![]() |
CT Scan |
Hasil ujikaji sampel hati yang diambil dari proses biopsi sebelum ini mendapati tiada auto immune dan tiada punca kuning/jaundice tinggi. Maknanya, belum jumpa lagi punca sakit saya. Akhirnya setelah selesai semua antibiotik, dan kuning turun sedikit hasil dari antibiotik, doktor benarkan keluar wad.
Masa tu dah dekat nak raya. Doktor benarkan balik dan berikan temujanji susulan dan temujanjin untuk ujian seterusnya.
Ini kira macam dah hampir habis ujian/test lain dah, akhirnya doktor minta untuk membuat CT Scan keatas saya. CT Scan ni masuk terowong, tetapi tidak terlalu berat macam MRI. Scan ini lebih simpel. Sebelum melakukan CT Scan, saya perlu berpuasa dan minum air yang diberikan, disuntik dengan cecair supaya keputusan scan nanti lebih nampak jelas.
CT Scan akan menghasilkan imej yang merentasi badan seperti contoh gambar di atas. Habis luar dalam la boleh nampak. Tak payah nak sorok-sorok la. Hahaha.. CT Scan dibuat di bahagian dada hingga ke perut saya. Selesai CT Scan, saya pun balik menjalani ruti seperti biasa. Kesakitan, kuning, gatal masih ada. Saya bertahan dengan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Beberapa hari kemudian, saya mendapat panggilan daripada doktor yang menjaga saya. Doktor memaklumkan terdapat batu didalam saluran hempedu yang tak dapat dilihat semasa prosedur ERCP sebelum ini.
Ini kerana batu tersebut berada di tengah-tengah antara hempedu dan usus. Doktor maklumkan, sementara nak sampai ke tarikh temujanji seterusnya, sekiranya sakit teruk sangat, terus sahaja ke Kecemasan SASMEC.
![]() |
contoh yang saya bulatkan merah itu kedudukan gallstone saya. |
Doktor juga maklumkan, batu yang tersangkut di tengah-tengah itulah kemungkinan punca kenapa saya sakit, jaudice/kuning tinggi, fatty liver dan bacaan darah tidak normal.
Batu tu tidak kelihatan semasa scan ultrasound/x ray/ercp (semasa di Klinik Feisal, Klinik Kesihatan Nenasi, Hospital Pekan, HTAA dan SASMEC). Mungkin disebabkan kedudukan batu tersebut jauh dari yang dapat dicapai oleh scan ultrasound atau kedudukan dia agak tersembunyi.
Masa ni kesakitan dah semakin teruk sampai nak berjalan pun kena bongkok-bongkok sikit. Kalau tegak atau luruskan badan, perut menegang dan sakit. Makan pun tak boleh terlalu kenyang. Kalau terlalu kenyang, seolah-olah menghimpit hempedu/saluran hempedu dan menyebabkan sakit.
Makan pun sekadar dua mulut sahaja dengan air. Kalau lapar lagi, cover dengan sedikit buah. Berat badan turun dari 83kg kepada 58kg kalau tak salah. Memang kurus sangat la masa ni. Ye la, nak makan pun dah tak ada selera.
Disebabkan jaudice/kuning yang tinggi tu, selera makan sangatlah kurang. Saya juga tak boleh hidu atau kena apa-apa asap termasuk asap rokok. Kalau kena, habis miang satu badan. Menunggu tarikh temujanji sampai terasa begitu lama.
BERSAMBUNG... KLIK UNTUK : KEMBALI KE PART 4 / PERGI KE PART 6
Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.