Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
SUNAN.my
  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • BABY SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • LAIN2
    • PENGUMUMAN
    • KERETA
      • ALL KERETA
      • NAZA RIA
      • MENU KOSONG
    • MOTORSIKAL
      • ALL MOTORSIKAL
      • HONDA CBR250R
      • YAMAHA FZ150I
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • BISNES
      • ALL BISNES
      • SABUN BASUH BAJU
      • PERFUME
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • HANDFON
    • JALAN-MAKAN
    • PENTERNAKAN
    • PERTANIAN

    Ok, kita sambung lagi. Panjang step dia sebenarnya sebab melibatkan 3 pihak yang berlainan. Selepas klik "continue to activation", page ini akan keluar. Apabila page ni keluar, anda perlu pergi pula website tempat anda beli domain.

    Apabila kita membeli domain dengan mana-mana penjual, kita akan dapat satu akaun pelanggan untuk menguruskan domain kita. Jadinya, anda perlu log masuk ke akaun anda, klik menu domain/my domain.

    Di hujung senarai domain yang anda beli, terdapat butang setting/manage. Klik di situ dan klik Nameservers

        Sekarang pilih use custome namserver, masukkan nameserver 1 dan namserver 2 sama macam yang Cloudflare bagi seperti gambar atas sekali. Selepas itu klik simpan/change nameserver. Apabila selesai part ini, pergi semula di tab Cloudflare tadi dan klik continue.
    Selepas anda klik continue di Cloudflare, akan keluar notifikasi ini. Abaikan sahaja kerana kebiasaannya konfigurasi antara server tersebut akan ambil masa sekitar 24 jam.

    
    Manakala ketika anda klik hompage Cloudflare, paparan ini akan muncul menandakan nameserver tadi belum siap dikonfigurasi.

    Baik, untuk step seterusnya, saya akan sambung di PART 4. Klik di sini..


PENAFIAN : Semua maklumat yang saya sampaikan mungkin tidak tepat kerana hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja. Saya tidak belajar atau mengikuti kelas pengajian yang sebenar. Sebarang risiko akibat mengikuti langkah yang saya kongsikan di blog ini perlu ditanggung sendiri oleh anda.

KEBENARAN : Anda boleh copy paste dan kongsikan artikel ini dengan syarat nyatakan kredit link ke artikel asal.


Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share
    Baiklah, di Bab 2 ni, saya akan ceritakan langkah yang anda perlu buat sebelum dapat setting domain .my kepada blogger menggunakan cloudflare langganan percuma.

    Setting ini saya tunjuk melalui google chrome dan akan melibatkan tiga pihak iaitu :

    1. Blogger (Akaun blog/akaun gmail/akaun google).
    2. Tempat anda beli domain.
    3. Cloudflare.

    Pertama sekali, dah tentu anda kena daftar akaun google dahulu (kita faham daftar email gmail). Dengan pendaftaran akaun gmail, secara tak langsung anda akan ada akaun google. Dan google menyediakan banyak kemudahan secara percuma termasuklah blog (Blogger/Blogspot).

    Selepas selesai daftar akaun google / email gmail, anda buka blogger (https://www.blogger.com/) dan cipta/create blog. Selesaikan langkah cipta/create blog hingga selesai.

    Di bahagian setting, anda setkan alamat blog (blog address) ikut kehendak sendiri. nanti akan dapat alamat blog dengan sambungan .blogspot.com.  Dekat 'Custom Domain' tu biarkan kosong dahulu dan publishkan blog anda.
    Selepas itu, anda perlu cari penjual domain. Boleh buka di mynic.my dan pilih penjual yang ada minat atau boleh je buat carian 'beli domain'. Saya beli domain di YeahHost . 

    Oleh itu, saya akan tunjuk caranya menggunakan penjual domain YeahHost. Jika anda beli domain di tempat lain pun, biasanya caranya kerjanya lebih kurang sahaja.


    Selepas selesai membeli domain di mana-mana tempat yang anda beli, buka semula blogger di bahagian setting. Klik "Custom domain" dan isikan domain yang anda beli tadi tu lengkap dengan www dan tekan save.
    Selepas klik save, akan keluar error macam ni. Ini menandakan domain ini belum lagi di destinasikan ke blog anda. Yang saya bulatkan tu " CNAMEs: (Name: www, Destination: ghs.google.com) and (Name: b*******tc, Destination: gv********.dv.googlehosted.com) " adalah kod untuk anda gunakan bagi setting domain anda. Itu merupakan kod unik bagi blog anda.

    Anda boleh copy, paste kod tersebut di mana-mana dan simpan untuk rujukan kemudian hari.

    Part selepas ini agak teknikal sedikit, tetapi ikut sahaja sebiji-sebiji, insyaAllah berjaya.


    Ok, sekarang dengan akaun google yang sama (saya anggap anda sendang buka menggunakan google chrome), anda buka tab sebelah dan buka Cloudflare ( ). Klik Sign in dan pilih "continue with google". Selepas itu, pilihlah akaun google anda tadi.


    Setelah berjaya log masuk, anda akan jumpa page ini. Masukkan domain yang anda beli tadi TANPA www (silap masukkan www dalam gambar tu), pilih "manual enter DNS record" dan tekan continue.


    Selepas itu, pilih plan free. Kalau anda ada banyak duit, boleh pilih pelan berbayar dengan pelbagai kemudahan lain. Tekan "Select plan".

    
    Sekarang, pilih add record. Ingat tak tadi saya cakap kat blogger ada kod unik untuk blog kita? Yang kita copy, paste dan save tu? Di sinilah kod tersebut diperlukan.
      Dekat Type tu, pilih "CNAME", di Name pula taip "www", di target, copy dan paste "ghs.google.com", selepas itu klik butang Procy status tu bagi jadi kelabu macam ni, kat TTL tu pilih 10 minit dan kemudian klik save.

    Yang tadi kita dah save, dah ada kat bawah. Sekali lagi klik  Add record. Part sinilah agak teknikal sikit. Di Type tu, masih pilih "CNAME", dekat Name tu, copy kod di blogger tadi. Kod tersebut adalah selepas wording "Name :", Pastikan copy code sebelum tanda koma. Kodnya lebih kuran macam ni : 
b***************wtc

    Paste kod di ruangan Name TANPA TANDA KOMA. Di ruangan target pula, copy kod yang selepas koma, selepas wording "Destination" yang panjang-panjang tu lebih kurang macam ni : gv-******************.dv.googlehosted.com dan selepas itu paste di ruangan Target tersebut.

    Proxy status masih sama, off kan dan TTL 10 minit. Selepas itu klik save. Selepas itu klik "Continue to activation"

Ok, panjang sangat dah ni, saya sambung di PART 3 la. Klik di sini. Nak tengok PART 1, klik di sini.

PENAFIAN : Semua maklumat yang saya sampaikan mungkin tidak tepat kerana hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja. Saya tidak belajar atau mengikuti kelas pengajian yang sebenar. Sebarang risiko akibat mengikuti langkah yang saya kongsikan di blog ini perlu ditanggung sendiri oleh anda.

KEBENARAN : Anda boleh copy paste dan kongsikan artikel ini dengan syarat nyatakan kredit link ke artikel asal.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share

    Domain merupakan identiti atau nama alam maya anda untuk digunakan sebagai nama laman web atau nama blog. Anda boleh gunakan nama domain mengikut kehendak sendiri untuk laman web atau blog.

    Namun begitu, nama domain ini perlu dibeli dan dibayar langganan setiap tahun. Kalau tak nak bayar, boleh guna nama domain secara percuma yang disediakan oleh penyedia blog. Contoh macam blogger, dia bagi nama domain (sub-domain) secara percuma dengan sambungan .blogspot.com. Contohnya, sunan.blogspot.com (subdomain ni dah dimiliki orang lain, tak sempat dapat ke saya).

    Macam saya, saya gunakan SUNAN untuk nama blog saya dan menggunakan .my. Maka, jadilah SUNAN.my. Sambungan .my ni untuk pengguna persendirian/peribadi. Didaftarkan atas kad pengenalan pengguna.

    Domain dengan identiti Malaysia, di belakangnya akan diakhiri akan dengan '.my' seperti gambar di bawah. Domain ini dikendalikan oleh mynic.my. 


    Ini adalah contoh senarai domain dengan identiti malaysia. Untuk pembelian domain bagi kegunaan individu/persendirian, pengguna hanya boleh membeli .my sahaja. Bagi syarikat pula, boleh beli .com.my atau .biz.my atau .net.my kalau tak salah.

    Manakala bagi sambungan lain, ada syarat-syarat khusus untuk setiap domain tersebut. Jadi, bagi anda yang berminat nak beli domain dengan identiti Malaysia, boleh beli domain .my ini. Kalau anda ada SSM/Pendaftaran organisasi, boleh beli domain sambungan lain.

    Cuma, apa yang saya tidak suka ialah domain .my ini tidak disediakan sekali dengan pengurusan DNS / Hosting / Server. Jadinya, anda perlukan penyedia perkhidmatan tersebut untuk poinkan domain yang anda beli kepada blog.

    Ini menyebabkan anda terpaksa keluarkan 2 kos iaitu kos pembelian domain dan kos pembelian perkhidmatan hosting. Kedua-dua kos ini perlu dibayar secara tahunan untuk mengekalkan nama domain tersebut milik anda.

    Jika tidak, pendaftaran nama domain tersebut akan luput (expired) dan akan dapat didaftarkan oleh orang lain pulak.
    
    Disebabkan domain .my tak datang sekali dengan pengurusan DNS/Hosting/Server, maka kita pun perlu cari penyedia perkhidmatan yang berbayar ataupun yang percuma. Nak cari yang percuma ni payah sikit.

   Sebelum ni kami langgan hosting berbayar. Memandangkan kami ada beli domain mynic yang lain, kos semakin bertambah untuk domain dan hosting. Maka kami pun cuba la cari alternatif yang lebih murah.

    Akhirnya jumpa la cloudflare ni. Dia menyediakan perkhidmatan yang pelbagai dari percuma kepada berbayar. Dan setting untuk domain juga tidaklah susah mana untuk membolehkan domain yang kita beli tadi hidup dan pergi kepada blog kita.

    Nanti di Bab 2, saya akan kongsikan cara setting domain mynic / .my atau .com.my ke blogger menggunakan cloudflare dengan pakej langganan percuma.

    Oh ye, saya hanya akan ceritakan kaedah untuk BLOGGER / BLOGSPOT sahaja. Untuk penyedia blog lain seperti wordpress, saya tak cerita la sebab saya tak pernah guna penyedia perkhidmatan blog lain.

BERSAMBUNG DI PART 2 (klik disini).

PENAFIAN : Semua maklumat yang saya sampaikan mungkin tidak tepat kerana hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja. Saya tidak belajar atau mengikuti kelas pengajian yang sebenar. Sebarang risiko akibat mengikuti langkah yang saya kongsikan di blog ini perlu ditanggung sendiri oleh anda.

KEBENARAN : Anda boleh copy paste dan kongsikan artikel ini dengan syarat nyatakan kredit link ke artikel asal.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share
kredit gambar : FB Rompin Fest

    Pada 21 hingga 29 Jun 2025 ini, akan diadakan Rompin Fest di Pantai Hiburan Kuala Rompin, Pahang. Kami biasa panggil dengan nama pesta pantai. Banyak acara-acara menarik yang dirancang untuk diadakan semasa program ini berlangsung.

    Semasa kecil-kecil dahulu, perkataan 'pesta pantai' tu semacam menjadi satu keseronokan. Mungkin sebab ada perkataan 'pesta' tu.

Kredit Gambar : FB IPD Rompin.

    Antara yang menarik perhatian admin ialah pengurangan 30% saman sempena penganjuran Rompin Fest. Pengurangan 30% tidak termasuk 10 kesalahan seperti didalam poster tersebut.

    Ada juga ceramah agama, konsert dan cabutan bertuah sepanjang tempoh penganjuran Rompin Fest. Moh orang-orang Pahang support program ini.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share
Bagi saya, Pantai Hiburan merupakan trade mark Bandar Kuala Rompin.

    Agak busy sejak kebelakangan ni. Rindu nak menulis blog. Lama tidak menulis kerana sibuk dengan urusan lain.

    Alhamdulillah permohonan pertukaran saya ke Rompin, Pahang telah diluluskan. Isteri juga dapat bertukar ke Rompin. Gembira tidak terkata apabila dapat bertukar ke Rompin.

Rompin terkenal sebagai lokasi memancing ikan layaran

    Suasananya sangat tenang dan aman. Tidak sesibuk tempat-tempat yang saya pernah tinggal sebelum ini. Semasa hari pertama melapor diri bertugas di sini, perasaan saya seperti ''wah! wau! tenang dan amannya!".

Lagi kurang lampu isyarat, lagi bagus. Gantikan dengan jalan sehala atau bulatan

    Bebas dari kesibukan sepertimana bandar-bandar yang lain. Jalannya kurang jem. Mungkin sebab kurang lampu isyarat. Di Bandar Kuala Rompin, hanya terdapat dua persimpangan sahaja yang berlampu isyarat.

    Saya berharap YB, Majlis Daerah Rompin dan JKR Rompin mengekalkan Bandar Kuala Rompin dengan kurang lampu isyarat. Saya pernah hadapi jem di bandar yang banyak lampu isyarat seperti Bandar Pekan, Pahang dan Bandaraya Kuantan. Sangat meletihkan.


  Kuala Rompin ni terletak di Negeri Pahang, bersempadan dengan Negeri Johor. Pulau Tioman merupakan destinasi perlancongan yang berada didalam Daerah Rompin.

    Di Bandar Kuala Rompin ni sebenarnya tidak banyak sangat perkara menarik. Namun begitu, bagi yang mencari ketenangan dan kedamaian, inilah tempatnya. Bandarnya ada lengkap perkara asas seperti klinik, bank, pos dan pasaraya.

    Jika ada kelapangan nanti, saya tuliskan beberapa destinasi menarik di Bandar Kuala Rompin untuk bacaan bakal pengunjung ke sini nanti.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share
        Apabila buka blog dan membaca posting-posting lama, kadang-kadang saya tersenyum sendiri. Teringat memori-memori indah semasa zaman kegemilangan blog. Masing-masing memasang cita-cita untuk memiliki blog sendiri. Tengok logo Blogger pun dah rasa semangat berkobar-kobar.

    Satu lagi platform blog yang popular adalah WordPress. Untuk blogger yang advance, memang sesuai guna platform ni. Saya sampai hari ini hanya guna platform Blogger atas faktor mudah untuk diselenggara dan difahami.

    Setelah memiliki blog sendiri, mula la tercari-cari template atau tema blog yang cantik dan percuma. Pasang lagu, pasang bermacam-macam widget pada blog.

    Ada juga yang menjana pendapatan hasil daripada blog. Set up template kedai online di blog. Order barang melalui blog. Blog JULIAES WARDROBE menjadi salah satu blog yang pernah saya beli barang melalui blog. Antara blog yang menjadi inspirasi kepada saya untuk setup template blog agar lebih cantik.

    Blog Juliaes kemudian bergerak ke hadapan dengan membeli domain myjuliaes.com dan kemudiannya aktif di facebook page. Blog ini sangat memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan buat blog sendiri.

    Banyak lagi la blog yang menjadi inspirasi kepada saya. Antara yang saya ingat ialah  ANIMAGRO, menceritakan hal-hal tanaman, sampai ke hari ini beliau menulis di blognya dan saya masih membaca di blog beliau sampai hari ini. . KEBUN BANDAR juga menceritakan hal-hal tanaman menjadi minat saya membaca.

    Ada blog-blog yang telah tidak aktif lama. Ada juga blog-blog yang saya ikuti telahpun dikeluarkan/remove oleh google mungkin kerana pemiliknya telah memadam blog tersebut atau pemiliknya telah menukar nama domain blog tersebut.

    Apa pun, blog masih lagi relevan pada tahun-tahun mendatang berikutan blog ada manfaat tersendiri yang tidak sama dengan media sosial dan platform lain.

    InsyaALLAH SUNAN akan terus menulis di blog ini selagimana keadaan mengizinkan. Mungkin satu hari nanti SUNAN telah tiada dan tiada orang yang meneruskan domain sunan.my, tulisan di blog ini akan terus ada dalam talian dengan domain blogspot.com sehinggalah google membuangnya.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share
    Maaflah kerana penulisan terberhenti sebentar sebelum ini kerana beberapa kekangan. Momentom agak hilang.

NIKMATI KEHIDUPAN BERDUA

    Ya, walaupun kami sedih belum dikurniakan anak, kami cuba menikmati hidup kami sebaik mungkin. Menikmati hidup kami tanpa anak. Balik kampung sejauh 100 kilometer menaiki motor kapcai SYM e-Bonus 110. Nama je 110 cc, bawa kelajuan pun tak sampai 100 kmj. Hahaha.. 

    Memang kami cuba bergembira sehabis mungkin. Saya juga telah hentikan sebarang rawatan klinikal kepada isteri untuk rehatkannya. Kasihan tengok isteri yang sentiasa berusaha berubat, kena cucuk macam-macam ubat.

    Kami meneruskan rawatan dengan perawat islam sekadarnya. Masih meneruskan minum susu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Semuanya ala kadar, tidak lagi mengejar seperti dahulu bagi mengelakkan tertekan.

    Kami juga berhenti berniga sekitar awal tahun 2018 bagi merehatkan badan dari kekalutan mencari pendapatan. Memang betul-betul berehat la. Hahaha.. Manjakan diri. Saya juga secara kerap membawa isteri bersantai di pantai setelah habis bekerja.

    Di pantai, kami saling bercerita, meluahkan, berbincang. Dating la katakan. Me time. kikiki..

DETIK

    Sekitar bulan 11 tahun 2018, haid isteri datang lewat seperti biasa. Kadang-kadang datang awal, kadang-kadang datang lewat sampai dua minggu membuatkan kami menyangka isteri hamil. Apabila buat ujian UPT, didapati negatif.

    Maka, telah jadi kebiasaan haid lambat kepada kami. Jadi kami pun buat tidak kisah la apabila kali ini pun haid datang lambat.

    Seperti biasa, setiap petang Jumaat, kami akan balik ke kampung menziarah ibu dan ayah. Petang Ahad pula kami akan balik ke Kuantan semula. Cuma kali ini, kami balik menaiki sebuah motor kapcai SYM e-Bonus 110 cc yang tidak laju tu. Hahaha..

    Pulas minyak habis pun tak laju. Rasanya dalam 100 km/j sahaja. Dia punya gegar enjin tu jangan cakap la, habis kebas kaki tangan. Lenguh nak sampai ke destinasi perjalanan 100 km tu jangan cakap la. Hahaha. Sesekali kami akan singgah di pam minyak atau tepi pantai untuk berhenti rehat.

TANDA-TANDA

    Tidak berapa lama tu, isteri mendapat simptom seperti orang mengandung iaitu loya tekak, pahit tekak dan ada kalanya seperti nak muntah. Perkara ini pun menjadi kebiasaan kepada isteri setiap kali datang haid. Dapat simptom seperti orang mengandung.

    Kami pun buat biasa-biasa sahaja memandangkan tempoh untuk datang haid telah tiba (meskipun lewat dua minggu) kerana telah jadi kebiasaan begitu walaupun tidak mengandung.

    Simptom tu tak berhenti di situ. Simptom lain mula datang seperti badan isteri letih-letih. Saya pun pelik juga dengan saya sekali letih-letih. Kemuncaknya isteri saya kata, perfume yang saya pakai tu bau dia tak sedap.

AKHIRNYA!


    Kami pun membeli kit ujian kehamilan dan cuba membuat ujian kehamilan. WOW! Double line! Gambar di atas tu adalah gambar sebenar kami test. Nampak kabur, berdebar-debar pula rasa. Tak mengapa. Nak gembira sangat pun, line 1 lagi kabur. Kami masih simpan pregnant test pertama ini hingga hari ini sebagai kenang-kenangan.

    Kami ambil masa seminggu lagi dengan penuh debaran dan membuat ujian UPT sekali lagi. Masih double line. Kami berpeluk kegembiraan, mengalir air mata kesyukuran. Namun kami masih lagi mengawal perasaan.

PASTI!

    Untuk kepastian, kami kena ke klinik kesihatan untuk mengesahkan kehamilan. Memandangkan line satu lagi kabur, kami tunggu seminggu lagi dan kemudian kami ke Klinik Kesihatan terdekat untuk membuat ujian kehamilan.

    Alhamdulillah, semua ujian menunjukkan isteri hamil. Syukur tidak terkata! Setelah berubat kesana kesini, makan macam-macam supplement, buat macam-macam rawatan setelah sekian lama, akhirnya isteri hamil setelah rehat selama 1 tahun dari semua rawatan.

    Kami mengambil keputusan untuk rahsiakan dari pengetahuan rakan-rakan, keluarga yang lain termasuk ibu dan ayah dan menunggu kandungan stabil bagi mengelakkan kegembiraan menjadi kekecewaan seperti kandungan ectopic pregnancy sebelum ini.
    
    Kalau dah rezeki kan, naik motor kapcai pergi balik 200 kilometer, bergegar-gegar pun masih rezeki jua. Tidak la ada masalah bleeding ke apa.

    Tapi selepas tahu kata hamil, memang kami jaga betul-betul la selepas itu. Pergi kerja atau balik kampung pun naik kereta sahaja. Motor memang parking lama la masa itu. Kami kurangkan juga balik kampung untuk elakkkan risiko kepada kandungan akibat daripada travel.

Bersambung di episod seterusnya.. 

EPISOD 14 (KAMING SUN) / EPISOD 12

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share

    Demi masa... Banyak topik sebenarnya nak ditulis dan dijadikan konten di platform blog mahupun media sosial. Namun apakan daya. Kehidupan yang semakin sibuk, kerajinan yang semakin berkurangan membuatkan hobi menulis semakin menyepi.

    Platform blog semakin menyepi dek kerana kerancakan aplikasi-aplikasi sosial. Namun begitu, platform blog masih ada keperluan yang tersendiri terutamanya dalam penyampaian artikel. Ada perkara yang masih memerlukan penyampaian melalui blog.

    Penulis blog juga masih boleh menjana pendapatan sampingan melalui blog dengan pelbagai cara. Salah satunya melalui Google Adsense.

    Semoga kita semua dikurniakan kesihatan agar dapat berkongsi kebaikan walau sekadar melalui penulisan di blog.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.
0
Share

    Kerap kembung perut, susah sendawa, kerap pedih hulu hati, sakit bawah belikat kanan. Makan magnesium tricilicate, 'ubat kapur', gaviscon pun masih tak melegakan.

    Simptomnya sama seperti gastrik menyebabkan tak menyangka rupa-rupaya sakit lain. Hanya mengesyaki gastrik kerana dari kecil dah kena gastrik. Pernah masuk hospital semasa sekolah menengah (tak ingat tingkatan berapa) disebabkan gastrik.

    Pernah kesakitan menyerang sehingga sakit yang teramat sangat di tulang belakang. Hanya berbaring sahaja, tidak dapat bangun. Apabila pergi x-ray di klinik kesihatan, doktor kata tulang belakang cantik sahaja. Tiada rupa slipdisk.


    Kemuncaknya setelah saya melakukan prosuder lasik mata, saya perlu mengambil 2 jenis ubat titis mata. Kedua-dua jenis ubat tersebut apabila dititiskan kedalam mata, terasa pahit di tekak.

    Bermakna ubat itu mengalir masuk kedalam perut. Apabila sampai ke dalam perut, perut terasa senak. Semakin hari senaknya semakin kuat seiring dengan penggunaan ubat tersebut. Mungkin perut saya kalah dengan ubat tersebut.

    Pada awalnya, saya sangkakan ianya gastrik disebabkan ubat mata tersebut. Saya abaikan sahaja. Hanya makan ubat gastrik / gaviscon seperti biasa. Namun, sakit tidak berkurangan.

    Setelah penggunaan ubat mata tersebut selama 2 minggu selesai, akhirnya saya tidak dapat bertahan lagi. Saya ke klinik berhampiran dan dimasukkan air drip, dicucuk ubat tramadol.


    Alhamdulillah kesakitan berkurangan sedikit pada hari tersebut. Mungkin kesan ubat tramadol. Tetapi dua hari kemudiannya, sakit yang kuat kembali menyerang. Saya ke klinik semula dan dicucuk ubat sekali lagi.

    Seperti biasa, kesakitan hanya hilang semasa kesan ubat masih ada. Selepas kesan ubat habis, kesakitan bermula semula. Sehinggalah mata putih saya menjadi sedikit kekuningan. Air kencing juga berwarna seperti teh pekat.
    

    Saya sangka mata putih saya jadi kuning adalah disebabkan oleh proses penyembuhan mata selepas pembedahan lasik. Semasa temujanji susulan rawatan mata, doktor mata terkejut melihat mata saya kuning. Katanya, ini bukan disebabkan lasik atau ubat-ubat mata.

    Dia mengesyaki saya ada gallstones dan mengesyorkan saya untuk pergi ke mana-mana klinik swasta untuk membuat imbasan ultrasound. Kalau ke klinik Kerajaan, mungkin ambil masa panjang kerana pesakit yang ramai.

BERSAMBUNG... KLIK DI SINI UNTUK KE PART 2
0
Share
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

CARIAN DI SUNAN

PENAFIAN : Sebarang risiko akibat penggunaan dan pengikutan artikel atau lawatan di blog ini hendaklah ditanggung oleh pengunjung. Penulis hanya menulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang cetek.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ▼  2025 (10)
    • ▼  Sep (1)
      • GALLBLADDER / GALLSTONES - BATU HEMPEDU PART 3 : M...
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jul (6)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2024 (4)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (3)
  • ►  2023 (3)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2022 (3)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Jan (2)
  • ►  2021 (30)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Nov (11)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jul (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (3)
    • ►  Apr (1)
  • ►  2020 (17)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2019 (5)
    • ►  Apr (3)
    • ►  Feb (2)
  • ►  2018 (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mac (1)
  • ►  2017 (18)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Mei (2)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2016 (5)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2015 (13)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Feb (6)
  • ►  2013 (3)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mac (2)
  • ►  2012 (7)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Jul (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Feb (1)
  • ►  2011 (15)
    • ►  Dis (6)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Jan (4)
  • ►  2010 (5)
    • ►  Dis (4)
    • ►  Jan (1)

TOP 5!!

  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 1
    Fius berhampiran bateri Selepas beberapa hari aku memeiliki FZ , aku masuk group facebook Persatuan Pemilik Yamaha FZ150i untuk mencar...
  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 2
    Baiklah, bersambung lagi. Antara  simptom-simptom fius ni dah tak mampu untuk alirkan kuasa secukupnya ialah :
  • Tangga Gaji/Sifir Gaji/Jadual dan cara pengiraan Gaji SBPA 2012 (PT-PO N-17)
    Aku nak tunjuk tangga gaji / sifir gaji / jadual gaji dan cara pengiraan bagi SBPA pada tahun 2012 untuk Pembantu Tadbir (P/O) N17. Kenapa a...
  • TENTANG NAZA RIA : KELEBIHAN, KEKURANGAN, KEBAIKAN, KEBURUKAN
      Naza Ria atau biasa disebut sebagai 'ANAK GAJAH; / 'AG' oleh pemiliknya merupakan sebuah MPV bersaiz penuh, adik kepada model ...
  • Gio Mall Kuantan, Pusat Beli Belah Pakaian Muslimah Moden di Kuantan
    Pinjam gambar jap ye. Sape punya gambar tah la Gio Mall, gedung beli belah pakaian muslimah berkonsepkan moden yang pada aku terbesar...

Label

baby sunan (16) bantuan (9) bisnes (1) blog (28) cbr250r (8) fz150i (8) handfon (5) info (9) jalan-jalan (12) kereta (24) motorsikal (19) naza ria (18) novel (1) pengalaman (7) pengumuman (5) penjawat awam (9) penternakan (2) perfume (5) permainan (2) rompin (2) VF3i (5)

Facebook Page

SUNAN.my

FOLLOW SUNAN

HUBUNGI SUNAN

Nama

E-mel *

Mesej *

Since ; 2010 SUNAN.my

Template By ThemeXpose