Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 1

Fius berhampiran bateri

Selepas beberapa hari aku memeiliki FZ , aku masuk group facebook Persatuan Pemilik Yamaha FZ150i untuk mencari maklumat lanjut mengenai Yamaha FZ150i. Motosikal aku dibeli secara ansuran bulanan, model pertama buatan tahun 2009-lampu bulat. Masa mula-mula nak bawa balik moto tu aku dah perasan meter RPM menari-nari. Tanya tokey tu, dia kata "biasa la tu, motor injection....meter RPM tu guna magnet,tak guna cable, sebab tu jadi macam tu".
Jadi, aku fikir tak ada apa-apa masalah la. Mungkin bateri masih lemah sebab parking lama kat kedai (padahal bateri dah ditukar baru sebelum dijual kat aku). Lepas tu bawa punya bawa, dah dua tiga hari pun masih dalam keadaan yang sama. So, aku rasa macam tak logik pula bateri masih belum cukup caj lagi. Selalu juga kena apabila motor dibawa dengan laju dalam jangkamasa lama, tiba-tiba mati. mujur hidup semula.

Jadi aku pun anggap bateri tu kong agaknya. Aku malas dah nak pergi kedai yang aku beli motor tu sebabnya aku nak tukar pakai bateri jenis gel. Maka aku pun pergi la kat satu bengkel tu tukar bateri gel. Harganya dalam RM65.00 kalau tak salah. ke RM85? ntah la.yang aku ingat ada 5 belakang dia. Hahaha.. Selepas tukar bateri baru, keadaan meter RPM masih menari-nari macam penari kebudayaan macam biasa. Aik? Tak kan bateri baru ni pun rosak juga?

Pomen tu pun konfius kejap. Lepas tu dia cek api kat bateri guna voltage meter semasa enjin hidup, katanya api yang sampai tak cukup untuk support caj bateri.Ah, sudah... Agak2 kalau macam ni, apa masalahnya bro? tanya aku.. kata pomen tu, berkemungkinan ni masalah coil atau rectifier. Alamak, berapa plak kosnya tu?aku dah garu kepala. Maklum la poket sentiasa kering. kekeke... Memandangkan motor tu aku baru je beli, bro tu cadangkan aku bawa semula motor kat kedai yang aku beli tu.

Sambil-sambil tu, baro tu sambungkan voltage meter untuk cek api kat bateri sambil tangannya godek2 segala benda yang ada kat bawah seat tu yang berisiko longgar. Bila dia godek je kat fius tu, terus api jadi normal sekejap. Godek lagi, normal sekejap. Dia g ambil fius lain dan tukarkan dengan fius asal tu. Nah!! Power dan jadi normal! fuh.... lega rasanya baQ hang.. Tengok fius tu cantik lagi, tak de kesan terbakar atau haus pun.. Alhamdulillah masalah selesai dan tak berulang lagi setakat ini. Aku pun tak faham kenapa fius tu jadi macam tu. Mungkin fius tu dah tak berupaya mengalirkan api dengan kadar sepatutnya.

Selepas beberapa lama, aku mendapati rakan2 grup FZ banyak yang bertanyakan masalah yang sama. Dan penyelesaiannya pun sama iaitu tukar fius baru!! Ada tu dah terbeli coil baru. Lagi malang dah tukar macam-macam dari coil, rectifier dll tapi tak selesai juga masalah... Kedudukan fius tu macam dalam gambar kat atas tu.

Sekiranya berlaku simptom-simptomnya, cuba la beli fius tu dalam RM2.00 dan tukar sendiri sebelum bawa ke bengkel. Bukan apa, jika masalah fius sahaja, penyelesaiannya sangat murah. Kalau bawa ke bengkel, biasanya pomen akan anggap masalah coil atau rectifier kerana fius tu nampak cantik lagi. Kalau dah tukar fius pun tak jadi juga, barulah bawa ke bengkel. Bersambung PART 2

Ulasan

  1. Assalam bro, moto fz ak sblom ni ok je.., smpai satu tahap tu.., tgh2 bwak mlm2 kat highway, ttbe ak trase mcm ad bnde jatuh sbb mcm bnde ak trlnggar bnde besi, tak sure sbnarnye sama ada ak terlanggar besi atau mmg ad component jatuh, lepas2 tu ak stop and check, mcm ok je semua.., bile jalan tu baru ak prasan meter rpm ak mcm dah gile, dulu mcm menari2 skit.., skrg lagi gile.., tgh full throttle pon die leh turun jadi 0 .., pastu selang bbrape second die naek smula..., pastu turun.., pastu naek...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, tq kerana lawati blog saya.. klu tak salah saya, fz model baru ni guna sensor untuk meter rpm. cuba cek sensor tu

      Padam
    2. Alhamdulillah artikal ini sangat membantu sya. Moga penulis diberkati.

      Padam
  2. ini dah cukup baik.. nak beli rectifier baru.. koyak weh.. tp fius okay lah.. standard size utk fius brape eh?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faiq. std fius fz 15 @ 20 amp klu x salah

      Padam
    2. Terima kasih atas entry blog Tuan, memang betul selepas tukar fius, terus sembuh dah penyakit mati tiba2 tgh jalan pastu bateri kong je memanjang

      Padam
  3. tq bro,mmg tensen meter rpm berjoget2 walau dah tukar bateri baru

    BalasPadam
  4. Walau dah tukar fius, kena kumpul duit utk kemungkinan :

    1. Coil magnet api nak kong/lemah; atau
    2. Rectifier nak kong/lemah.

    Jadi, caj tak cukup power menyebabkan dia tak dapat mengalir dengan power yang sepatutnya melalui fius lama. Tu yang bateri kerap kondem.

    BalasPadam
  5. Baru yd jadi kat motor aku bro.. Pening kepala nak pk. Nasib ada solution.. Thanx byk2 bro.. Ada apa2 info update lg.. Kita rider tiada beza.. Huhuu

    BalasPadam
  6. bro...nk tanya...kalau ada bunyi bising smacam je kt area bawah seat pasai pe ye...lg 1...lampu keja padam je..kalau ramp bru menyala...ada idea x pasal pe jd cmtu...

    BalasPadam
  7. Saya punya fz150 enjin dah lekat. Mana nak cari enjin 2nd hand? Semua bantuan di ucapkan terima kasih

    BalasPadam
  8. terima kasih tuan atas perkongsian.. RPM motor saya baru je manari2 td.. x pasal2 masuk keje lambat..Alhamdulillah tawakkal je td. petang nanti baru pergi cari fius seperti yang tuan bagitahu.

    BalasPadam
  9. Terima kasih bro2 semua... bro rahsia beb dan bro rumahusah : boleh dah kumpul duit. takut2 coil/rectifier OTW nak kong..

    bro Anonymous, maaf, saya tak ada maklumat kat mana nak cari enjin 2nd. saya nasihatkan lepas ni sentiasa cek minyak hitam sekurang-kurangnya DUA MINGGU-SEKALI CEK. kalau minyak hitam kurang, topup bagi cukup semula. insyaALLAH enjin tahan.

    BalasPadam
  10. Kawan kawan, sy kena lg teruk nih, bateri kong, meter rpm tetiba jadi 0, motor mati tgh jln.. fius dah pun tkar.. tukar bateri x setel, tukar rectifier xsetel, tukar plug, lps tu tukar coil magnet, lps tu tukar ecu, siap grandbar dan servis.. tapimasih x setel... nangissss wehhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uih.. Berat kes ni. Semua benda dah tukar pun tak jalan. Dah cuba buat FID tak? Mungkin tu jalan terakhir nak cari penyakit. Tgk pada masalah tu puncanya cuma kurang api(bateri) je. Tapi punca bateri kurang tu nk kne tau

      Padam
    2. bro..motor tahun bila??dan dh dpt jalan pnyelesaian nya??klu dh dpt,share kat sini ya..tq bro

      Padam
  11. Bro moto fz baru aku tngh2 bw tetiba tngok meter dia mati pastu hidup balik tp dia jd sebu...rem2 sikit hidup balik....dh tkar bateri ada juga jd....

    sbb apa ya jd gitu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah tukar bateri, cuba tukar fius.. cuba hidupkan motor, lepas tu cabut kepala bateri semasa motor hidup. kalau motor terus hidup, maknanya coil masih elok. tapi kalau mati, mungkin coil api tak berapa cun

      Padam
  12. problem dah lama.. cuti baru nak godek motor.. dah jumpa.. terima kasih kerana membantu..

    BalasPadam
  13. Saya pun bru keluar fz... selepas milage 1k tukar minyak hitam yamaha gold agak kasar bunyi dy.. next tukar eo 3k nnti... risau pulaj saya.. ada cdgan x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sya pkai fz baru. Org kata bunyi kasar mcm mesin jahit tu normal. Tpi bro try check ngn yamaha dlu.

      Enjin saya bunyi kasar jgak, tpi xde la makan minyak itam stakat ni. Sya guna cara ini utk break-in/run-in enjin fz baru sya:

      Mileage saya bru 2300km, tpi tukar minyak hitam dh 3 kali.
      time tukar minyak:
      500km
      1000km
      1500km

      pakai minyak mineral murah je dlu tpi biar kerap...dah msuk kali ke 4 atau 5 bru start pakai semi atau full syn. Tujuannya utk flush habuk besi dari enjin baru, bagi piston ring jadi ngam dalam blok.

      Bro try tukar next masa mileage 2000km. Fz direkomen pkai minyak gred W50.

      Padam
    2. TQ bro imran. betul, bunyi kasar tu normal untuk FZ.. boleh cuba cara bro imran. cuma saya syorkan cek minya hitam seminggu sekali. jika minyak hitam tak berkurangan, tak ada masalah. kalau berkurangan, elok cek di bengkel panel Yamaha.

