SETTING DOMAIN .MY DAN .COM.MY DI BLOGGER MENGGUNAKAN AKAUN CLOUDFLARE PERCUMA : PART 1


    Domain merupakan identiti atau nama alam maya anda untuk digunakan sebagai nama laman web atau nama blog. Anda boleh gunakan nama domain mengikut kehendak sendiri untuk laman web atau blog.

    Namun begitu, nama domain ini perlu dibeli dan dibayar langganan setiap tahun. Kalau tak nak bayar, boleh guna nama domain secara percuma yang disediakan oleh penyedia blog. Contoh macam blogger, dia bagi nama domain (sub-domain) secara percuma dengan sambungan .blogspot.com. Contohnya, sunan.blogspot.com (subdomain ni dah dimiliki orang lain, tak sempat dapat ke saya).

    Macam saya, saya gunakan SUNAN untuk nama blog saya dan menggunakan .my. Maka, jadilah SUNAN.my. Sambungan .my ni untuk pengguna persendirian/peribadi. Didaftarkan atas kad pengenalan pengguna.

    Domain dengan identiti Malaysia, di belakangnya akan diakhiri akan dengan '.my' seperti gambar di bawah. Domain ini dikendalikan oleh mynic.my


    Ini adalah contoh senarai domain dengan identiti malaysia. Untuk pembelian domain bagi kegunaan individu/persendirian, pengguna hanya boleh membeli .my sahaja. Bagi syarikat pula, boleh beli .com.my atau .biz.my atau .net.my kalau tak salah.

    Manakala bagi sambungan lain, ada syarat-syarat khusus untuk setiap domain tersebut. Jadi, bagi anda yang berminat nak beli domain dengan identiti Malaysia, boleh beli domain .my ini. Kalau anda ada SSM/Pendaftaran organisasi, boleh beli domain sambungan lain.

    Cuma, apa yang saya tidak suka ialah domain .my ini tidak disediakan sekali dengan pengurusan DNS / Hosting / Server. Jadinya, anda perlukan penyedia perkhidmatan tersebut untuk poinkan domain yang anda beli kepada blog.

    Ini menyebabkan anda terpaksa keluarkan 2 kos iaitu kos pembelian domain dan kos pembelian perkhidmatan hosting. Kedua-dua kos ini perlu dibayar secara tahunan untuk mengekalkan nama domain tersebut milik anda.

    Jika tidak, pendaftaran nama domain tersebut akan luput (expired) dan akan dapat didaftarkan oleh orang lain pulak.
    
    Disebabkan domain .my tak datang sekali dengan pengurusan DNS/Hosting/Server, maka kita pun perlu cari penyedia perkhidmatan yang berbayar ataupun yang percuma. Nak cari yang percuma ni payah sikit.

   Sebelum ni kami langgan hosting berbayar. Memandangkan kami ada beli domain mynic yang lain, kos semakin bertambah untuk domain dan hosting. Maka kami pun cuba la cari alternatif yang lebih murah.

    Akhirnya jumpa la cloudflare ni. Dia menyediakan perkhidmatan yang pelbagai dari percuma kepada berbayar. Dan setting untuk domain juga tidaklah susah mana untuk membolehkan domain yang kita beli tadi hidup dan pergi kepada blog kita.

    Nanti di Bab 2, saya akan kongsikan cara setting domain mynic / .my atau .com.my ke blogger menggunakan cloudflare dengan pakej langganan percuma.

    Oh ye, saya hanya akan ceritakan kaedah untuk BLOGGER / BLOGSPOT sahaja. Untuk penyedia blog lain seperti wordpress, saya tak cerita la sebab saya tak pernah guna penyedia perkhidmatan blog lain.

BERSAMBUNG DI PART 2 (klik disini).

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.