GALLBLADDER / GALLSTONES - BATU HEMPEDU PART 4 : BERMULA EPISOD DI IIUM MEDICAL CENTRE/HOSPITAL UIA KUANTAN.


    Di IIUM/SASMEC ( International Islamic University Malaysia / Sultan Ahmad Shah Medical Centre ), saya ditempatkan di wad perubatan. Kali ini saya di wad selama 2 minggu sebelum discaj. Saya diberikan ubat tahan sakit melalui jarum dan juga antibiotik.

Gambaran ercp. Satu paip warna hitam tu ialah kamera. Tangan kanan doktor ialah alat seperti dawai.

    Selepas dimasukkan ke wad, saya menjalani prosedur scan ultrasound dan scope atau ERCP ( Endoscopic Retrograde Cholangio-Pancreatography ). ERCP ialah alat kamera dimasukkan melalui mulut ke perut/usus. Ada juga alat yang berupa seperti dawai untuk cek saluran hempedu. Perasaan ketika alat itu dimasukkan ialah nak termuntah yang amat.

Kamera dan alat macam dawai tadi masuk sampai sini. Dalam perut.

    Sebelum alat scope dimasukkan, ubat kebas akan disembur kedalam mulut dan ditelan untuk mengurangkan rasa sakit. Sakit juga la tekak walaupun dah sembur ubat kebas. Ubat itu sendiri pun menyebabkan rasa loya nak muntah.


    Hasil daripada ERCP tersebut, doktor memaklumkan bahawa terdapat batu di dalam saluran hempedu seperti gambaran di atas. Batu tersebut telah dikeluarkan melalui prosedur ERCP. Selepas itu, satu stand telah diletakkan di lubang keluar saluran hempedu ke usus.

    Batu tersebut terhasil didalam kantung hempedu yang berwarna coklat seperti gambaran di atas dan akan keluar bersama cecair hempedu ke usus melalui saluran hempedu yang berwarna hijau seperti gambaran di atas.

    Sekiranya batu tersebut kecil, perjalanan dari kantung hempedu melalui saluran hempedu ke usus dan keluar bersama najis berak tiada masalah. Jika saiz batu tadi agak besar, ada risiko untuk batu tersebut tersangkut didalam saluran hempedu.


    Punca terjadinya batu didalam hempedu biasanya ialah disebabkan pemakanan yang tidak seimbang. Kerap mengambil makanan dan minuman bergula, berlemak dan berminyak. Bagi saya punca utama ialah gula. Bila dia bekerjasama dengan lemak dan minyak, maka terhasil la batu tersebut.

    Setelah batu tadi dikeluarkan dari pintu saluran hempedu ke usus, ujian darah masih menunjukkan peningkatan yang tidak normal terhadap bacaan jaundice/kuning saya. Sepanjang dua minggu saya di wad SASMEC, pelbagai ujian telah dilakukan untuk mencari punca termasuklah ujian darah hepatitis, ujian kandungan air kencing.


    Saya juga ditebuk di dada sebelah kanan (biopsi) untuk mengambil sampel hati untuk dibuat ujian makmal bagi mencari punca jaundice dan fatty liver. Doktor kata ada kemungkinan punca auto immune kerana setelah pelbagai ujian dilakukan, mendapati punca lain bukan penyebab. 

    Senak uiiii semasa jarum dicucuk ke dada dan semasa jarum dicucuk ke hati. Biopsy ni dibuat dalam keadan saya sedar tau. Boleh rasa la dada saya ditebuk, tekanan jarum ke hati. Uish, seram juga la rasa. Sebelum dada ditebuk dengan alat/jarum khas, sudah tentu la dibius dengan ubat tahan sakit dahulu.

    Auto immune ni ialah situasi macam sistem immune badan kita menyerang balik badan kita kerana keliru. Hampir dua minggu saya di wad, doktor kata semua test tidak menunjukkan punca jundice fatty liver.

    Setelah selesai antibiotik, jaundice saya menurun sedikit dan dibenarkan keluar wad. Saya diberi tarikh temujanji untuk melakukan satu lagi ujian yang berlainan dan temujanji pemantauan dengan klinik perubatan serta klinik pembedahan.

    Masa tu, agak kerap juga la saya berulang ke SASMEC.

BERSAMBUNG... KLIK UNTUK : KEMBALI KE PART 3 / PERGI KE PART 5

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.