Selepas keluar wad, saya menjalani rutin seperti biasa. Cumanya, kesakitan masih kuat. Saya bertahan dengan ubat tahan sakit. Simptom seterusnya saya dapat ialah saya mengalami keletihan yang teramat sangat. Sampaikan nak berjalan pun kurang bertenaga atau cepat penat. Pedih hulu hati, pedih dibawah tulang dada kanan dan sakit menyucuk dibawah tulang belikat kanan masih berterusan.
Buat apa-apa pun saya cepat letih. Saya mudah mengantuk. Rakan-rakan di tempat kerja sudah sedia maklum keadaan saya. Jadi apabila saya terlampau mengantuk, saya akan tidur sekejap. Kemungkinan jaundice/kuning yang tinggi menyebabkan saya letih dan mengantuk.
Kalau tak salah, selepas seminggu atau dua minggu keluar daripada wad, kesakitan saya semakin teruk. Mata dan kulit saya semakin kuning. Kulit tangan dan kulit kaki semakin gatal dan menggelupas. Disebabkan kesakitan semakin teruk, saya mengambil keputusan untuk pergi semula ke Unit Kecemasan Hospital Pekan.
Ujian darah menunjukkan tahap jaundice/kuning saya semakin meningkat. Saya dimasukkan ke wad semula dan diberikan antibiotik serta ubat tahan sakit. Kali ini saya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk melakukan scan ultrasound yang lebih detail.
Scan tersebut mengesahkan batu didalam hempedu tidak penuh. Doktor pembedahan masih memberikan pendapat bahawa punca kuning saya bukanlah disebabkan oleh batu hempedu tersebut dan menyarankan untuk discaj saya daripada wad.
Namun begitu, doktor perubatan berpendapat kes saya belum selesai. Walaupun bacaan kuning saya sedikit menurun setelah mengambil antiboitik, doktor tidak jumpa punca saya jaundice. Namun begitu, bacaan hati saya menunjukkan dalam keadaan tidak baik. Fatty liver.
Punca fatty liver? Itulah perkara yang sedang dikaji. Kerana dari fatty liver jugalah punca jaundice/kuning ATAU kuning/jaundice itulah punca fatty liver. Salah satu ujian yang saya jalani untuk mengesan punca fatty liver ialah hepatitis A/B/C dan ujian darah mendapati negatif Hepatitis.
Setelah seminggu saya di wad Hospital Pekan, dos antibiotik telahpun selesai. Tak jumpa punca, doktor menyarankan kaedah selanjutnya. Disebabkan kemudahan mesin tidak lengkap di Hospital Pekan dan HTAA, doktor telah merujuk saya ke Hospital UIA (IIUM) Kuantan untuk melakukan prosuder yang memerlukan mesin khas.
Terima kasih kepada semua yang memberi laluan kepada ambulans. Tak best weh naik ambulans. Hahaha... Melambung-lambung, spring/absober dia keras. Orang sakit boleh bertambah sakit. Hahaha.. Kalaulah ambulans-ambulans kat Malaysia ni pakai jenis MPV saiz penuh (Seperti Starex / Serena / Vellfire / Alphard ), pasti kurang kena lambung. kikiki
BERSAMBUNG... KLIK UNTUK : KEMBALI KE PART 2 / PERGI KE PART 4
Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.