Setelah beberapa tahun pakai Naza Ria dengan enjin 2MZ, akhirnya pada hujung tahun 2024 saya mengambil keputusan untuk menjual Naza Ria. Kalau tak salah saya, saya sempat pakai 4 tahun dengan enjin 2MZ.
Namun begitu saya jual bukan disebabkan oleh masalah enjin lagi, tetapi disebabkan saya berpeluang untuk upgrade/naik taraf kepada MPV lain yang menjadi impian sejak sekian lama. Alhamdulillah. Naza Ria pula duduk dalam parking ni berbulan-bulan, jarang bawa sampai la bateri pun kong sebab lama tak bawa.
Naza Ria saya dijual kepada orang berdekatan sahaja. Ada kalanya, saya terserempak dengan Naza Ria saya yang dipandu oleh pemilik baru. Pemilik baru Naza Ria saya ni seorang yang rajin mengkaji dan membaiki.
Kali terakhir saya dimaklumkan dia telah memasang sistem hidrogen di Naza Ria saya dan telah ke Kedah (dari Pahang) tanpa sebarang masalah.
Sepanjang menggunakan enjin Toyota 2MZ pada Naza Ria, saya tidak pernah menghadapi sebarang masalah enjin dan gearbox. Enjin memang cemerlang. Cuma perlu jaga rutin servis sahaja.
Selebihnya cuma servis dan baiki wear and tear sahaja seperti brake pad, tayar dan lain-lain. Jika tanya saya adakah saya sarankan enjin 2MZ di Naza Ria? Ye, saya sarankan. Walaupun pickup agak kurang semasa starting/permulaan nak bergerak, namun apabila sudah bergerak, tiada lagi rasa kurang pickup.
Dan yang paling penting sekali, anda tiada lagi debaran masalah enjin overheat apabila membawa keluarga dengan perjalanan jauh. Tidak la sekejap-sekejap, mata menjeling meter temptrature.
![]() |
Kredit gambar : Carlist.my |
Target saya seterusnya ialah nak dapatkan sebuah Toyota Estima ACR30 / MCR30 terpakai seperti contoh gambar di atas untuk ibu dan ayah saya.
Tolong doakan target saya tercapai terutamanya Estima untuk ibu dan ayah tu. Semoga ada jalan nak kumpul duit untuk target tersebut.
Hahaha.. Tak kisah la apa pun impian anda, cubalah cari jalan yang terbaik dan cubalah berusaha untuk capainya.
Jangan duduk berangan sahaja tanpa bertindak..
Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.