Menjawab Persoalan Rakan-Rakan Tentang Permasaalahan Yamaha FZ 150

Selamat Hari Raya Aidilfithri dari kami
Selamat hari raya semua. Maaf zahir dan bathil. Maaf juga dari saya kerana lama tak mejenguk blog kerana kesibukan bekerja. Banyak persoalan daripada rakan-rakan yang diajukan. Saya pun tak banyak pengetahuan tentang permotoran. Tetapi saya akan jawab sebaik mungkin.

Saya jawab satu per satu ye. Mana-mana yang salah tu tolong perbetulkan.. Ini Q & A :

1. Syaffie Aris : tumpang tanya bro... jika fius,coil api,bateri dan rectifier sdah tukar msih brlaku pkara yg sma besar kemungkinan ecu rosak ke mcm mne??? mnta jasa baik untk memberi pendapat admin terima kasih..

-Saya rasa elok buat FID dulu. FID ni = Fuel Injection Diagnosis. Cek juga wirering kot ada bocor mana2.


2. Anonymous : Tumpang tanya saya pakai fz150i baru ada safety sensor..setiap kali jln x rata..moto mati tiba2.selepas goncang safety sensor tu baru bole start balik...mcm mn nk buat?perlu tukar safety sensor tu ke?

-Safety sensor tu ada tulis 'UP' kat body dia. Pastikan UP anak panah tu berada di kedudukan atas. Kemaskan supaya sensor tu tak terbalik. Kalau tak jadi juga, boleh tukar baru. Jarang rosak benda alah ni.


3. Anonymous : tumpang tanya, saya baru je tukar coil mgnet, lepas tu 2 ari xnaik motor, hari ni bawak motor g kerja bateri dh kong, masalah ape erk sebenarnya motor saya

- Tukar fius dulu. Mungkin charging tak masuk.. Kalau charging x masuk, kena cek balik coil tu apinya cukup kuat ke x, fius jalan x dan rectifier boleh mengecaj ke tak. Boleh jadi juga elektrik bocor masa park, bateri habis. cek wirering.


4. Fahmi husin : Tumpang tnya, moto saya rpm x naik,lmpu enjin menyala, bila laju je senguk2, bateri baru tukar.. Apa masalahnya ye?

- Tu tandanya api tak cukup. tukar fius dulu. kalau tak jalan, kena cek api cukup supply ke tak(kena cek guna voltmeter).


5. Unknown : Kalau set kunci ada kaitan ke dgn enjin mati tiba2 kemudian hidup blk?sbb bila sy on kunci kdg2 dia menyala then padam...bila sy adjust skit pusingan kunci tu br dia nyala...

- Ada kaitan. cuba sembur antikarat WD40 kt lubang kunci tu. mungkin bahagian suis yang bersentuhan kat dalam tu ada karbon.  Bro Panpan cakap tu ada juga, cek sambungan set kunci tu. boleh jadi longgar/sambungan dia berkarbon. Boleh sembur WD juga.


6. Faaliq : Tumpang tanya, api moto sy mcm x cukup kuat. Kadang2 bleh start, then mati sendiri. Bile start balik, x bleh idup. Lampu nyala, rpm ok, boleh sape2 tolong?

P/s: ape standard harga coil?

- Cek dengan voltmeter. tukar fius dulu sebelum tukar coil. fius 50 sen je. coil x ingat dah harga berapa. hehehe


7. Panpan : terima kasih tuan, walaupon posting lama, masih lagi berjasa.
saya antara yang bernasib malang sebab dah tukar bateri dua kali baru jumpa blog ni..
lepas tukar fius, lampu dah x berkelip2, engin x semput, pulas kunci hidup lampu meter terus menyala (sebelum ni kene tunggu dekat 1 minit baru lampu meter menyala)... huhuhu..

-Terima kasih kerana lawati blog. Saya pun try n error je dan kongsi apa yang menjadi.


8. Abarie : Boss,kalo da tkr fius 3,4 kali pn still trbkr,smpi trpksa guna 25amp pn trbkar...so 1st skli nk kena cek coil mgnet dlu ke or cek rectifier dlu?

-Cek api dulu guna voltmeter. Mungkin coil tu dah over supply. kalau over supply, kena tukar coil.


Semoga sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan rakan2. Apa pun, saya bukanlah pakar dalam bidang ni. Saya juga bukanlah mekanik/pomen. Semua yang saya tahu hanya berdasarkan pengalaman lepas dan try & error sahaja.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.