      Padam
  14. Saya guna fz diamond tahun 2011, baru baru ni meter lari jugak. Tak lama lepastu bateri mcm kong sbb nak start guna e starter tak boleh dah. Tendang pun tak dapat. Lama sikit tendang lg baru dpt, tp motor jadi semput semput. Press perlahan semput, press kuat pun semput. Smpai je rumah matikan motor terus tk boleh start dah. Apa ya puncanya, harap dpt bantu saya huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemungkinan besar coil api sudah kong. apa pun, cuba dulu tukar fius. baca posting sampai habis. kalau tukar fius pun tak jadi, perlu cek di bengkel. kalau ada meter api, boleh cek dulu kekuatan api

      Padam
    2. Bos nk tanya lh starta x boleh guna and hon pon sama.. .tu ape punca yer

      Padam
    3. Pertama sekali, buka suis starter dan suis horn dan bersihkan. Biasanya bahgian yang touch tu ada berkulat. Boleh juga try spry dengan WD40. Saya buka dan gosok dengan kertas pasir.

      Padam
  15. Assalamualaikum semua,nk tnya sikit.saya punya indikator enjin tu dia menyala je tp x de kelip2.kadang2 starter tngn tu susah idup.baru2 ni motor mati time dekat traffic light.hon signal semua function.bateri cek pun ok.rectifier baru tukar.agak2 ape masalah saya eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya sebab api bateri tak cukup cover.. horn dengan signal tak pakai api yang kuat sangat. yang pakai api kuat ialah fuel pump dan starter.. mungkin tu tanda awal coil api dan nak rosak menyebabkan tak cukup charge. Apa2 pun, cek secara fizikal di bengkel.

      Padam
  16. thk u sbb buat blog ni..sgt berguna untk org mcm aku ni baru nk pakai fz.. baru tadi beli kt mmber battery second pastu bila dah siap pasang2 x bleh start guna starter..bawak round2 bgi dia cas baru leh guna starter..tapi esok pagi nk start guna starter x leh gak.. trpaksa guna kaki je..bawak g kedai moto dia cas battery tu dlm 15mnt ..alhamldulillah nk guna starter elok da x de tersemput2 bunyi... FZ tahun 2014..lampu diamond.. mmg best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih lawati blog ini. Sekadar share apa yang tau je. hahaha... Tahniah dan selamat menunggang FZ. FZ lampu bulat dan FZ diamond memiliki enjin yang terbaik.

      Padam
  17. salam bro nak tanya sikit moto klu paking dlm hujan pastu start jd susah kick sama starter sama..adakalanya ok boleh start tp masalahnya skrg..dah boleh start tp pulas minyak mati..start lg pulas mati apa masalahnya mohon bantuann kawan2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Alamak, tak pasti la pulak. Kalau motor ada depan, senang godek2. hahaha.. cuba cek kabel sensor pada ekzos (kalau ada).

      Padam
  18. Salam bro. Fz kalo tgh bwk dlm speed 100-110 tetibe leh mati enjin dan restart sniri tp speed jd drop 70-80.. (xleh pegi) kn stop n matikan enjin dl then restart balik br leh. Mslh ape tu yew? Kerap sgt jd..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akupun sama juga.tengah layan speed tibe2 enjin padam pastu restart balik.dah tukar fius tp masih juga..

      Padam
  19. Hari tu saya bawak moto fz ni dalam 70 80km\j je tibe2 bunyi pah skali je then engine terus mati nk start balik xleh . Boleh thu sebab ape ? Kalau guna starter tu lama2 jdi mcm ade bunyi dalam moto tu . Masalah ape eh ? Dh tukar spark plug pon xleh hidup lagi

    BalasPadam
  20. salam bro.. nak tanya.. motor fz saya kalau tengah2 bawa lepas tu nak berhenti dkt mana2 pon ada bunyi cam kasar dan bunyi cam org tengah bertukang...kasar sgt2...mohon pencerahahmn sebab apa.

    BalasPadam
  21. Salam bosku, moto meter hidup bila start dia mati balik, bila tekan starter akan ada bunyi dibawah seat.. Mohon pencerahan rakan2 fz semua

    BalasPadam
  22. Wasalam. Simptom seperti bateri lemah. Kena cek mengapa bateri lemah. Boleh jadi air bateri kurang, bateri nak kong, api charging bateri tak cukup, coil nak kong, rectifier nak kong atau fius kaput.

    BalasPadam
  23. Fz saya hidup,wiring baru, bila start api oren tu kluar, stay je, pastu jalan dlm satu kilo, moto mati bateri terus kong

    BalasPadam
  24. Sepertinya bateri tidak dapat caj yang cukup. Cuba cek coil api. Sepatutnya jika coil api masih kuat, motor masih boleh jalan lagi walaupun bateri dah kong kerana coil masih bekalkan api kepada fuel pump @ fuel injection.

    BalasPadam
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI