Kerap kembung perut, susah sendawa, kerap pedih hulu hati, sakit bawah belikat kanan. Makan magnesium tricilicate, 'ubat kapur', gaviscon pun masih tak melegakan.
Simptomnya sama seperti gastrik menyebabkan tak menyangka rupa-rupaya sakit lain. Hanya mengesyaki gastrik kerana dari kecil dah kena gastrik. Pernah masuk hospital semasa sekolah menengah (tak ingat tingkatan berapa) disebabkan gastrik.
Pernah kesakitan menyerang sehingga sakit yang teramat sangat di tulang belakang. Hanya berbaring sahaja, tidak dapat bangun. Apabila pergi x-ray di klinik kesihatan, doktor kata tulang belakang cantik sahaja. Tiada rupa slipdisk.
Kemuncaknya setelah saya melakukan prosuder lasik mata, saya perlu mengambil 2 jenis ubat titis mata. Kedua-dua jenis ubat tersebut apabila dititiskan kedalam mata, terasa pahit di tekak.
Bermakna ubat itu mengalir masuk kedalam perut. Apabila sampai ke dalam perut, perut terasa senak. Semakin hari senaknya semakin kuat seiring dengan penggunaan ubat tersebut. Mungkin perut saya kalah dengan ubat tersebut.
Pada awalnya, saya sangkakan ianya gastrik disebabkan ubat mata tersebut. Saya abaikan sahaja. Hanya makan ubat gastrik / gaviscon seperti biasa. Namun, sakit tidak berkurangan.
Setelah penggunaan ubat mata tersebut selama 2 minggu selesai, akhirnya saya tidak dapat bertahan lagi. Saya ke klinik berhampiran dan dimasukkan air drip, dicucuk ubat tramadol.
Alhamdulillah kesakitan berkurangan sedikit pada hari tersebut. Mungkin kesan ubat tramadol. Tetapi dua hari kemudiannya, sakit yang kuat kembali menyerang. Saya ke klinik semula dan dicucuk ubat sekali lagi.
Seperti biasa, kesakitan hanya hilang semasa kesan ubat masih ada. Selepas kesan ubat habis, kesakitan bermula semula. Sehinggalah mata putih saya menjadi sedikit kekuningan. Air kencing juga berwarna seperti teh pekat.
Saya sangka mata putih saya jadi kuning adalah disebabkan oleh proses penyembuhan mata selepas pembedahan lasik. Semasa temujanji susulan rawatan mata, doktor mata terkejut melihat mata saya kuning. Katanya, ini bukan disebabkan lasik atau ubat-ubat mata.
Dia mengesyaki saya ada gallstones dan mengesyorkan saya untuk pergi ke mana-mana klinik swasta untuk membuat imbasan ultrasound. Kalau ke klinik Kerajaan, mungkin ambil masa panjang kerana pesakit yang ramai.
BERSAMBUNG... KLIK DI SINI UNTUK KE PART 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.