Percancangan ALLAH adalah perancangan yang terbaik


# 2017, perancangan ALLAH itulah yang terbaik. Harap kisah hidup yang tak seberapa ni bermanfaat untuk rakan yang membaca dan menjadi kenang-kenangan kepada saya di kemudian hari. Kisah tentang kenderaan, agak panjang bak cerpen.

Gambar hiasan. Target 5 tahun akan datang. Semoga dimakbulkan. Amin...

Tahun 2017 tahun yang agak mencabar untuk kami. ibu perlu mendapatkan rawatan di HKL disebabkan penyakit tiroid. Arwah ayah mertua pula strok dan lumpuh..

Setiap kali ke HKL menaiki Proton Waja, ibu biasa2 badan dan lutut. Ketika itu arwah ayah mertua pula mengalami kesukaran nak dibawa naik kereta kerana lumpuh strok..  ibu mertua pula perlu dialisis, cuci buah pinggang 2 kali seminggu mengalami kesukaran untuk dapatkan rawatan kerana tiada kenderaan.

Pernah sekali tu satu keluarga pergi ke Pulau Langkawi, balik dari Kuala Perlis menaiki Proton Waja. Sampai di Genting Sempah, ibu dan ayah dah demam kerana bisa badan.

Rasa amat sedih dan terkilan tak dapat bantu memberikan keselesaan kepada mereka ketika itu. Bukan tak bersyukur dengan kereta Proton Waja yang sedia ada, tetapi keperluan untuk keselesaan keluarga lebih utama. Namun kemampuan kewangan yang terbatas.

Setelah berbincang dengan isteri, bersepakatlah kami untuk membeli sebuah MPV. Target asalnya dalam jangkamasa panjang (5 tahun) nak memiliki MPV jenis pintu sliding seperti di dalam gambar, sekurang-kurangnya Nissan Serena dibatalkan kerana keperluan ketika itu lebih mendesak.

Gambar pinjam
Dengan bantuan seorang rakan yang berniaga used car, kami pun mencuba nasib membuat pinjaman Proton Exora Bold. Hampir sebulan mencuba untuk dapatkan kelulusan pinjaman dengan pelbagai cara, malangnya gagal. Terima kasih rakan kerana membantu walaupun sedar peluang lulus tu memang sangat tipis.

Maklumlah, yang sebenarnya belum sampai masa lagi nak pakai MPV dengan gaji sebesar itu. Target asal pun ambil masa 5 tahun.. Ketika itu rasa amat kecewa, tapi redha dan sedar kemampuan diri.

Masa pun berlalu, rawatan ibu di HKL pun selesai, Alhamdulillah.. Arwah ayah mertua pula meninggal asbab penyakitnya (sebenarnya rasa terkilan juga kerana semasa hanyatnya, arwah ada hasrat supaya kami memiliki kereta 'menjalar' dan arwah tak sempat merasa kereta 'menjalar').

Sebenarnya usaha memiliki MPV tak terhenti di situ. Memandangkan masih ada keperluan untuk keluarga di masa hadapan dan ada perancangan perniagaan, usaha masih diteruskan. Macam-macam strategi dirangka..

Akhirnya dengan tak disangka, Alhamdulillah ALLAH gantikan Proton Exora Bold dengan sesuatu yang lebih baik dan lebih sesuai dengan keperluan dan kemampuan kami. Dapatlah memenuhi keperluan keluarga dan perniagaan kecil kami. Ibu tidak lagi sakit lutut, bisa badan dan demam-demam. Ibu mertua juga dapat kenderaan untuk cuci buah pinggang. Arwah ayah mertua, telah pergi lebih awal. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Kami pula, dapat menguruskan perniagaan dengan lebih mudah.

Terasa la hikmahnya Allah tidak meluluskan pinjaman Proton Exora yang lalu. Rupa-rupanya Allah telah aturkan jalan yang terbaik kepada kami untuk memenuhi semua keperluan keluarga walaupun sedikit sukar dengan kedudukan kewangan kami. Terima kasih ALLAH dan insan2 yang membantu.

Rakan2 semua, tatkala kamu rasa usaha kamu tidak berjaya seperti yang dirancang, atau kamu sedang menghadapi kesukaran, terimalah dengan redho, ikhlaskan hati. insyaALLAH ada hikmahnya. ALLAH adalah sebaik-baik perancang.


Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI