berkelip2 mcm xcukup power sdgkan bru ja tukar bateri minggu lepas...lgi terok kdang2 jadi semput & klau nasib xbaik enjin mati tros...nsib baik xda kreta kt blakang..hahaha...dh lama cari sbb knapa jadi mcm tu, tpi bila baca entry yg bro post ni, bru rasa mcm dh jumpa jawapan...minggu depan bru nk try tukar fius (sibuk kerja)...hehehe...harap2 lpas tukar fius nnti jadi normal blik la moto yg bnyak brbakti kt saya ni... 😁

    BalasPadam
  8. Thanka bos , saya pon batu je jadi rider FZ , nice info

    BalasPadam
  9. Thanka bos , saya pon batu je jadi rider FZ , nice info

    BalasPadam
  10. Mentol depan kalau mati tukar lah yg ori kat kedai yamaha.. jgn gi sebarang kedai mcm aku kena.. dia bg mentol kereta.. bila pakai mentol tu meter mmg menari2 bila kat trafik light.. bila tukar mentol ori dr kedai yamaha dah ok meter aku.. org yamaha ckp mentol aku mentol kereta.. aku pun pelik.. aku tukar kat bengkel motor.. Ermm mcm2..

    BalasPadam
  11. Dah 2 kali jadi moto mati ni. Kali pertama moto mati dekat umah xleh start. Kali kedua mati dekat tengah2 highway duta. Dua-dua sebab battery out.nak tanya. Boleh ke moto mati masa menunggang disebabkan battery? Mohon penjelasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, jika : COIL api(yang magnet tu) dah out, bateri tak dapat dicaj oleh coil.

      Lampu depan, fuel injection dan oilpump guna kuasa bateri untuk hidupkan motor...dan akan menyebabkan kuasa bateri semakin lama semakin kurang sebab charger dah rosak (coil).

      Bila bateri habis, oilpump x dapat pam minyak, Fi pun x hidup. sebab tu mati (penjelasan ni ikut logik saya je, utk lebih lanjut kena tanya orang yang pakar la.hehe)

      Padam
  12. saya ade masalah dengan moto asyik semput...mgkin minyak x support..
    padahal da tuka fius ngn ciol skali..motor masih semput jugak..
    nak kene buat ape lg ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semput ni banyak penyebabnye.. bateri(bateri kong/coil api nak kong/rectifier), fuel injection x cukup minyak(tersumbat/lari setting), plug x cukup api, coil plug x cukup power dan lain2 lagi. elok bawa g buat FID (fuel injection diagnostic). Semoga dapat jumpa penyakitnya. Terima kasih lawat blog saya

      Padam
  13. Nak Tanya sikit.. berkenaan FZ150.
    Lampu di Meter berkelip kelip - adakah Injection problem juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Er... saya ni bukan pakar/pomen.hehe... bukan masalah injection. mungkin masalah bateri nak kong ATAU cuba cek cable connector kat bawah meter kot2 longgar ATAU ada kemungkinan mentol meter tu nak rosak..

      Padam
  14. terima kasih bos, info bagus
    saya ada masalah sama jugak, semua symptom sama

    tapi dah tukak fuis pun tak boleh
    mungkin problem coil :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah tukar fius pun x jalan, kena kumpul duit la kot2 coil/rectifier

      Padam
  15. Asalam bro nak nak tanya. FID boleh buat di mana? kos?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm.. nak buat FID cuba pergi bengkel2 yang power sikit, yang spare part dia banyak. tanya diorang boleh ke x buat FID. tak pun, masuk gruop fz dekat facebook. kat situ ada ahli yang offer FID

      Padam
  16. Salam bos..
    nak Tanya starter motor susah nak hidup. lama tekan baru engine start. now x hidup terus. kena tolak motor masuk gear baru hidup. brp angaran harga tukar starter ni.? tension....

    BalasPadam
  17. Salam bos..
    nak Tanya starter motor susah nak hidup. lama tekan baru engine start. now x hidup terus. kena tolak motor masuk gear baru hidup. brp angaran harga tukar starter ni.? tension....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf bro sbb baru reply.. saya cadangkan cuba cuci dulu suis starter yang warna merah tu. "ama tekan baru engine start" saya pernah kena ni.

      Caranya, saya buka suis tu pakai screwdriver, cuci guna kertas pasir kat area 'touch' dia tu. Lepas tu, terus ok sampai sekarang. suis x kena tukar, starter pun tak kena tukar..

      Padam
  18. Nak tanya kalau tgh bawak atas highway tiba2 motor macam sebu nak mati 1st time jadi selama ni tak pernah jadi tapi bila dah stop tepi saya start bawak balik ok macam biasa balik tapi tak berani lagi nak bawak laju nak minta opinion nak buat ape and ape sebab

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kemungkinan ecu dan sistem fuel injection tak dapat kuasa bateri yang cukup. Punca tak dapat kuasa tu ialah; bateri kong / fius bateri kong / coil api caj bateri nak kong / rectifier pengecaj bateri nak kong..

      opinion/cadangan saya :

      1. Mula2 cek fius/tukar fius bateri dulu. Lepas tukar fius, run motor dulu dalam sehari utk motor caj bateri semula.

      2. Kalau tak jadi juga, pergi caj bateri kat kedai. Kalau ada duit lebih, beli je bateri baru.

      3. Buat perhatian. jika dah tukar bateri baru pun masih berlaku perkara yang sama, minta kedai cek coil api support api cukup ke tak.

      4. Kumpul duit untuk bersedia kalau2 kena tukar coil/rectifier.

      Padam
  19. Tuan, sy pakai fz150i. Baru 4-5bulan.
    Masalah saya, selepas panaskan enjin lbh kurang 10mnt, enjin motor sy mati ditengah jalan pd kelajuan 60 kmj atau di lampu isyarat dan segala mcm lampu dan meter rpm menari2.

    Baru2 ini, ketika sy menunggang motor sy, tiba2 lost power dan semput. Ekzos pula ada bunyi letupan. Apa masalah dia tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah yang tuan hadapi tu sama dengan masalah yang pernah berlaku pada saya

      Sama macam kat atas, ada kemungkinan ecu dan sistem fuel injection tak dapat kuasa bateri yang cukup. Punca tak dapat kuasa tu ialah; bateri kong / fius bateri kong / coil api caj bateri nak kong / rectifier pengecaj bateri nak kong..

      Cadangan saya :

      1. Mula2 cek fius/tukar fius bateri dulu. Lepas tukar fius, run motor dulu dalam sehari utk motor caj bateri semula.

      2. Kalau tak jadi juga, pergi caj bateri kat kedai. Kalau ada duit lebih, beli je bateri baru.

      3. Buat perhatian. jika dah tukar bateri baru pun masih berlaku perkara yang sama, minta kedai cek coil api support api cukup ke tak.

      4. Kumpul duit untuk bersedia kalau2 kena tukar coil/rectifier.

      Padam
  20. tumpang tanya bro... jika fius,coil api,bateri dan rectifier sdah tukar msih brlaku pkara yg sma besar kemungkinan ecu rosak ke mcm mne??? mnta jasa baik untk memberi pendapat admin terima kasih..

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. Tumpang tanya saya pakai fz150i baru ada safety sensor..setiap kali jln x rata..moto mati tiba2.selepas goncang safety sensor tu baru bole start balik...mcm mn nk buat?perlu tukar safety sensor tu ke?

    BalasPadam
  24. assalamualaikum, kebetulan baca tread ni...moto fz saya bru sj mati atas hiway mex menghala ke putrajaya...ada sesiapa tau contact utk bantuan x? terima kasih

    BalasPadam
  25. tumpang tanya, saya baru je tukar coil mgnet, lepas tu 2 ari xnaik motor, hari ni bawak motor g kerja bateri dh kong, masalah ape erk sebenarnya motor saya,

    BalasPadam
  26. Tumpang tnya, moto saya rpm x naik,lmpu enjin menyala, bila laju je senguk2, bateri baru tukar.. Apa masalahnya ye?

    BalasPadam
  27. Kalau set kunci ada kaitan ke dgn enjin mati tiba2 kemudian hidup blk?sbb bila sy on kunci kdg2 dia menyala then padam...bila sy adjust skit pusingan kunci tu br dia nyala...

    BalasPadam
    Balasan
    1. konfirm punca masalah ni sebab wiring. kalau pengalaman saya dulu set seketul kunci tu xde masalah, tapi blok sambungan wayar kunci tu yang longgar menyebabkan enjin mati tetiba.

      Padam
  28. Tumpang tanya, api moto sy mcm x cukup kuat. Kadang2 bleh start, then mati sendiri. Bile start balik, x bleh idup. Lampu nyala, rpm ok, boleh sape2 tolong?

    P/s: ape standard harga coil?

    BalasPadam
  29. terima kasih tuan, walaupon posting lama, masih lagi berjasa.
    saya antara yang bernasib malang sebab dah tukar bateri dua kali baru jumpa blog ni..
    lepas tukar fius, lampu dah x berkelip2, engin x semput, pulas kunci hidup lampu meter terus menyala (sebelum ni kene tunggu dekat 1 minit baru lampu meter menyala)... huhuhu..

    BalasPadam
  30. Boss,kalo da tkr fius 3,4 kali pn still trbkr,smpi trpksa guna 25amp pn trbkar...so 1st skli nk kena cek coil mgnet dlu ke or cek rectifier dlu?

    BalasPadam
  31. Saya jawab semua persoalan ni di posting baru ye. sebab panjang sangat. Maaf semua, lama dah tak menjenguk blog. hehe

    BalasPadam
  32. Salam...sy nk tnye bateri da tukar,fius pown da tukar tp still x bley nk start...tp klu tolak,idup pulak...mohon penjelasan sbb sy br nk blajar pasal motor nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm.. Jika on kunci, api semua datang, tapi bila tekan suis starter tak jalan, boleh cek suis starter (buka dan cuci suis), atau cek starter (jarang ada kes starter rosak).

      Padam
  33. salam, nak tanya, motor saya mati bila bawak dalam hujan, kalau basuh pun akan jadi benda yang sama, lampu ape hidup tapi motor tak boleh start, jadi macam minyak tak sampai tu. saya bawak pergi bengkel, diorg just ketatkan nat kat bahagian ekzos tu, tapi bila basuh, still jadi lagi. Mohon penjelasan yea sebab jenuh nak kena tolak bila hujan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. mungkin ada part sensor yang short @ tak berapa touch. Cuba cek semua kabel2. cek juga sensor kat ekzos tu..

      Padam
  34. Assalamualaimum, minta jasa baik tuan..apa punca lampu engin warna oren menyala dlm seminit sewaktu motor berada pada kelajuan melebihi 100km/h. Di area kuala terengganu kat mana boleh checl fid?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Ada banyak sebab.. salah satu sebab paling simple, supply api (bateri) tak cukup. Cek fius bateri / coil api. Tak pasti di mana ada fid di KT. boleh cuba kedai2 motor yang ada buat motor besar.

      Padam
  35. Salam brodee...
    Nak tanya sikit jer..dah tukar fuis 20 tapi Taiming enjin turun masa berhenti ? Kenapa erk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika dah tukar fius dan masih jadi, mungkin perlu standby duit utk tukar coil api. apa2 pun, cek dengan pomen dahulu.

      Padam
  36. Balasan
    1. Selamat datang, terima kasih kerana melawati blog kami.

      Padam
  37. Bos.. kalai retifier terlalu panas apa punca?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rectifier memang panas. Tapi kalau over panas, ada kemungkinan nak rosak.

      Padam
  38. Minta pendapat tuan, moto saya lampu enjin nya menyala tanpa kelip2 semasa dibawa.. kadang2 20-30 saat then dia hilang. Moto tak tak semput pun, rpm tak menari- nari,ap masalah ehh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cadangkan tuan pergi buat fid. fid ni macam cek cek komputer utk kereta la lebih kurang. Ada banyak kemungkinan lampu tu menyala. Contohnya : tak cukup api, minyak hitam tak cukup, o2 sensor.

      Padam
  39. Salam nk tanya skit,kalau kes moto mati time turun gear mcm mana eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Time turun gear? Tak pasti pula. Kalau motor depan mata mungkin boleh cuba2 diagnosis.

      Padam
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI