GALLBLADDER / GALLSTONES - BATU HEMPEDU PART 6 : SALURAN HEMPEDU BENGKAK DAN BERNANAH!

GAMBAR AKAN DIKEMASKINI KEMUDIAN..


    Menunggu tarikh temujanji seterusnya tiba, terasa begitu lama kerana kesakitan semakin bertambah. Seminggu sebelum temujanji, saya dah tak tahan sakit. Saya ke Kecemasan SASMEC. Dimasukkan ke wad kecemasan dan diberikan ubat tahan sakit melalui drip.

    Selesai ubat, kesakitan berkurang, saya dibenarkan keluar. Apabila balik rumah, kesan ubat habis, kesakitan datang balik. Senak, pedih, menyucuk. Masa ni saya kerap loya tekak dan muntah. Seminggu kemudian, tibalah tarikh temujanji dengan klinik surgery. Ini selepas raya puasa tahun 2024.

    Semasa proses daftar di klinik, saya diberikan fast lane untuk berjumpa doktor kerana saya terlampau sakit. Apabila masuk ke bilik doktor, doktor tengok saja keadaan saya terus doktor kata, "awak kena masuk wad".

    Setelah masuk wad, saya diberikan ubat tahan sakit dan di bawa untuk scan ultrasound. Ketika scan ultrasound dilakukan, doktor maklumkan saluran hempedu saya kelihatan bengkak dan ada nanah. Maknanya, inilah punca saya sakit teruk.

    Kalau tak salah saya, saya kena jalani ERCP untuk keluarkan batu dan nanah tersebut. Setelah selesai ERCP, doktor maklumkan nanah berjaya dikeluarkan, tetapi batu tersebut tersangkut dan tidak berjaya dikeluarkan. Saya terpaksa jalani pembedahan untuk keluarkan hempedu dan juga batu yang tersangkut didalam saluran hempedu tersebut.

    Doktor pembedahan memaklumkan, saya perlu bersedia jika bersetuju untuk pembedahan buang hempedu kerana ada satu slot pembedahan yang kemungkinan pesakit akan tarik diri. Jika nak tunggu giliran sebenar, lagi tiga bulan baru ada slot kosong.

    Saya pun tanpa was-was terus beri persetujuan untuk pembedahan. Tiada jalan lain dah untuk sembuh selain dari pembedahan.

    Beberapa ujian saringan dibuat keatas saya untuk memastikan saya layak menjalani pembedahan. Alhamdulillah semuanya lepas.

    Pembedahan akan dibuat secara bius penuh. Maknanya saya dalam keadaan tidak sedar semasa pembedahan sedang berlangsung. Kiranya saya ni macam pembedahan kecemasan juga la sebab dah bengkak, bernanah dan kena jangkitan kuman disamping kebetulan ada satu slot yang pesakit tolak.

    Hari yang dinantikan telah tiba. Saya dibawa ke bilik bius untuk memulakan prosedur bius penuh. Dalam keadaan meniarap di atas platform, saya dapat rasakan beberapa tempat di belakang saya dicucuk. Terasa sakit juga dan sengal-sengal. Dalam masa yang sama saya diberi gas untuk disedut.
 
    Tidak berapa lama, saya pun tidak sedarkan diri. Proses pembedahan (Daripada prosuder bius sehinggalah saya sedar semula) mengambil masa yang agak lama. Kalau tak salah, saya ditolak dari wad sekitar jam 10 pagi, dan keluar semula dari bilik bedah dah petang.

    Saya tidak ingat jam berapa. Selesai pembedahan, saya direhatkan di bilik bedah sehinggalah saya sedar semula. Apabila sedar semula, saya dalam keadaan mamai lagi kesan ubat bius dan ubat tahan sakit. Ketika itu saya dapat rasakan kesakitan luka pembedahan. Rasa sakit tidaklah terlalu kuat disebabkan kesan ubat.

BERSAMBUNG... KLIK UNTUK : KEMBALI KE PART 5 / PERGI KE PART 7

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.