Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
SUNAN.my
  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • BABY SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • LAIN2
    • PENGUMUMAN
    • KERETA
      • ALL KERETA
      • NAZA RIA
      • MENU KOSONG
    • MOTORSIKAL
      • ALL MOTORSIKAL
      • HONDA CBR250R
      • YAMAHA FZ150I
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • BISNES
      • ALL BISNES
      • SABUN BASUH BAJU
      • PERFUME
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • HANDFON
    • JALAN-MAKAN
    • PENTERNAKAN
    • PERTANIAN
CT Scan

    Hasil ujikaji sampel hati yang diambil dari proses biopsi sebelum ini mendapati tiada auto immune dan tiada punca kuning/jaundice tinggi. Maknanya, belum jumpa lagi punca sakit saya. Akhirnya setelah selesai semua antibiotik, dan kuning turun sedikit hasil dari antibiotik, doktor benarkan keluar wad.

    Masa tu dah dekat nak raya. Doktor benarkan balik dan berikan temujanji susulan dan temujanjin untuk ujian seterusnya.

    Ini kira macam dah hampir habis ujian/test lain dah, akhirnya doktor minta untuk membuat CT Scan keatas saya. CT Scan ni masuk terowong, tetapi tidak terlalu berat macam MRI. Scan ini lebih simpel. Sebelum melakukan CT Scan, saya perlu berpuasa dan minum air yang diberikan, disuntik dengan cecair supaya keputusan scan nanti lebih nampak jelas.


    CT Scan akan menghasilkan imej yang merentasi badan seperti contoh gambar di atas. Habis luar dalam la boleh nampak. Tak payah nak sorok-sorok la. Hahaha.. CT Scan dibuat di bahagian dada hingga ke perut saya. Selesai CT Scan, saya pun balik menjalani ruti seperti biasa. Kesakitan, kuning, gatal masih ada. Saya bertahan dengan ubat tahan sakit yang lebih kuat. 

    Beberapa hari kemudian, saya mendapat panggilan daripada doktor yang menjaga saya. Doktor memaklumkan terdapat batu didalam saluran hempedu yang tak dapat dilihat semasa prosedur ERCP sebelum ini.

    Ini kerana batu tersebut berada di tengah-tengah antara hempedu dan usus. Doktor maklumkan, sementara nak sampai ke tarikh temujanji seterusnya, sekiranya sakit teruk sangat, terus sahaja ke Kecemasan SASMEC.
contoh yang saya bulatkan merah itu kedudukan gallstone saya.

    Doktor juga maklumkan, batu yang tersangkut di tengah-tengah itulah kemungkinan punca kenapa saya sakit, jaudice/kuning tinggi, fatty liver dan bacaan darah tidak normal.

    Batu tu tidak kelihatan semasa scan ultrasound/x ray/ercp (semasa di Klinik Feisal, Klinik Kesihatan Nenasi, Hospital Pekan, HTAA dan SASMEC). Mungkin disebabkan kedudukan batu tersebut jauh dari yang dapat dicapai oleh scan ultrasound atau kedudukan dia agak tersembunyi.

    Masa ni kesakitan dah semakin teruk sampai nak berjalan pun kena bongkok-bongkok sikit. Kalau tegak atau luruskan badan, perut menegang dan sakit. Makan pun tak boleh terlalu kenyang. Kalau terlalu kenyang, seolah-olah menghimpit hempedu/saluran hempedu dan menyebabkan sakit.

    Makan pun sekadar dua mulut sahaja dengan air. Kalau lapar lagi, cover dengan sedikit buah. Berat badan turun dari 83kg kepada 58kg kalau tak salah. Memang kurus sangat la masa ni. Ye la, nak makan pun dah tak ada selera.

    Disebabkan jaudice/kuning yang tinggi tu, selera makan sangatlah kurang. Saya juga tak boleh hidu atau kena apa-apa asap termasuk asap rokok. Kalau kena, habis miang satu badan. Menunggu tarikh temujanji sampai terasa begitu lama.

BERSAMBUNG... KLIK UNTUK : KEMBALI KE PART 4 / PERGI KE PART 6

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share

    Di IIUM/SASMEC ( International Islamic University Malaysia / Sultan Ahmad Shah Medical Centre ), saya ditempatkan di wad perubatan. Kali ini saya di wad selama 2 minggu sebelum discaj. Saya diberikan ubat tahan sakit melalui jarum dan juga antibiotik.

Gambaran ercp. Satu paip warna hitam tu ialah kamera. Tangan kanan doktor ialah alat seperti dawai.

    Selepas dimasukkan ke wad, saya menjalani prosedur scan ultrasound dan scope atau ERCP ( Endoscopic Retrograde Cholangio-Pancreatography ). ERCP ialah alat kamera dimasukkan melalui mulut ke perut/usus. Ada juga alat yang berupa seperti dawai untuk cek saluran hempedu. Perasaan ketika alat itu dimasukkan ialah nak termuntah yang amat.

Kamera dan alat macam dawai tadi masuk sampai sini. Dalam perut.

    Sebelum alat scope dimasukkan, ubat kebas akan disembur kedalam mulut dan ditelan untuk mengurangkan rasa sakit. Sakit juga la tekak walaupun dah sembur ubat kebas. Ubat itu sendiri pun menyebabkan rasa loya nak muntah.


    Hasil daripada ERCP tersebut, doktor memaklumkan bahawa terdapat batu di dalam saluran hempedu seperti gambaran di atas. Batu tersebut telah dikeluarkan melalui prosedur ERCP. Selepas itu, satu stand telah diletakkan di lubang keluar saluran hempedu ke usus.

    Batu tersebut terhasil didalam kantung hempedu yang berwarna coklat seperti gambaran di atas dan akan keluar bersama cecair hempedu ke usus melalui saluran hempedu yang berwarna hijau seperti gambaran di atas.

    Sekiranya batu tersebut kecil, perjalanan dari kantung hempedu melalui saluran hempedu ke usus dan keluar bersama najis berak tiada masalah. Jika saiz batu tadi agak besar, ada risiko untuk batu tersebut tersangkut didalam saluran hempedu.


    Punca terjadinya batu didalam hempedu biasanya ialah disebabkan pemakanan yang tidak seimbang. Kerap mengambil makanan dan minuman bergula, berlemak dan berminyak. Bagi saya punca utama ialah gula. Bila dia bekerjasama dengan lemak dan minyak, maka terhasil la batu tersebut.

    Setelah batu tadi dikeluarkan dari pintu saluran hempedu ke usus, ujian darah masih menunjukkan peningkatan yang tidak normal terhadap bacaan jaundice/kuning saya. Sepanjang dua minggu saya di wad SASMEC, pelbagai ujian telah dilakukan untuk mencari punca termasuklah ujian darah hepatitis, ujian kandungan air kencing.


    Saya juga ditebuk di dada sebelah kanan (biopsi) untuk mengambil sampel hati untuk dibuat ujian makmal bagi mencari punca jaundice dan fatty liver. Doktor kata ada kemungkinan punca auto immune kerana setelah pelbagai ujian dilakukan, mendapati punca lain bukan penyebab. 

    Senak uiiii semasa jarum dicucuk ke dada dan semasa jarum dicucuk ke hati. Biopsy ni dibuat dalam keadan saya sedar tau. Boleh rasa la dada saya ditebuk, tekanan jarum ke hati. Uish, seram juga la rasa. Sebelum dada ditebuk dengan alat/jarum khas, sudah tentu la dibius dengan ubat tahan sakit dahulu.

    Auto immune ni ialah situasi macam sistem immune badan kita menyerang balik badan kita kerana keliru. Hampir dua minggu saya di wad, doktor kata semua test tidak menunjukkan punca jundice fatty liver.

    Setelah selesai antibiotik, jaundice saya menurun sedikit dan dibenarkan keluar wad. Saya diberi tarikh temujanji untuk melakukan satu lagi ujian yang berlainan dan temujanji pemantauan dengan klinik perubatan serta klinik pembedahan.

    Masa tu, agak kerap juga la saya berulang ke SASMEC.

BERSAMBUNG... KLIK UNTUK : KEMBALI KE PART 3 / PERGI KE PART 5

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share

    Selepas keluar wad, saya menjalani rutin seperti biasa. Cumanya, kesakitan masih kuat. Saya bertahan dengan ubat tahan sakit. Simptom seterusnya saya dapat ialah saya mengalami keletihan yang teramat sangat. Sampaikan nak berjalan pun kurang bertenaga atau cepat penat. Pedih hulu hati, pedih dibawah tulang dada kanan dan sakit menyucuk dibawah tulang belikat kanan masih berterusan.

    Buat apa-apa pun saya cepat letih. Saya mudah mengantuk. Rakan-rakan di tempat kerja sudah sedia maklum keadaan saya. Jadi apabila saya terlampau mengantuk, saya akan tidur sekejap. Kemungkinan jaundice/kuning yang tinggi menyebabkan saya letih dan mengantuk.


    Kalau tak salah, selepas seminggu atau dua minggu keluar daripada wad, kesakitan saya semakin teruk. Mata dan kulit saya semakin kuning. Kulit tangan dan kulit kaki semakin gatal dan menggelupas. Disebabkan kesakitan semakin teruk, saya mengambil keputusan untuk pergi semula ke Unit Kecemasan Hospital Pekan.

    Ujian darah menunjukkan tahap jaundice/kuning saya semakin meningkat. Saya dimasukkan ke wad semula dan diberikan antibiotik serta ubat tahan sakit. Kali ini saya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk melakukan scan ultrasound yang lebih detail.

    Scan tersebut mengesahkan batu didalam hempedu tidak penuh. Doktor pembedahan masih memberikan pendapat bahawa punca kuning saya bukanlah disebabkan oleh batu hempedu tersebut dan menyarankan untuk discaj saya daripada wad.

    Namun begitu, doktor perubatan berpendapat kes saya belum selesai. Walaupun bacaan kuning saya sedikit menurun setelah mengambil antiboitik, doktor tidak jumpa punca saya jaundice. Namun begitu, bacaan hati saya menunjukkan dalam keadaan tidak baik. Fatty liver.

    Punca fatty liver? Itulah perkara yang sedang dikaji. Kerana dari fatty liver jugalah punca jaundice/kuning ATAU kuning/jaundice itulah punca fatty liver. Salah satu ujian yang saya jalani untuk mengesan punca fatty liver ialah hepatitis A/B/C dan ujian darah mendapati negatif Hepatitis.

    Setelah seminggu saya di wad Hospital Pekan, dos antibiotik telahpun selesai. Tak jumpa punca, doktor menyarankan kaedah selanjutnya. Disebabkan kemudahan mesin tidak lengkap di Hospital Pekan dan HTAA, doktor telah merujuk saya ke Hospital UIA (IIUM) Kuantan untuk melakukan prosuder yang memerlukan mesin khas.


    Saya dihantar ke IIUM menaiki ambulans. Selamat tinggal Hospital Pekan. Terima kasih atas layanan yang baik daripada doktor dan petugas-petugas di sana. Inilah pengalaman kedua saya dalam hidup dibawa dengan ambulans (Pengalaman pertama semasa pergi ke HTAA untuk scan ultrasound). Selama ini saya hanya bagi laluan kepada ambulans, kali ini orang lain pula memberi laluan kepada ambulans yang dinaiki saya.

    Terima kasih kepada semua yang memberi laluan kepada ambulans. Tak best weh naik ambulans. Hahaha... Melambung-lambung, spring/absober dia keras. Orang sakit boleh bertambah sakit. Hahaha.. Kalaulah ambulans-ambulans kat Malaysia ni pakai jenis MPV saiz penuh (Seperti Starex / Serena / Vellfire / Alphard ), pasti kurang kena lambung. kikiki

BERSAMBUNG... KLIK UNTUK : KEMBALI KE PART 2 / PERGI KE PART 4

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share
Klinik Feisal Kuala Rompin

    Balik dari klinik mata, saya terus ke Klinik Feisal Kuala Rompin. Saya maklumkan di kaunter pendaftaran, nak buat imbasan ultrasound untuk cek hempedu. Apabila giliran saya sampai, saya masuk jumpa doktor, terus doktor perasan mata saya kuning. Jaundice.

ini la rupa imbasan ultrasound tersebut. Macam scan ibu mengandung.

    Doktor kata, 50% pasti ada batu dalam hempedu. Katanya di Rompin ni, banyak kes yang sama dengan saya. Maka berlangsunglah proses imbasan ultrasound dan x-ray. Selesai proses tersebut, doktor sahkan hempedu saya mempunyai batu yang agak besar.

hempedu berada di sebelah kanan badan kita, betul-betul bawah tulang dada.

    Doktor juga mengesyaki batu dalam hempedu tersebut adalah punca kuning pada mata saya. Kenapa batu tu boleh sebabkan kuning/jaundis? Nanti kalau berkesempatan, saya akan ceritakan. Doktor telah keluarkan surat rujukan ke Hospital dan menasihatkan saya ke Klinik Kesihatan Kerajaan untuk keluarkan juga surat rujukan ke hospital Kerajaan.

ini contoh hempedu dan batu. Sebenarnya, banyak bentuk, saiz dan jenis batu.

    Tanpa berlengah, saya pun terus ke Klinik Kesihatan Nenasi dan menunjukkan surat rujukan serta keputusan scan daripada Klinik Feisal.

Klinik Kesihatan Nenasi

    Di Klinik Nenasi, doktor melakukan scan ultrasound sekali lagi dan mengesahkan terdapat batu dalam hempedu dan doktor membuat surat rujukan ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut. Selesai di Klinik Nenasi, saya terus ke Hospital Pekan, Unit Kecemasan.

    Masa tu perut  di bahagian hulu hati dan bawah tulang dada kanan dalam keadaan sakit. Tulang belikat belakang sebelah kanan juga sakit. Sampai di Hospital Pekan, saya dimasukkan ke zon kuning dan seterusnya masuk ke wad.
    Di wad, saya diberikan ubat tahan sakit dan dimasukkan 'air garam'. Masa ni kulit tangan dan kaki saya dah mula kekeringan akibat jaundice yang agak tinggi. Tapak kaki dan tapak tangan juga mengalami gatal-gatal. Garu atau letakkan ubat calamine lotion pun tak jalan juga.

    Hampir seminggu juga la di wad. Setelah menjalani beberapa pemeriksaan, doktor pembedahan merumuskan jaudice saya dan sakit hulu hati bukan disebabka oleh hempedu kerana walaupun ada batu di dalam hempedu, hempedu masih ada ruang.

    Hempedu tidak bengkak. Secara normalnya, batu tu bukan punca utama jaundice dan sakit hulu hati. Jadi, doktor perubatan mula mecari punca lain. Dari hasil ujian darah yang dibuat, bacaan fatty liver saya agak tinggi. Pada hari ke 7, doktor telah discaj saya dan berikan ubat tahan sakit bersama ubat kolestrol.

BERSAMBUNG... KLIK UNTUK : KEMBALI KE PART 1 / PERGI KE PART 3

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share

    Pada episod CBR250R yang lepas, Honda CBR250R yang kami beli sebelum ini telah diserahkan kepada adik kami di K.L (klik di sini untuk kisah tersebut).

    Sepanjang CBR250R berada didalam tangan adik saya bagi maksud sambung bayar, kami tidak membeli motorsikal berkuasa tinggi sebagai ganti berikutan mempunyai komitmen dan perancangan yang lain.

    Adik saya menggunakan motorsikal tersebut tanpa sebarang masalah. Baru-baru ini, adik saya menyatakan hasrat untuk membeli motorsikal yang lebih berkuasa sedikit iaitu Yamaha R25. Yamaha R25 lebih berkuasa berbanding CBR250R kerana R25 menggunakan enjin 2 piston.

    Disebabkan itu, saya menawarkan untuk membeli kembali motorsikal tersebut dengan harga pasaran semasa dan adik saya bersetuju. Sayang nak jual kepada orang luar berikutan CBR250R ni kamilah pengguna pertama.

    Ya, akhirnya CBR250R ni telah balik kepada kami semula. Bagai sirih pulang ke gagang. Sebelum pulang ke kami semula, saya pernah pinjam sebentar daripada adik saya.

    Dalam tempoh pinjam tu, ada la masalah sedikit. Nanti di episod akan datang, saya ceritakan masalah tersebut supaya dapat dijadikan panduan kepada pemilik CBR250R.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share

    Setelah beberapa tahun pakai Naza Ria dengan enjin 2MZ, akhirnya pada hujung tahun 2024 saya mengambil keputusan untuk menjual Naza Ria. Kalau tak salah saya, saya sempat pakai 4 tahun dengan enjin 2MZ.

    Namun begitu saya jual bukan disebabkan oleh masalah enjin lagi, tetapi disebabkan saya berpeluang untuk upgrade/naik taraf kepada MPV lain yang menjadi impian sejak sekian lama. Alhamdulillah. Naza Ria pula duduk dalam parking ni berbulan-bulan, jarang bawa sampai la bateri pun kong sebab lama tak bawa.

    Naza Ria saya dijual kepada orang berdekatan sahaja. Ada kalanya, saya terserempak dengan Naza Ria saya yang dipandu oleh pemilik baru. Pemilik baru Naza Ria saya ni seorang yang rajin mengkaji dan membaiki.

    Kali terakhir saya dimaklumkan dia telah memasang sistem hidrogen di Naza Ria saya dan telah ke Kedah (dari Pahang) tanpa sebarang masalah.

    Sepanjang menggunakan enjin Toyota 2MZ pada Naza Ria, saya tidak pernah menghadapi sebarang masalah enjin dan gearbox. Enjin memang cemerlang. Cuma perlu jaga rutin servis sahaja.

    Selebihnya cuma servis dan baiki wear and tear sahaja seperti brake pad, tayar dan lain-lain. Jika tanya saya adakah saya sarankan enjin 2MZ di Naza Ria? Ye, saya sarankan. Walaupun pickup agak kurang semasa starting/permulaan nak bergerak, namun apabila sudah bergerak, tiada lagi rasa kurang pickup.

    Dan  yang paling penting sekali, anda tiada lagi debaran masalah enjin overheat apabila membawa keluarga dengan perjalanan jauh. Tidak la sekejap-sekejap, mata menjeling meter temptrature.

Kredit gambar : Carlist.my

    Target saya seterusnya ialah nak dapatkan sebuah Toyota Estima 
ACR30 / MCR30 terpakai seperti contoh gambar di atas untuk ibu dan ayah saya.

    Dan mungkin ini adalah target untuk saya seterusnya, Toyota Alphard 'Transformers''. Entah la bagaimana nak tercapai impian ni. Mungkin semasa bersara nanti dapat la pakai agaknya. Kalau yang Toyota Estima untuk ibu dan ayah tadi, ada juga la nampak jalan.

    Tolong doakan target saya tercapai terutamanya Estima untuk ibu dan ayah tu. Semoga ada jalan nak kumpul duit untuk target tersebut.

    Hahaha.. Tak kisah la apa pun impian anda, cubalah cari jalan yang terbaik dan cubalah berusaha untuk capainya.

    Jangan duduk berangan sahaja tanpa bertindak..

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share

    Bersambung lagi. Setelah selesai di Cloudflare seperti di part 3 sebelum ini, anda perlu ke Blogger semula. Klik bahagian setting, custom domain, masukkan domain anda LENGKAP DENGAN WWW dan klik save.

    Jika tidak berjaya klik save, cuba semula setelah tempoh 24 jam berlalu bagi memberi laluan kepada server untuk mengenali DNS yang kita dah setup sebelum ini.
    Sekiranya berjaya simpan, laluan ke domain tersebut telah selesai di setting. Anda telah mula boleh menulis blog dan promosikan link/domain blog anda.

Secure Sockets Layer (SSL)

    Walaupun blog anda telah mula boleh digunakan dengan domain tersebut, ada satu part lagi yang patut kita buat iaitu setting keselamatan blog kita. Masih menggunakan akaun percuma Cloudflare anda. Perkara ini perlu dibuat bagi memastikan blog anda tidak dikelaskan sebagai tidak selamat / Not secure.



    ( 1 )Pertama sekali, anda perlu log in di Cloudflare, di menu Account Home, terdapat senarai domain yang anda telah selesai link dengan blog atau web server anda. Klik titik 3 di domain yang anda nak setting, dan klik Configure SSL/TTS.


   ( 2 ) Klik Configure


    ( 3 ) Klik Full (Strict) dan klik save. Dah selesai di Cloudflare, log masuk ke blogger pulak.


    ( 4 ) Di menu setting, pergi ke menu HTTPS dan tekan butang untuk aktifkan HTTPS Avaibality. Selepas tekan butang tersebut, proses sambungan antara blog kita ke Cloudflare akan mengambil sedikit masa. Jika dah berjaya nanti, butang HTTPS Redirect ini akan boleh dibuka.

    Jika terlalu lama, melebihi 1 hari, buka balik cloudflare dan ulangi langkah 1 hingga 3 seperti di atas. Tak perlu tukar, cuma buka dan tekan save sahaja.


    Buka akaun blogger dan refresh, akan ada notifikasi seperti di atas.

    
    Sekiranya telah berjaya dan status HTTPS Availablity : Available, klik butang HTTPS Redirect.


Ensure that visits to HTTP redirect to HTTPS
    Apabila berjaya setting, setiap kali pengunjung lawati blog kita menggunakan link tanpa https, secara automatik dia akan dibawa ke link https.

   Sekiranya dah sampai di peringkat ini, tahniah! dah selesai semua step. Anda dah boleh menulis dengan aman. Pastikan aktif menulis sebelum anda memohon untuk google adsense dapat dipasang di blog anda.

    Google adsenes ini merupakan sumber pendapatan sampingan buat anda yang menulis dan berkongsi info secara percuma.

PENAFIAN : Semua maklumat yang saya sampaikan mungkin tidak tepat kerana hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja. Saya tidak belajar atau mengikuti kelas pengajian yang sebenar. Sebarang risiko akibat mengikuti langkah yang saya kongsikan di blog ini perlu ditanggung sendiri oleh anda.

KEBENARAN : Anda boleh copy paste dan kongsikan artikel ini dengan syarat nyatakan kredit link ke artikel asal.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share

    Ok, kita sambung lagi. Panjang step dia sebenarnya sebab melibatkan 3 pihak yang berlainan. Selepas klik "continue to activation", page ini akan keluar. Apabila page ni keluar, anda perlu pergi pula website tempat anda beli domain.

    Apabila kita membeli domain dengan mana-mana penjual, kita akan dapat satu akaun pelanggan untuk menguruskan domain kita. Jadinya, anda perlu log masuk ke akaun anda, klik menu domain/my domain.

    Di hujung senarai domain yang anda beli, terdapat butang setting/manage. Klik di situ dan klik Nameservers

        Sekarang pilih use custome namserver, masukkan nameserver 1 dan namserver 2 sama macam yang Cloudflare bagi seperti gambar atas sekali. Selepas itu klik simpan/change nameserver. Apabila selesai part ini, pergi semula di tab Cloudflare tadi dan klik continue.
    Selepas anda klik continue di Cloudflare, akan keluar notifikasi ini. Abaikan sahaja kerana kebiasaannya konfigurasi antara server tersebut akan ambil masa sekitar 24 jam.

    
    Manakala ketika anda klik hompage Cloudflare, paparan ini akan muncul menandakan nameserver tadi belum siap dikonfigurasi.

    Baik, untuk step seterusnya, saya akan sambung di PART 4. Klik di sini..


PENAFIAN : Semua maklumat yang saya sampaikan mungkin tidak tepat kerana hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja. Saya tidak belajar atau mengikuti kelas pengajian yang sebenar. Sebarang risiko akibat mengikuti langkah yang saya kongsikan di blog ini perlu ditanggung sendiri oleh anda.

KEBENARAN : Anda boleh copy paste dan kongsikan artikel ini dengan syarat nyatakan kredit link ke artikel asal.


Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share
    Baiklah, di Bab 2 ni, saya akan ceritakan langkah yang anda perlu buat sebelum dapat setting domain .my kepada blogger menggunakan cloudflare langganan percuma.

    Setting ini saya tunjuk melalui google chrome dan akan melibatkan tiga pihak iaitu :

    1. Blogger (Akaun blog/akaun gmail/akaun google).
    2. Tempat anda beli domain.
    3. Cloudflare.

    Pertama sekali, dah tentu anda kena daftar akaun google dahulu (kita faham daftar email gmail). Dengan pendaftaran akaun gmail, secara tak langsung anda akan ada akaun google. Dan google menyediakan banyak kemudahan secara percuma termasuklah blog (Blogger/Blogspot).

    Selepas selesai daftar akaun google / email gmail, anda buka blogger (https://www.blogger.com/) dan cipta/create blog. Selesaikan langkah cipta/create blog hingga selesai.

    Di bahagian setting, anda setkan alamat blog (blog address) ikut kehendak sendiri. nanti akan dapat alamat blog dengan sambungan .blogspot.com.  Dekat 'Custom Domain' tu biarkan kosong dahulu dan publishkan blog anda.
    Selepas itu, anda perlu cari penjual domain. Boleh buka di mynic.my dan pilih penjual yang ada minat atau boleh je buat carian 'beli domain'. Saya beli domain di YeahHost . 

    Oleh itu, saya akan tunjuk caranya menggunakan penjual domain YeahHost. Jika anda beli domain di tempat lain pun, biasanya caranya kerjanya lebih kurang sahaja.


    Selepas selesai membeli domain di mana-mana tempat yang anda beli, buka semula blogger di bahagian setting. Klik "Custom domain" dan isikan domain yang anda beli tadi tu lengkap dengan www dan tekan save.
    Selepas klik save, akan keluar error macam ni. Ini menandakan domain ini belum lagi di destinasikan ke blog anda. Yang saya bulatkan tu " CNAMEs: (Name: www, Destination: ghs.google.com) and (Name: b*******tc, Destination: gv********.dv.googlehosted.com) " adalah kod untuk anda gunakan bagi setting domain anda. Itu merupakan kod unik bagi blog anda.

    Anda boleh copy, paste kod tersebut di mana-mana dan simpan untuk rujukan kemudian hari.

    Part selepas ini agak teknikal sedikit, tetapi ikut sahaja sebiji-sebiji, insyaAllah berjaya.


    Ok, sekarang dengan akaun google yang sama (saya anggap anda sendang buka menggunakan google chrome), anda buka tab sebelah dan buka Cloudflare ( ). Klik Sign in dan pilih "continue with google". Selepas itu, pilihlah akaun google anda tadi.


    Setelah berjaya log masuk, anda akan jumpa page ini. Masukkan domain yang anda beli tadi TANPA www (silap masukkan www dalam gambar tu), pilih "manual enter DNS record" dan tekan continue.


    Selepas itu, pilih plan free. Kalau anda ada banyak duit, boleh pilih pelan berbayar dengan pelbagai kemudahan lain. Tekan "Select plan".

    
    Sekarang, pilih add record. Ingat tak tadi saya cakap kat blogger ada kod unik untuk blog kita? Yang kita copy, paste dan save tu? Di sinilah kod tersebut diperlukan.
      Dekat Type tu, pilih "CNAME", di Name pula taip "www", di target, copy dan paste "ghs.google.com", selepas itu klik butang Procy status tu bagi jadi kelabu macam ni, kat TTL tu pilih 10 minit dan kemudian klik save.

    Yang tadi kita dah save, dah ada kat bawah. Sekali lagi klik  Add record. Part sinilah agak teknikal sikit. Di Type tu, masih pilih "CNAME", dekat Name tu, copy kod di blogger tadi. Kod tersebut adalah selepas wording "Name :", Pastikan copy code sebelum tanda koma. Kodnya lebih kuran macam ni : 
b***************wtc

    Paste kod di ruangan Name TANPA TANDA KOMA. Di ruangan target pula, copy kod yang selepas koma, selepas wording "Destination" yang panjang-panjang tu lebih kurang macam ni : gv-******************.dv.googlehosted.com dan selepas itu paste di ruangan Target tersebut.

    Proxy status masih sama, off kan dan TTL 10 minit. Selepas itu klik save. Selepas itu klik "Continue to activation"

Ok, panjang sangat dah ni, saya sambung di PART 3 la. Klik di sini. Nak tengok PART 1, klik di sini.

PENAFIAN : Semua maklumat yang saya sampaikan mungkin tidak tepat kerana hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja. Saya tidak belajar atau mengikuti kelas pengajian yang sebenar. Sebarang risiko akibat mengikuti langkah yang saya kongsikan di blog ini perlu ditanggung sendiri oleh anda.

KEBENARAN : Anda boleh copy paste dan kongsikan artikel ini dengan syarat nyatakan kredit link ke artikel asal.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

CARIAN DI SUNAN

PENAFIAN : Sebarang risiko akibat penggunaan dan pengikutan artikel atau lawatan di blog ini hendaklah ditanggung oleh pengunjung. Penulis hanya menulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang cetek.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ▼  2025 (12)
    • ▼  Sep (3)
      • GALLBLADDER / GALLSTONES - BATU HEMPEDU PART 5 : C...
      • GALLBLADDER / GALLSTONES - BATU HEMPEDU PART 4 : B...
      • GALLBLADDER / GALLSTONES - BATU HEMPEDU PART 3 : M...
    • ►  Ogo (1)
      • GALLBLADDER / GALLSTONES - BATU HEMPEDU PART 2 : M...
    • ►  Jul (6)
      • HONDA CBR250R PULANG KE PANGKUAN
      • SELAMAT TINGGAL NAZA RIA
      • SETTING DOMAIN .MY DAN .COM.MY DI BLOGGER MENGGUNA...
      • SETTING DOMAIN .MY DAN .COM.MY DI BLOGGER MENGGUNA...
      • SETTING DOMAIN .MY DAN .COM.MY DI BLOGGER MENGGUNA...
    • ►  Jun (2)
  • ►  2024 (4)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (3)
  • ►  2023 (3)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2022 (3)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Jan (2)
  • ►  2021 (30)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Nov (11)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jul (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (3)
    • ►  Apr (1)
  • ►  2020 (17)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2019 (5)
    • ►  Apr (3)
    • ►  Feb (2)
  • ►  2018 (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mac (1)
  • ►  2017 (18)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Mei (2)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2016 (5)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2015 (13)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Feb (6)
  • ►  2013 (3)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mac (2)
  • ►  2012 (7)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Jul (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Feb (1)
  • ►  2011 (15)
    • ►  Dis (6)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Jan (4)
  • ►  2010 (5)
    • ►  Dis (4)
    • ►  Jan (1)

TOP 5!!

  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 1
    Fius berhampiran bateri Selepas beberapa hari aku memeiliki FZ , aku masuk group facebook Persatuan Pemilik Yamaha FZ150i untuk mencar...
  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 2
    Baiklah, bersambung lagi. Antara  simptom-simptom fius ni dah tak mampu untuk alirkan kuasa secukupnya ialah :
  • Tangga Gaji/Sifir Gaji/Jadual dan cara pengiraan Gaji SBPA 2012 (PT-PO N-17)
    Aku nak tunjuk tangga gaji / sifir gaji / jadual gaji dan cara pengiraan bagi SBPA pada tahun 2012 untuk Pembantu Tadbir (P/O) N17. Kenapa a...
  • TENTANG NAZA RIA : KELEBIHAN, KEKURANGAN, KEBAIKAN, KEBURUKAN
      Naza Ria atau biasa disebut sebagai 'ANAK GAJAH; / 'AG' oleh pemiliknya merupakan sebuah MPV bersaiz penuh, adik kepada model ...
  • Gio Mall Kuantan, Pusat Beli Belah Pakaian Muslimah Moden di Kuantan
    Pinjam gambar jap ye. Sape punya gambar tah la Gio Mall, gedung beli belah pakaian muslimah berkonsepkan moden yang pada aku terbesar...

Label

baby sunan (16) bantuan (9) bisnes (1) blog (28) cbr250r (8) fz150i (8) handfon (5) info (11) jalan-jalan (12) kereta (24) motorsikal (19) naza ria (18) novel (1) pengalaman (7) pengumuman (5) penjawat awam (9) penternakan (2) perfume (5) permainan (2) rompin (2) VF3i (5)

Facebook Page

SUNAN.my

FOLLOW SUNAN

HUBUNGI SUNAN

Nama

E-mel *

Mesej *

Since ; 2010 SUNAN.my

Template By ThemeXpose