Selamat Tinggal FZ150, Selamat Tinggar CBR250... Target seterusnya..


Kawasaki ER6F
Tajuk kat atas tu, tajuk sedih sebenarnya. Namun, apakan daya pengorbanan perlu dibuat demi perkara yang lebih penting..


Tahun 2017 adalah tahun yang banyak perancangan dilaksanakan dalam keadaan kewangan yang lemah. Tapi, Alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan beberapa strategi dan dengan kerjasama ibu, ayah dan adik-adik.. Penghujung tahun 2017 kami merancang untuk membeli Perodua Axia.. Disebabkan itu, Honda CBR 250 terpaksa kami lepaskan kerana perlu utamakan kepada kereta memandangkan kereta tersebut lebih perlu berbanding CBR.

CBR tidak dijual bagitu sahaja kerana sayangkannya. CBR ni kamilah pemilik pertama, jadi sayanglah jual kepada orang lain. Jadi, kami dapatken persetujuan adik untuk menyambung bayar motorsikal tersebut dan adik bersetuju dengan cadangan tersebut.

Komitmen bayaran CBR kami berikan kepada adik dan kami fokus kepada bayaran kereta. Alhamdulillah pinjaman kereta lulus dengan jayanya..

Tetapi, jiwa motorsikal masih ada dalam diri. Yang beruntungnya, isteri pun sama-sama meminati motorsikal berkuasa tinggi. Jadi kami memasang impian untuk memiliki Kawasaki ER6F kerana kesesuaiannya untuk dinaiki 2 orang dan model ini tidak terlalu tinggi.

Honda CB500X
Tapi rasa macam minat pula dengan Honda CB500X ni. Sangat sesuai untuk perjalanan jauh, kedudukan tunggangan yang sangat selesa, kendalian mudah.

Honda CB500X
Pasang pula side box macam ni, travel satu Malaysia. Hahaha..  Cuma yang tak bestnya, berdasarkan survey yang dibuat, kelajuan maksimum yang biasa dicapai ialah 180 Km/j. Rasanya nak capai kelajuan tu memang kena perah betul-betul la. Kalau Kawasaki ER6, pernah tengok youtube, kelajuan yang dicapai boleh melebihi 200 Km/j.

Sebenarnya bukanlah nak bawa selaju tu pun. Tak mungkin la nak bawa sampai 200 Km/j, bawa isteri pula kan? Nak sehidup semati pun agak-agaklah. Hahaha.. Tetapi, kelebihan ER6, kuasanya boleh capai 180 Km/j dengan mudah. Jadi amat memudahkan ketika kita berada dalam keadaan yang memerlukan pikap dari motorsikal.

CB500X sesuai untuk santai. Untuk memotong, perlu ambil lajak/jarak sedikit. Sedap pada kelajuan 150-160 Km/j kerana pada kelajuan tu, enjin dalam keadaan relaks. Jika nak capai 180, dah macam paksa enjin.

Korang kalau dah biasa bawa CBR250 atau mana-mana motorsikal cc 250 dan ke atas, sepatutnya korang akan tau perlunya motorsikal yang pikap kuat pada motorsikal berkuasa tinggi.

Haish. Apa aku merepek ni. Hahaha.. Lama tak menulis, macam ni la jadinya. Apa pun, doakan kami berjaya capai target kami. Target kami :

1. Sekurang-kurangnya Honda CB500X.
2. Kalau boleh nak Kawasaki ER6F.
3. Kalau mampu nak pakai Honda CB650F.
4. Final target ialah Honda ST1300 (Keutamaan) atau Kawasaki GTR 1400 atau Yamaha FJR1300.



Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI