ENJIN APA YANG BOLEH DIMASUKKAN KE NAZA RIA?

Enjin asal Naza Ria

    Ramai pengguna trauma dengan enjin asal Naza Ria berikutan enjin asal terkenal dengan masalah overheat. Disebabkan itulah ramai yang takut untuk membeli Naza Ria yang masih bernadikan enjin asal. Ada pula yang menyimpan hasrat untuk menukar enjin Naza Ria dengan enjin yang lain. Namun, enjin manakah yang sesuai dan boleh dimasukkan ke ruang enjin Naza Ria? Enjin manakah yang berupaya membawa Naza Ria yang seberat 2,000 kg?

    Untuk pengetahuan pembaca, Naza Ria saya sendiri juga telah saya masukkan enjin Toyota model 2MZ-FE. Terima kasih kepada sahabat pembaca yang bertanyakan soalan. Saya akan kongsikan beberapa enjin yang pernah dimuatkan ke engine bay Naza Ria. Ini adalah hasil dariada tinjauan saya di grup fb "Club Naza Ria 1 Malaysia" :
    
Saya nak Tanya untuk tukar enjin naza ria,ke enjin apa yang sesuai
    Maaf ya pemilik-pemilik gambar sekalian. Saya pinjam gambar yang rakan-rakan AG posting di grup ya sebagai rujukan kepada pengguna dan bakal pembeli yang lain. Setelah saya selam-selam di fb, ni antara enjin yang pernah dimasukkan ke engine bay Naza Ria :

1. Toyota 2MZ-FE, V6 2.2cc.

2MZ-FE

    Enjin 2MZ-FE ialah enjin 2.5cc, V6. Berdasarkan carian wikipedia, enjin 2MZ-FE asalnya digunakan untuk kereta :

Toyota Camry (Japanese, NZ and some other Non-US markets)
1996-2001 Toyota Windom (Japanese domestic market)
1997–2001 Toyota Mark II Qualis (Japanese domestic market)
    Enjin ini berkuasa 200 hp (149 kW; 203 PS) pada 6000 rpm dengan tork of 180 lb⋅ft (244 N⋅m) pada 4600 rpm. Kesemua kereta-kereta tersebut merupakan kereta sedan. Oleh itu, gear ratio asalnya telah diset untuk kereta sedan.

    Pada pandangan peribadi saya sepanjang penggunaan Naza Ria bernadikan 2MZ, pickup untuk memulakan perjalanan agak perlahan. Mungkin disebabkan gear ration asalnya adalah untuk kereta sedan. Namun selepas kereta mula bergerak, kuasanya hampir sama seperti enjin asal.

    Berdasarkan tinjauan saya, enjin 2MZ ini paling banyak dipilih untuk dimasukkan ke engine bay Naza Ria. Mungkin disebabkan atas keyakinan dengan enjin jenama Toyota yang kebanyakannya lasak.

    Kos pemasangan ketika artikel ini ditulis ialah sekitar RM9,000.00 ++ bergantung kepada bengkel.

2. Toyota 1MZ-FE, V6 3.0cc.

1MZ-FE

    Enjin 1MZ-FE ialah enjin 3.0cc, V6. Memang lebih sedap, tetapi cukai jalannya juga lebih padu berbanding enjin 2.5cc iaitu sekitar RM1,600++. Berdasarkan carian wikipedia, enjin 1MZ-FE asalnya digunakan untuk kereta :

1993–2002 Toyota Camry (V6)
1994–2004 Toyota Avalon & 2000 Toyota Pronard (Avalon for Japanese domestic market)
Toyota Harrier (non-US markets)
1997–2002 Toyota Sienna
1997–2001 Toyota Mark II Wagon (Japanese domestic market)
1998–2003 Toyota Solara (V6)

    Berdasarkan wikipedia, enjin ini berkuasa 194–201 hp (145–150 kW; 197–204 PS) pada 5200–5400 rpm dengan 183–209 lb⋅ft (248–283 N⋅m) tork pada 4400 rpm. Secara umumnya enjin 1MZ lebih berkuasa berbanding dengan enjin 2MZ. Manakala alat gantinya menggunakan hampir sama dengan enjin 2MZ.

    Enjin ini kurang menjadi pilihan berbanding enjin 2MZ berikutan kadar road tax atau cukai jalannya yang lebih tinggi. Namun, ada pengguna yang tidak kisahkan dengan dengan harga cukai jalan kerana lebih pentingkan kuasa enjin.

    Kos pemasangan enjin ini ketika artikel ini ditulis ialah sekitar RM12,000.00 bergantung kepada bengkel.

3. Toyota 2AZ-FE Estima ACR 30, 4 silinder 2.4cc.

2AZ-FE

    Ada juga pengguna yang memasukkan enjin 2AZ-FE, 2.4 cc 4 silinder iaitu enjin dari Toyota Estima ACR 30. Kuasa enjin ini ialah 160 hp (119 kW) pada 5600 rpm; 220 N⋅m (162 lb⋅ft) torl pada 4000 rpm.

    Kelebihan enjin ini ialah ianya enjin ini merupakan enjin 4 silinder. Jadi, lebih mudah untuk diselenggara dan kos penyelenggaraan juga lebih murah berbanding enjin V6.

    Manakala, CC enjin ini pula 2.4 cc. Oleh itu, cukai jalannya lebih murah berbanding enjin 2.5 dan 3.0. Kelebihan lain pula ialah enjin ini diambil daripada Toyota Estima model ACR30. Jadinya, enjin 2AZ-FE ini dan gearboxnya telah sedia ditala untuk sebuah MPV yang bersaiz hampir sama dengan Naza Ria.

    Cumanya berat Toyota Estima model ACR30 yang memakai enjin 2AZ-FE adalah sekitar 1,600 kg sahaja jika dibandingkan dengan Naza Ria yang hampir seberat 2,000 kg. Berdasarkan pengalaman pemilik Naza Ria berenjinkan 2AZ-FE ini, tiada sebarang masalah sepanjang penggunaan enjin ini pada AG.

    Kos pemasangan enjin ini ketika artikel ini ditulis ialah sekitar RM12,000.00 bergantung kepada bengkel.

4. Nissan A32 Cefiro, V6 2.5cc.

A32

    Selain enjin Toyota 2MZ-FE, enjin A32 daripada Nissan Cefiro ini juga kerap menjadi pilihan pemilik Naza Ria yang ingin convert enjin AG mereka kerana enjin ini menggunakan timing chain berbanding enjin 2MZ yang menggunakan timing belt.

    Enjin ini merupakan enjin V6 dengan cc 2.5. Kuasa enjin ini ialah 140 kW - 190 hp pada 6400 RPM dan 235 Torque pada 4000 RPM.

    Jika dilihat spesifikasi atas kertas, enjin ini kurang berkuasa berbanding enjin 2MZ. Enjin ini berkuasa 190 hp pada 6,400 rpm berbanding 200 hp pada 6,000 rpm enjin 2MZ-FE.

    Masalah yang sering diutarakan oleh pemilik Naza Ria bernadikan enjin Nissan Cefiro ini ialah drive shaft cepat haus, ada yang pernah berlaku drive shaft terputus. Hal ini berlaku disebabkan oleh kedudukan gearbox agak tinggi berbanding kedudukan tayar.

    Untuk selesaikan masalah ini, pemilik telah merendahkan / lowered bahagian hadapan Naza Ria. Mungkin ketika artikel ini ditulis, masalah ini telah ada jalan penyelesaiannya.

    Memandangkan enjin ini berasal dari sebuah kereta sedan, ada pemilik Naza Ria yang bernadikan enjin ini menyarankan agar membuat custom gearbox ratio di mana2 kedai gearbox, kos dalam RM1,000.00++ agar pemanduan di kawasan berbukit lebih lancar.

    Kos pemasangan enjin ini ketika artikel ini ditulis ialah sekitar RM7,000.00 - RM8,000.00++ bergantung kepada bengkel.

5. Mitsubishi 6a13 twin turbo.

6a13 twin turbo

    Ada juga yang memasukkan enjin dari Mitsubishi iaitu enjin 6A13 TT(twin turbo). Enjin ini digunkana pada kereta :


    Enjin ini merupakan enjin V6, 2.5cc berkuasa 191–206 kW (260–280 PS; 256–276 hp) pada 5500 rpm (340–367 N⋅m (251–271 lb⋅ft) pada 4000 rpm.

    Kos pemasangan dan prestasi enjin ini untuk Naza Ria saya tidak dapat pastikan kerana enjin ini tidak kerap dipasang sepertimana enjin 2MZ dan enjin Cefiro.

6. Honda K24A 2.4cc / K20A 2.0cc.

K24A / K20A

    Ada juga pemilik yang memasang enjin daripada Honda iaitu enjin K24A (2.4cc) dan K20A (2.0cc turbo).

    Kuasa enjin ini ialah, K24A 2.4 201 hp; 150 kW @ 7000 rpm 170 lb⋅ft (230 N⋅m) @ 4300 rpm dan K20A 2.0 (Vtce turbo) 221 hp (165 kW) @ 8000 RPM 159 lb⋅ft (215 N⋅m) @ 6100 RPM.

    Kos pemasangan dan prestasi enjin ini untuk Naza Ria juga saya tidak dapat pastikan kerana enjin ini tidak kerap dipasang sepertimana enjin 2MZ dan enjin Cefiro.

7. Toyota Caldina 2.0 TURBO.


    Ada juga yang memasang enjin Toyota Caldina 2.0 turbo. Saya tidak dapat mencari maklumat enjin ini. Kos pemasangan dan prestasi enjin ini untuk Naza Ria juga saya tidak dapat pastikan kerana enjin ini tidak kerap dipasang sepertimana enjin 2MZ dan enjin Cefiro.

KESIMPULAN

kebanyakan pemilik Naza Ria memilih untuk memasukkan enjin Toyota 2MZ-FE dan Nissan Cefiro

    Kesimpulannya bagi saya, enjin yang paling baik dan sesuai untuk Naza Ria ialah enjin asal seperti di gambar permulaan artikel ini kerana telah ditala sebaiknya untuk Naza Ria. Enjin asal ini perlulah sentiasa diselenggara sistem penyejukannya secara berkala iaitu disyorkan sekurang-kurangnya 1-2 kali dalam setahun.

    Namun disebabkan kekerapan berlaku overheating pada enjin asal Naza Ria, ramai pemilik mula trauma dan takut dengan enjin asal Naza Ria. Saya sendiri pun sentiasa berderbar-debar, trauma dan terpandang-pandang meter suhu setiap kali memandu Naza Ria saya yang bernadikan enjin asal suatu ketika dahulu.

    Walau apa model enjin yang dipakai sekalipun sekiranya tidak diselenggaran dengan baik, pasti akan rosak jua. Namun bak seperti kata-kata kebanyakan pemilik Naza Ria, enjin asal Naza Ria ini umpama bom jangka. Bila-bila masa sahaja enjin mungkin akan menyusahkan tuannya walau sehabis baik mana sekalipun diselenggara.

    Untuk mengelakkan perkara ini berulang, ramai dari kalangan pemilik Naza Ria mengambil keputusan untuk convert dan memasukkan enjin dari jenama lain ke Naza Ria. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Terpulang kepada pemilik untuk memilih model enjin mana atau meneruskan dengan enjin asal.

    Untuk convert atau tukar enjin pula, semakan saya mendapati kebanyakan pemilik Naza Ria memilih untuk memasukkan enjin Toyota 2MZ-FE dan Nissan Cefiro. Kedua-dua enjin ini lebih popular jika dibandingkan dengan enjin-enjin lain dikalangan pemilik Naza Ria.

PANDANGAN SAYA?

    Saya syorkan sekiranya Naza Ria anda masih menggunakan enjin asal/enjin ori tanpa sebarang masalah, teruskan guna enjin tersebut dan selenggaralah sebaik mungkin. Kerapkan flush radiator dan sistem penyejukan sekerap yang boleh. Dalam masa yang sama, mulakan membuat simpanan bagi menghadapi kemungkinan enjin mengalami masalah overheat / teh tarik.

    Setelah berlaku teh tarik / overheat, tanyalah bengkel berapa kos untuk overhaul enjin tersebut. Namun begitu, overhaul bukan jaminan untuk selesaikan masalah enjin overheat. kemungkinan masalah enjin overheat akan berualang kembali.

    Sekiranya kos untuk overhaul pula menghampiri RM7,000.00++, saya lebih suka tambah sedikit lagi duit dan convert enjin, masukkan enjin jenama lain yang anda yakini.

PILIHAN SAYA?

    Sudah tentulah saya memilih untuk memasukkan enjin dari jenama Toyota kerana keyakinan saya terhadap enjin keluaran Toyota. Disamping enjin Toyota juga menjadi pilihan ramai memungkinkan alat ganti lebih mudah didapati berbanding enjin jenama lain.


    Sebab itulah saya memasukkan enjin Toyota 2MZ-FE ke Naza Ria saya. Petikan dari wikipedia ini merupakan salah satu sebab mengapa saya memilih enjin Toyota.

The Toyota MZ engine family is a piston V6 engine series. The MZ series has an aluminium engine block and aluminium alloy DOHC cylinder heads. The cylinders are lined with cast iron, and is of a closed deck design (no open space between the bores). The engine is a 60 degree V6 design. It uses multi-port fuel injection (MFI), four valves per cylinder, a one-piece cast camshaft and a cast aluminium intake manifold. The MZ family is a lightweight V6 engine of an all-aluminium design, using lighter weight parts than the heavier duty VZ block engines in an effort to lower production costs, decrease engine weight, and decrease reciprocating weight without sacrificing reliability. Toyota sought to enhance the drivability pattern of the engine (over the 3VZ) at exactly 3000 rpm, since that was the typical engine speed for motors cruising on the highway. The result was less cylinder distortion coupled with the decreased weight of rotating assemblies, smoother operation at that engine speed, and increased engine efficiency

    Sejujurnya, hari ini saya lebih tenang ketika memandu Naza Ria saya yang berjantungkan enjin Toyota 2MZ-FE. Tiada lagi trauma oveheat walaupun ketika Naza Ria enjin ori yang saya guna sebelum ini tidak pernah overheat. Mungkin sentimen overheat enjin ori telah tertanam di jiwa.

    Kini, tiada lagi perasaan berdebar-debar dan tiada lagi terpandang-pandang meter temptrature setiap kali memandu jauh.

    Suhu temptrature enjin Toyota 2MZ-FE ini sentiasa rendah. Mungkin dibantu dengan block enjin yang dibuat daripada aluminium.

    Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu bagi sesiapa yang sedang berkira-kira untuk memiliki Naza Ria. Naza Ria ialah sebuah MPV mampu milik. Jom kita sama-sama memiliki Naza Ria.


Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.

Ulasan

  1. Asalamualaikum... Terima kasih info sangat berguna utk pemilik-pemilik kereta Nazaria yg kebanyakannya sudah tersadai di tepi rumah.
    Boleh tolong kongsikan info di mana bengkel nak hantar Nazaria ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. InsyaALLAH saya cuba kumpulkan info bengkel dan tulis di blog.

      Padam
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI