Pada episod CBR250R yang lepas, Honda CBR250R yang kami beli sebelum ini telah diserahkan kepada adik kami di K.L (klik di sini untuk kisah tersebut).
Sepanjang CBR250R berada didalam tangan adik saya bagi maksud sambung bayar, kami tidak membeli motorsikal berkuasa tinggi sebagai ganti berikutan mempunyai komitmen dan perancangan yang lain.
Adik saya menggunakan motorsikal tersebut tanpa sebarang masalah. Baru-baru ini, adik saya menyatakan hasrat untuk membeli motorsikal yang lebih berkuasa sedikit iaitu Yamaha R25. Yamaha R25 lebih berkuasa berbanding CBR250R kerana R25 menggunakan enjin 2 piston.
Disebabkan itu, saya menawarkan untuk membeli kembali motorsikal tersebut dengan harga pasaran semasa dan adik saya bersetuju. Sayang nak jual kepada orang luar berikutan CBR250R ni kamilah pengguna pertama.
Ya, akhirnya CBR250R ni telah balik kepada kami semula. Bagai sirih pulang ke gagang. Sebelum pulang ke kami semula, saya pernah pinjam sebentar daripada adik saya.
Dalam tempoh pinjam tu, ada la masalah sedikit. Nanti di episod akan datang, saya ceritakan masalah tersebut supaya dapat dijadikan panduan kepada pemilik CBR250R.
Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.