Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
SUNAN.my
  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • BABY SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • LAIN2
    • PENGUMUMAN
    • KERETA
      • ALL KERETA
      • NAZA RIA
      • MENU KOSONG
    • MOTORSIKAL
      • ALL MOTORSIKAL
      • HONDA CBR250R
      • YAMAHA FZ150I
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • BISNES
      • ALL BISNES
      • SABUN BASUH BAJU
      • PERFUME
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • HANDFON
    • JALAN-MAKAN
    • PENTERNAKAN
    • PERTANIAN

    Lama saya tidak menulis tentang SYM VF3i. Pada hujung tahun 2018 yang lalu, saya telah mengambil keputusan untuk membeli motorsikal SYM VF3i. Setelah hampir 3 tahun memiliki SYM VF3i, saya terpaksa melepaskan motorsikal ini.

        Saya telah jual dengan harga tawaran RM6,000.00 tunai kepada seorang pembeli berhampiran rumah saya. Ketika saya jual, milage baru sekitar 7,000 kilometer. Memang perbatuan masih rendah berikutan ketika mula-mula membeli motorsikal ini, isteri saya mengandung.

        Jadi, motorsikal hanya parking sepanjang isteri mengandung. Sesekali saya akan bawa ketika isteri bercuti. Jika hari isteri bekerja, kami menaiki kereta ke tempat kerja untuk menjaga keselamatan kandungan. Apabila isteri bersalin, dalam tempoh isteri cuti bersalin, saya bawa motorsikal untuk ke tempat kerja.

        Apabila isteri masuk kerja semula, kami menaiki kereta semual. Motorsikal akan parking sahaja di rumah berikutan isteri bersalin secara pembedahan. Tidak sesuai menaiki motorsikal. Inilah sebab mengapa perbatuan agak rendah walaupun hampir tiga tahun memiliki SYM VF3i ini.

   Jadi, mengapa saya jual? Sebenarnya kami sangat sayangkan motorsikal ini. Sepanjang penggunaan SYM VF3i ini, ia tiada sebarang masalah buat kami. Tunggangannya sangat seronok disebabkan kuasa pecutannya yang berkuasa walaupun ia sebuah kapcai. Kos penyelenggaraan pun sangat jimat. Saya cuma beli minyak enjin di pam minyak dan tukarkan sendiri sahaja. Tidak rumit.

      Namun disebabkan kami ditukarkan ke tempat kerja yang jaraknya lebih jauh dari tempat kerja lama manakala isteri pula masih sakit kesan pembedahan yang lalu, kami manaiki kereta ke tempat kerja. Motorsikal hanya parking dan kadang kala bawa ke kedai sahaja.

    Disebabkan terlalu lama tidak bawa, bateri motorsikal pun kong. Itu menunjukkan kami lama tidak bawa motorsikal tersebut. Tidak ekonomikal. Kami membayar bulanan, tetapi tidak bawa. Dengan keadaan pendapatan sampingan kami yang merosot, kami pun mengambil keputusan untuk mengurangkan komitmen bulanan.

    Maka, kami mengambil keputusan untuk menjual SYM VF3i. Dapatlah kami kurangkan komitmen bulanan sebanyak RM235.00 setiap bulan. Kami tidak jual kembali di kedai kerana sayang. Kami jual kepada orang perseorangan. Dengan persetujuan dan kepercayaan, pembeli membayar kepada saya sejumlah wang. Saya ke kedai dan membayar baki pinjaman. Setelah selesai urusan kedai, pembeli membayar baki harga jualan dan saya serahkan motorsikal kepadanya.

    Besoknya kami membuat urusan tukar milik melalui ejen myeg.

    Jadi, motorsikal apa pula lepas ini? Dahulu kami pernah memiliki Honda CBR250R yang kemudiannya kami serahkan kepada adik saya untuk meneruskan bayaran. Ceritanya DI SINI. Baru-baru ini adik saya menyatakan hasrat untuk menaiktaraf kepada motorsikal yang lebih berkuasa.


    Adik saya bersetuju untuk menjual CBR250R ini kepada kami kembali. Bagai sirih pulang ke gagang. CBR250R ini masih berada pada adik berikutan motorsikal idamannya belum lagi dibeli. Buat sementara itu, kami tiada motorsikal. Tak mengapalah kerana kami menggunakan kereta ke tempat kerja.

    Namun bila tiada motorsikal ni, payah pula nak ke kedai dan tempat yang berhampiran rumah. Nak kena bawa kereta juga. Hmm.. Cadang nanti bila dah ada kemampuan, nak kena beli juga motorsikal kecil satu. Model apa agaknya? Mungkin nak beralih kepada skuter pula..

    Jadi, sepanjang hampir 3 tahun saya guna VF3i  ni, saya syorkan tak untuk beli? Rekemen(recomand) tak? Ya, saya rekomen! Kerana dengan harga yang hampir sama dengan harga Yamaha 135LC, anda mendapat sebuah motorsikal kapcai yang CC tinggi, sedap ditunggang, berkuasa dan jimat penyelenggaraan.

    Namun, ia tidak lari dari masalah. Sebelum beli, hadamkan dahulu apa masalah yang kerap berlaku dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.

0
Share

    Saya nak kongsikan cara kami berusaha untuk perolehi zuriat. Perkongsian yang agak panjang ini penting untuk difahami oleh suami dan isteri agar tahu bagaimana proses kandungan berlaku, dapatlah mengambil langkah sebaiknya. Dahulu kami pernah tulis berkenaan perkara ini. Boleh baca DI SINI

    Sebelum itu, saya ucapkan terima kasih kepada semua kerana berkat doa dari kalian, akhirnya kami dikurniakan seorang puteri yang comel yang kini berusia 2 tahun, membesar dengan sihat.

'Buah zuriat'. Sejauh mana keberkesannannya tidak dapat dipastikan. Yang pastinya, kita usahakan dahulu.

    Kami masih tidak lupa juga ada dari kalian yang ketika ke tanah suci masih ingatkan tentang kami dan bawa balik "buah zuriat" kepada kami, mendoakan kami di hadapan kaabah, memberi air zam-zam, produk kesihatan dan kata-kata nasihat. Kami amat hargainya! Terima kasih!

    Penantian selama 10 tahun bukan tempoh yang pendek. Jadi, perkongsian ini hanyalah berdasarkan pengalaman kami. Tidak menjanjikan kejayaan kepada anda, namun apa salahnya anda mencuba.

    Jadi, saya akan cuba tulis sehabis padat yang boleh. Cara kami usaha, saya dapat simpulkan terbahagi kepada 4 peringkat :

1. Doa.
2. Usaha.
3. Tawakkal.
4. Redha.

1. DOA :

- Mulakan usaha anda dengan doa. Ada 3 kaedah utama kami amalkan cara berdoa meminta zuriat..

A. Baiki solat dan cukupkan solat yang wajib. Dengan solat, kami dapat berdoa sebanyak 2 kali setiap kali solat.

Berdoa didalam hati ketika setiap kali sujud terakhir. Selesai solat pula berdoa sekali lagi. Bermakna dalam sehari akan minta dikurniakan zuriat sekurang-kurangnya 10 kali (2 kali doa X 5 waktu solat).

Bayangkan dalam masa 10 tahun, berapa kali minta doa? Jangan jemu meminta dengan Allah..

B. Berdoa di hadapan Kaabah. Kami masih belum mampu menjadi tetamu Kaabah. Saya yakin ramai juga yang belum mampu. Caranya, setiap kali ada rakan-rakan yang ada rezeki ke sana, kami kirimkan doa zuriat. Kami tak kirimkan barang pelik-pelik daripada mereka. Terima kasih kepada yang tidak lupa mendoakan kami di hadapan kaabah!

C. Minta orang lain doakan kami dikurniakan zuriat terutamanya doa dari ibu, bapa dan orang-orang yang baik.

Masa awal perkahwinan dahulu kami agak marah jika ada yang sinis bertanyakan hal zuriat. Memang hati agak pedih apabila kerap ditanyakan hal zuriat, malah ada yang memerli seolah-olah kita tidak mahukan zuriat. Ada yang bergurau kasar mengatakan saya mati pucuk dan mandul. Tak kurang juga ada yang suruh saya kawin lagi. Kuota ada 4 kan? Wau seronoknya. Kikiki..

Tetapi, bersabarlah.. Apabila dah lali dengan sindiran, kami kembali sedar bahawa kami tidak dapat ubah mulut dan sikap orang. Kami ubah cara kami.

Setiap kali kami ditanya tentang zuriat, kami tidak memberi jawapan sarkastik atau sinis. Kami cuma menjawab "Allah belum beri rezeki anak, tolonglah doakan kami diberikan zuriat, manalah tau berkat doa kalian".

Sekali lagi, terima kasih atas doa-doa kalian untuk kami.

2. USAHA.

- Lanjutkan doa anda dengan usaha tanpa lelah. Saya bahagikan kepada 3 kaedah.

A. Tradisional.

- Cari perawat islam, darussyifa dan tukang urut untuk merawat hal-hal seperti pelancaran peredaran darah, membetulkan rahim, kebatinan, gangguan jin dan lain-lain.

- Mungkin di arus kemodenan pada masa kini, anda tidak percaya dengan hal mistik. Namun, anda perlu percaya hal berkaitan syaitan dan jin kerana ianya ada disebut di dalam kitab suci Al-Quran.

- Selain dari rawatan di atas, kaedah tradisional yang lain akan diberi oleh perawat seperti mengambil jamu yang dirumus khas untuk fungsi tertentu. Mengambil herba dan makanan tertentu untuk meningkatkan kesihatan dan kesuburan seperti kurma, kekacang dan lain-lain.

B. Moden / Klinikal.

- Kebanyakan rawatan akan ditumpukan kepada isteri kerana sistem peranakan wanita / sistem reproduktif wanita lebih kompleks, manakala masalah utama lelaki yang perlu disemak cuma kualiti sperma sahaja.

- Fahami dahulu bagaimana proses mengandung berlaku. Saya terangkan berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya. Betulkan jika saya salah.

- Secara ringkasnya untuk membolehkan isteri mengandung, memerlukan sperma (air mani lelaki) bersenyawa dengan ovum (telur wanita).

- Oleh itu sperma perlu sihat dan aktif, ovum pula perlu sihat, besar dan matang. Dua2 dah sihat baru ada chan untuk bersenyawa.

- Ovum atau telur wanita pula hanya ada beberapa tempoh tertentu sahaja dia matang iaitu beberapa hari selepas datang haid. Jika ovum matang tidak bersenyawa, dia akan mati dan keluar sebagai haid.

- Jadi sebaiknya semak tempoh matang ovum isteri dan lakukan hubungan kelamin ketika ovum sedang matang selang 1/2 hari.

- Maaf agak terbuka agar anda dapat memahami prosesnya. RUJUK GAMBARAJAH. Saya besarkan huruf untuk keypoin. SPERMA suami yang dilepaskan ke dalam FARAJ isteri akan berenang melalui UTERUS(RAHIM) dan melalui TIUB FALLOPIAN dan sampai ke OVARI.

- Ovari ni ialah kilang telur wanita. Jadi, jika ada awek yang kata 'pecah ovari' tu, cepat2 la bawa g spital. Kikiki..

- Apabila SPERMA dah sampai di OVARI, sperma tadi akan cari OVUM(TELUR WANITA) yang sihat dan matang. Kemudian bersenyawa.

*** Sekiranya berjaya bersenyawa, haid wanita akan datang lambat.

- Apabila dah berjaya bersenyawa dan sampai tempohnya, ovum tadi (masa ni dipanggil zigot) akan keluar melalui tiub fallopian pergi ke rahim. Dia akan menampal dan melekat di dinding rahim.

*** Sekiranya berjaya melekat di dinding rahim, sepatutnya isteri anda telah mengandung. Tak boleh lasak2 di awal2 melekat kerana ovum tadi masih boleh tercabut dan keluar melalui faraj. Jika tidak tercabut dan membesar dengan baik, tahniah anda bakal dapat zuriat.

- Jika tercabut atau gagal menempel dan keluar, dia akan keluar sebagai ketulan lendir yang mungkin isteri anda pun tak perasan (bergantung kepada saiz/umur sperma+ovum bersenyawa). Tak lama kemudian haid pun akan datang seperti biasa.

OK, DAH FAHAM BAGAIMANA PROSESNYA?

- Jika tak faham, baca semula. Jika dah faham, rawatan klinikal akan bermula dengan perkara asas dahulu iaitu kesihatan SPERMA (lelaki) dan kesihatan OVUM (perempuan).

- SUAMI : Doktor akan melakukan ujian makmal terhadap sperma anda. JANGAN MALU untuk buat ujian ini! ini penentuan kelelakian anda. Doktor akan uji peratus sperma yang sihat dan aktif.

- Sekiranya sperma yang sihat dan aktif mencukupi, maka rawatan akan ditumpukan kepada isteri sahaja. Jika kualiti sperma bermasalah, doktor akan berikan rawatan susulan.

- ISTERI : Doktor akan semak kualiti ovum anda pada hari subur anda. Hari subur ialah beberapa hari selepas anda kering haid. Kiraan hari subur setiap orang tidak sama.

- Kilang telur atau ovari akan di scan menggunakan sejenis alat yang dilalukan di perut anda(antar pusat ke kemaluan). Kedudukan kilang telur ialah di sekitar kiri kanan pinggang anda, bawah sedikit dari pusat. Anda akan dapat melihat berapa banyak telur yang ada dan saiz telur yang ada melalui skrin monitor.

- Sekiranya telur tidak cukup besar pada hari subur, atau telur tidak banyak, doktor akan memberikan suntikan hormon penggalak untuk suburkan telur dan beberapa kaedah lain.

- Sekiranya sperma berkualiti, telur pula berkualiti, tetapi masih gagal mengandung, doktor akan semak pula laluan dari faraj ke kilang telur mungkinkah ada masalah untuk sperma sampai ke kilang telur. Ujian cecair akan dibuat untuk menguji laluan.

- Rawatan susulan bergantung kepada kes anda. Ada yang bermasalah dengan ketumbuhan fibroid, ada cyst, ada gangguan hormon yang merosakkan sperma, ada yang dinding rahim tidak kuat, asal senyawa je, luruh..

- Jika mampu, anda boleh mencuba rawatan IUI. Kaedah rawatan ini ialah ovum akan dirawat sehingga cukup matang. Pada hari ovum matang, sperma suami akan diproses didalam makmal, hanya yang sihat dan aktif sahaja akan diambil.

- Sperma yang telah dipilih tadi akan disuntik menggunakan alat khas ke dalam rahim isteri dan dibiarkan berenang masuk ke ovari bersenyawa secara semulajadi dengan ovum. Jadi, sperma tadi tidak lagi perlu lalu faraj dan serviks(permukaan rahim), doktor bantu shortcut perjalanan sperma, itupun sperma yang sihat sahaja.

- Kos semasa kami buat dahulu di UIA Kuantan kalau tidak salah sekitar RM3,000+ + untuk sekali rawatan termasuk ubat dan hormon. Saya tidak ingat kos sebenar.

-Jika nak murah, dapatkan rawatan IUI di hospital Kerajaan. Namun tidak banyak hospital Kerajaan yang sediakan rawaran IUI. Yang pernah kami buat dahulu cuma di Hospital Putrajaya.

- Rawatan lebih anvance ialah IVF, namun kosnya melebihi RM10,000 sekali rawatan. Kami tidak pernah buat.

- secara ringkasnya IVF ialah ovum(telur wanita) yang terbaik akan dikeluarkan dari ovari isteri dan disenyawakan dengan sperma suami yang terbaik didalam tabung.

- Ni yang orang kata "bayi tabung uji" tu. Tetapi tak ada la sampai jadi bayi didalam tabung tu.

- Apabila sperma dan ovum tadi telah berjaya disenyawa dan berkembang dengan baik, ovum tadi akan dimasukkan kedalam rahim isteri.

- Jika berjaya menampal dan bertahan di dinding rahim, insyaAllah akan mengandung..

C. Gaya hidup dan gaya pemakanan.

- Gaya hidup dan gaya pemakanan perlu diubah kepada lebih sihat.

- Belajar terima hakikat belum ada zuriat. Belajar senyum dengan kata-kata dan sindiran orang. Semunya untuk anda lebih tenang dan redha.

- Apabila anda tenang, tekanan anda akan berkurangan. Stress adalah salah satu lunca produktiviti sperma dan ovum terganggu. Sebab itulah pentingnya anda belajar menjadi tenang.

- Makanan perlu seimbang untuk menghasilkan sperma dan ovum yang berkualiti.

- Buah dan sayur wajib ada dalam diet.

- Saya berikan susu formula kepada isteri. Ada susu khas untuk merancang kehamilan, boleh juga minum susu untuk ibu mengandung dan menyusu. Jika nak lebih ekonomi, beli sahaja susu tepung dutch lady yang untuk family.

- Susu sebagai penambah nutrisi yang mungkin tidak cukup dengan tabiat pemakanan kita seharian.

- Saya juga berikan variasi kekacang sebagai snek sperti badam, gajus, pistascios, walnut. Semua ni tengok duit dalam poket. Jika tengah kering, kacang tanah pon ok sahaja.

- Kurma juga sangat bagus kerana kaya dengan zat besi. Kami amalkan minum susu suam bersama kurma dan kekacang setiap pagi.

- Elakkan atau kurangkan makanan fast food, junk food dan makanan diproses kerana makanan-makanan ini mempunyai pelbagai penambah perisa, aditif, pewarna dan pengawet yang mungkin mengganggu hormon tubub serta mengganggu kesuburan sperma dan ovum.

- Sesekali nak bedal fast food dan junk food apa salahnya. Cheat day la katakan. Kikiki

3. TAWAKKAL.

- Doa dah, usaha pun dah macam-macam buat tanpa jemu. Jiwa anda pun dah tenang, tidak lagi stress dengan mulut orang.

- Ketika ini, tiada lagi daya sebagai manusia biasa. Maka serahkan segala urusan kepada Allah.

- Sekiranya Allah nak beri, dia akan berikan pada waktu yang tepat.

4. BERSABAR DAN REDHA.

- Redha ni lebih kurang pasrah dengan ketentuanNYA. Terima seadanya..

- Setelah macam-macam rawatan yang isteri saya lalui, sampai satu masa saya bawa isteri saya ke tepi pantai dan berborak perihal zuriat.

- Saya kata kepadanya, kita telah berusaha tanpa jemu. Telah makan macam-macam produk, telah lalui macam-macam rawatan. Jadi, kita perlu terima jika tidak dikurniakan zuriat.

- Saya ajak isteri hentikan segala rawatan. Berehat dari segala rawatan selama setahun. Saya nak isteri saya berehat dan nikmati hidup. Cuti niaga setahun!

- Kami enjoy our life. Pergi zoo, pergi makan sana-sini, pergi jalan sana-sini, berkelah hujung minggu.

- Disamping itu kami masih meneruskan rutin pemakanan yang sihat.

- Setelah hampir setahun berehat dari sebarang rawatan, kemudiannya kami cuma sekadar melakukan rawatan tradisional. Itupun sekadar untuk refresh badan seperti mengurut, buat air penawar.

Akhirnya kami dikurniakan anak. Kami pun tidak tahu rawatan yang mana satu memberi kesan. Yang pastinya, terima kasih atas doa anda.

Maaflah artikel ni panjang. Terpaksa tulis panjang agar penyampaian saya dapat difahami terutamanya part rawatan klinikal tu. Bagi saya part tu agak mustahak terutamanya cek kualiti SPERMA dan OVUM untuk anda buat.

Saya doakan kalian dikurniakan zuriat dalam masa terdekat..

    Saya selalu mengajak rakan-rakan yang belum perolehi jodoh dan belum perolhi zuriat agar nikmati kehidupan yang ada pada hari ini. Jika hari ini anda belum punyai jodoh, maka nikmati kehidupan bujang anda sebaiknya. Jika hari ini anda belum punyai zuriat, maka nikmati kehidupan berdua-duaan bersama pasangan anda sebaiknya. Jika hari ini anda telah punyai zuriat, maka nikmati kehidupan dengan pasangan dan zuriat anda sebaiknya.

    Jangan sia-siakan kehidupan anda dengan melayani kekecewaan sepanjang masa disebabkan tidak perolehi zuriat. Kekecewaan tidak akan mengubah apa-apa. Sebaliknya kegembiraan, ketenangan dan usaha anda akan memberikan semangat yang positif kepada diri anda.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.

0
Share
    Hari ini 7 Julai 2021, bermulalah bank-bank dan institusi pemberi pinjaman yang terlibat mula menawarkan moratorium selama 6 bulan selaras dengan pengumuman perdana menteri melalui pakej PEMULIH baru-baru ini.

    Cara paling senang untuk memohon moratorium ialah dengan mengisi borang di website bank anda. Jadi anda tidak perlu hadir ke bank dan telefon ke bank. Saya pasti kebanyakan cawangan bank ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan, manakala talian telefon pasti sesak dan tidak berangkat berikutan ramai yang membuat panggilan.

    Dari tinjauan kami, kebanyakan bank menawarkan moratorium seperti berikut :

    Berdasarkan tinjauan kami lagi, rata-rata bank mengkehendaki pelanggan untuk mebuat pengishtiharan kendiri seperti berikut :

Dengan mengemukakan permohonan ini, 
By submitting this form,
Saya faham bahawa:
I understand that:

    Jadi, anda perlulah meneliti keperluan anda sebelum mengambil keputusan untuk memohon moratorium selama 6 bulan atau kaedah lain yang ditawarkan oleh bank. Berikut adalah pautan terus atau direct link untuk memohon moratorium 6 bulan dibawah pakej PEMULIH. Klik di bank pilhan anda :

Moratorium Pemulih 6 Bulan MAYBANK 

Moratorium Pemulih 6 Bulan CIMB BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan BSN

Moratorium Pemulih 6 Bulan BANK RAKYAT

Moratorium Pemulih 6 Bulan AGROBANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan RHB BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan BANK ISLAM

Moratorium Pemulih 6 Bulan ALIIANCE BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan HONG LEONG BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan AM BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan AFFIN BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan BANK MUAMALAT

Moratorium Pemulih 6 Bulan PUBLIC BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan HSBC BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan CITIBANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan AL RAJHI BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan UOB BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan OCBC BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan SME BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan MBSB BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan STANDART CHARTERED BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan KUWAIT FINANCE HOUSE BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan PTPTN

Moratorium Pemulih 6 Bulan MARA

Moratorium Pemulih 6 Bulan PINJAMAN PELAJARAN JPA
(Baca dahulu Q & A sebelum mohon KLIK DI SINI)


    Untuk makluman, memandangkan hari ini adalah hari pertama permohonan moratorium dibuka, berkemungkinan talian akan menjadi sesak. Mungkin ada link atau pautan yang tidak berfungsi atau error. Harap bersabar dan cuba sehingga berjaya.

    Diharapa artikel ini dapat membantu anda dalam proses memohon moratorium dan dapat meringankan bebanan kewangan anda disamping menyelesaikan beberapa masalah kewangan anda selama enam bulan moratorium.

    Jangan lupa kongsikan artikel ini agar memudahkan lebih ramai orang.
0
Share

    Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan moratorium pinjaman selama 6 bulan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih). Moratorium tersebut ditawarkan kepada semua golongan B40, M40, T20 dan usahawan Mikro.

    Namun begitu timbul keresahan berikutan tular di media sosial dimana ada pakej moratorium yang lalu dikenakan faedah dan dipanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman diantara 12 bulan hingga 24 bulan.

    Jadi, berbaloikah ambil moratorium PEMULIH ini?

Sebelum menjawab persoalan itu, anda perlu jawab dahulu persoalan ini : Bagaimanakah kedudukan kewangan anda hari ini? Adakah anda ada masalah kewangan yang boleh diselesaikan dengan moratorium ini? Mampukah anda bertahan tanpa mengambil moratorium?


    Apa itu moratorium? Moratorium ialah satu bentuk kemudahan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman dalam tempoh tertentu. Namun ianya bukan percuma. Bank merupakan entiti perniagaan yang mencari keuntungan. Oleh itu sebarang pertolongan bank kepada pelanggan pastilah disusuli dengan keuntungan juga kepada bank. Pasti bank tak mahu rugi kan?

    Jadi, apakah berbaloi ambil moratorium? Pada kami, ada 2 jawapan seperti berikut :

TIDAK BERBALOI SEKRIANYA : Anda ada kemampuan untuk membayar pinjaman seperti biasa, tiada masalah kewangan lain untuk diselesaikan ATAU pinjaman anda akan tamat dalam masa kurang 1 tahun sahaja lagi ATAU baki pinjaman anda sangat sedikit yang mampu dibayar penuh oleh anda.

BERBALOI SEKIRANYA DENGAN MORATORIUM ITU :

1. Anda dapat gunakan penjimatan moratorium untuk kelangsungan hidup. Mungkin anda telah kehilangan pendapatan atau pekerjaan. Jadi, wang simpanan anda tidak perlu dihabiskan untuk membayar pinjaman dalam tempoh 6 bulan. Dapat digunakan untuk survival atau kelangsungan hidup pada hari ini.

2. Anda dapat selesaikan masalah kewangan anda pada hari ini. Mungkin anda mempunyai pelbagai tunggakan dan hutang-hutang yang tidak terbayar selama ini yang membelenggu anda selama ini. Tiada jalan lain nak bayar tunggakan dan hutang tadi. Dengan penjimatan moratorium selama 6 bulan ini, anda dapat bayar tunggakan dan hutang-hutang selama 6 bulan. Selepas tamatnya moratorium kelak, anda telah bebas dari tunggakan dan hutang lapuk. Anda dapat memulakan perjalanan kewangan anda dengan lebih baik tanpa dibelenggu tunggakan dan hutang lapuk.

3. Anda dapat mebayar penuh atau full settlement dan menutup salah satu atau beberapa akaun pinjaman yang hampir habis. Kesannya, anda tidak perlu lagi membayar bulanan pinjaman yang telah ditutup tadi secara tak langsung pendapatan boleh guna semakin meningkat setiap bulan sebanyak mana bulanan pinjaman yang ditutup tadi.

4. Anda dapat membuat simpanan untuk diguanakan ketika kecemasan. Mungkin selama ini gaji anda sentiasa habis setiap bulan membyar komitmen dan keperluan hingga tidak dapat membuat simpanan. Inilah masa anda hendak menyimpan dana kecemasan anda.

5. Mungkin ini adalah JALAN TERAKHIR UNTUK SELESAIKAN MASALAH KEWANGAN ANDA PADA HARI INI.

    Jadi bagaimana pula dengan caj faedah dan penambahan tempoh pinjaman hingga 24 bulan?

    Setakat artikel ini ditulis, belum ada lagi bank yang mengemaskini syarat moratorium dibawah pakej PEMULIH. Namun sekiranya ada dikenakan caj faedah dan pelanjutan tempoh berganda sekalipun, pada pandangan saya ianya masih berbaloi untuk mengambil moratorium bagi selesaikan masalah kewangan dikala anda tersepit pada hari ini.

    Saya bukanlah pakar kewangan. Mungkin saya hanya 'punahsihat' kewangan sahaja. Bagi saya, apalah sangat dengan caj faedah dan  pelanjutan tempoh bayaran balik berganda pada masa akan datang BERBANDING dengan kesukaran kewangan anda dan kesukaran kehidupan anda PADA HARI INI.

    Untuk masa akan datang, berdoa dan berusahalah agar diberi kemampuan untuk tampung kembali caj faedah dan pelanjutan tempoh pinjaman. Mungkin pada ketika itu kedudukan kewangan anda telah kembali stabil membolehkan anda membayar pinjaman lebih atau membuat pembayaran penuh. Sudah pasti ada rebat diskaun pembayaran awal.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.

0
Share

 

    Pertama sekali, tahniah jika anada dah pun memiliki Naza Ria. Selepas kunci Naza Ria bertukar tangan dari pemilik lama kepada anda, apa nak kena buat dengan Naza Ria tu selain dari teruja?

    Baiklah. Berdasarkan pengetahuan cetek saya, beberapa perkara berikut saya cadangkan perlu buat dahulu untuk keselamatan Naza Ria anda :

1.    Tukar minyak hitam atau minyak enjin terlebih dahulu bersama dengan penapis minyak atau oil filter. Mungkin pemilik lama telah lama parking atau telah lama tidak menukar minyak hitam.

2.    Jika ada duit lagi, tukar minyak gearbox juga. Minyak gear yang terlalu lama atau kurang akan menyebabkan kerosakan pada gearbox. Naza Ria menggunakan gearbox auto. Oleh itu, penjagaan minyak gear sangat penting bagi gearbox auto.

3.    Ini agak penting jika anda memiliki Naza Ria. Jika ada duit lagi, servis sistem penyejukan iaitu flush radiator, dan segala laluan air bagi memastikan sistem penyejukan tidak tersumbat yang akhirnya overheat. Inilah punca utama Naza Ria selalu kena penyakit overheat. Jika ada hos/paip yang telah keras kematu, berisiko pecah, tukarlah. Servislah sistem penyejukan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.


4.    Baiklah, tiga perkara di atas agak penting untuk dibuat segera. Perkara ke 4 ini saya cadangkan jika ada duit, buatlah segera tukar timing belt sekiranya pemilik pertama telah lama tidak tukar. Timing belt yang terlalu lama berisiko putus dan menyebabkan kerosakan yang menelan belanja yang sangat tinggi.

5.    Servis sistem aircond jika perlu. Jika aircond masih sejuk, anda boleh pakai sahaja dahulu melainkan ada duit lebih untuk servis.

    Setelah selasai perkara 1 hingga 3 (+perkara 4 dan 5 jika ada duit), bagi saya anda sudah boleh menikmati memandu Naza Ria anda. Isi minyak petrol penuh tangki dan bawalah keluarga menikmati Naza Ria. Jika ada kerosakan lain, baiki sedikit-sedikit setelah ada duit.

    Kemudian, boleh la berangan-angan untuk masukkan aksesori tambahan seperti body kit, android player, tinted dan lain-lain lagi. Nah saya belanja Naza Ria yang telah di makeup, saya ciduk dari google. kikikiki







Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

2
Share


    Selepas anda survey-survey dan cari maklumat tentang Naza Ria, anda pun membuat keputusan untuk membeli Naza Ria dan mula mencari penjual. Apabila menjumpai penjual yang menawarkan harga yang berpatutan dan nak pergi tengok kereta atau test drive, apa yang anda perlu cek?

    Berdasarkan pengalaman cetek saya memiliki Naza Ria, ada 2 faktor/kategori untuk semakan iaitu :

1. MEMBELI NAZA RIA UNTUK TERUS DIGUNAKAN DENGAN ENJIN YANG SEDIA ADA.

    Dalam hal ini, anda berhasrat untuk membeli sebuah Naza Ria yang enjinnya masih hidup dan ingin terus digunakan dengan enjin sedia ada pada Naza Ria tak kiralah enjin ori atau enjin yang telah ditukar kepada enjin jenama lain.

2. MEMBELI NAZA RIA UNTUK OVERHAUL ENJIN ATAU UNTUK MASUKKAN ENJIN  LAIN.

    Ada juga yang memilih untuk membeli sebuah Naza Ria yang enjin kong/tersadai kerana kebiasaannya harganya lebih murah. Kemudian overhaul balik enjin atau masukkan enjin lain. Secara tak langsung, tidak lagi menanggung risiko ketidakpastian kerosakan enjin sepertimana membeli Naza Ria yang running condition.

Secara amnya, perkara berikut perlu disemak ketika membuat pemeriksaan kepada kereta yang hendak dibeli :

1.    Periksa dahulu keadaan badan kereta. Ada karat teruk? Cek juga bahagian bawah kereta. Pusing keliling. Berpuas hati dengan cat? Ada kesan kemalangan yang teruk? Antara tips untuk semak kesan kemalangan yang teruk ialah lihat pada tulang di enjin bay, kesan kemek di mount absober, kesan kemik di boot bonet belakang. Calar, kemek sikit-sikit tu biasa la.. Kereta lama. Cek juga kesan potong body. Jika tak pandai cek kesan potong body, biarkan puspakom yang cek nanti.

Antara point untuk cek kemalangan di bahagian hadapan. Ada kesan kemik/kesan ketuk/kesan simen? Poin paling penting ialan point no 1 (kiri dan kanan) kerana jika kemalangan teruk yang menjejaskan point tersebut, susah nak buat alignment tayar.

2.    Periksa pintu dan bonet. Mudah tak untuk buka dan tutup. Terutamanya pintu slide atau pintu penumpang belakang kerana pintu slide sering mengalami kerosakan atau susah ditutup sekiranya pemilik lama mempunyai keluarga yang lasak atau kenderaan tersebut digunakan untuk bawa penumpang perlancongan/teksi/kereta sewa.

3.    Jika kereta masih running condition, buka aircond ke tahap paling perlahan. Aircond sejuk ke tak? Kemudian naikkan tahap aircond paling tinggi, sejuk ke tak?

4.    Jika kereta masih running condition, test drive kereta tersebut. Bawa jauh sikit. Tutup radio dan tutup tingkap, dengar bunyi-bunyi sistem suspensi. Ada bunyi tikus/kluk-kluk yang melampau? Bunyi sikit-sikit tak apa lagi jika harganya berpatutuan. Masa ni, perhatikan juga suhu/meter temptrature. Enjin pickup tak? semput tak?

5.    Semasa proses test drive tadi, test juga gear R, gear D, kemudian P... Masuk D, pickup tak? Tumpukan perhatian ketika penukaran gear semasa memandu. Boleh perasan, mudah atau susah penukaran gear dari 1 ke 2 ke 3 ke 4? Ada tak dia menung di mana-mana gear walaupun meter RPM dah tinggi? Lancar tak gear? Saya dapati, sangat jarang pengguna adu masalah kerosakan gear Naza Ria. Jika ada pun, cuma perlu ganti part kecil sahaja. Tak perlu turun gearbox atau tukar gearbox.

6.    Selesai test drive, parking tepi dan matikan enjin untuk periksa tahap kelancaran untuk menghidupkan enjin. Matikan enjin sebentar, borak-borak dan semak dahulu bahagian lain sekali lagi. Masa ni boleh la ejas-ejas harga dengan owner jika dah puas hati dengan perkara 1-5 tadi. Selepas itu hidupkan dan matikan enjin  beberapa kali. Sekiranya enjin mudah dihidupkan dengan sekali/dua kali 'start', boleh ke step seterusnya.

1. Teh tarik kurang manis.
2. Teh tarik kaw.


7.    Jika anda memilih yang running condition, matikan enjin kereta dan buka penutup minyak hitam. Ada kesan teh tarik? iaitu minyak hitam bercampur air, berbuih berwarna seperti teh pada penutup minyak hitam. Tarik tolok penyukat minyak, tengok minyak warna hitam atau warna teh? Cek sekeliling enjin dan bawah enjin ada kesan leaking atau minyak menitis?

1. Teh tarik kurang manis.

2. Teh tarik kaw. Rupa minyak hitam yang bercampur air ketika dikeluarkan melalui saluran drain.

8.    Jika dah puas hati dengan semua tadi, last sekali cek la semua lampu-lampu berfungsi atau tidak. Minyak brake, minyak power stering, minyak gearbox, tayar dan lain-lain lagi.

BAGAIMANA JIKA ANDA BERHASRAT NAK BELI DAN NAK OVERHAUL ENJIN/TUKAR ENJIN LAIN?

Saya memilih untuk masukkan enjin Toyota 2MZ kerana saya yakin dengan kelasakan enjin Toyota

    Ini seperti apa yang saya buat. Disebabkan berhasrat ingin memakai Naza Ria dalam tempoh yang lama, saya memilih untuk membeli sebuah Naza Ria yang keluaran lebih baru (keluaran paling baru Naza Ria ialah pada tahun 2009 kalau tak salah). Saya mencari yang enjin kong kerana membeli Naza Ria yang enjin kong harganya lebih murah. Jika anda nak buat seperi saya, apa yang anda perlu cek? Saya cadangkan :

1.    Cek dahulu body, kesan kemalangan, cat, karat.. Saya sangat syorkan cari Naza Ria yang tahunnya lebih terkini seperti keluaran tahun 2007-2009 supaya kita tidak lagi perlu keluarkan kos yang tinggi untuk cantikkan body dan sistem suspensi. Kita cuma keluarkan kos untuk baiki enjin sahaja. Cek juga kesan potong body. Jika tak pandai cek kesan potong body, biarkan puspakom yang cek nanti.

2.    Kemudian periksa pula pintu dan bonet. Pilih yang mudah dibuka dan mudah ditutup terutamanya pintu slide.

3.    Memandangkan kereta enjin kong/tersadai, tak dapatlah nak cek aircond dan suspensi ada bunyi pelik atau tidak. Jadi, pastikan enjin yang nombor enjinnya sama seperti nombor enjin dalam geran berada di enjin bay.

4.    Jika enjin dah barai, pasang semula enjin asal di enjin bay, menampakkan rupa enjin dan ada nombor enjin. Bawa dengan towing ke puspakom untuk melakukan pemeriksaan tukar milik/B5. Selepas lulus B5, jika nak masukkan enjin lain, enjin asal sudah boleh dikeluarkan. Segerakan proses tukar milik di JPJ.

Nah saya belanja gambar AG keasayangan saya :

Naza Ria RS tahun 2009

Tiada sunroof, tiada ABS, tiada SRS airback, tiada power seat, tiada seat kulit, tak mengapalah asalkan body masih cantik.

Anak memang suka, sekejap ke hadapan, sekejap je belakang.

JADI, SAYA LEBIH PREFER YANG MACAM MANA?

    Terpulang kepada bajet yang anda ada. Sekiranya anda ada bajet sekitar RM15,000.00, saya sangat syorkan cara yang ke 2 iaitu :

- Cari Naza Ria yang tahunnya lebih baru (2007-2009).

- Pastikan body dan cat masih cantik dan terjaga, tiada karat, dalaman bersih.

- Pastikan pintu-pintu dan bonet mudah dibuka-mudah ditutup.

- Pastikan tiada kesan kemalangan yang teruk, yang melibatkan casis.

- Hal kecil-kecil tak apa seperti calar kecil, lampu pecah, damper bonet kong kerana boleh dibaiki dengan kos yang tidak tinggi.

- Masukkan enjin yang anda suka atau overhaul enjin ori. Pastikan hantar ke bengkel yang pakar

PASTIKAN JOIN GRUP NAZA RIA SEPERTI : FB CLUB NAZA RIA 1 MALAYSIA

Bagi memudahkan sebarang pertanyaan mahupun menimba pengalaman dari perkongsian dari pemilik yang lain.

Baiklah, setakat ini dahulu perkongsian saya kali ini. Semoga peminat Naza Ria terus kuatkan semangat untuk menggunakan Naza Ria. Sebuah MPV mewah dengan harga Perodua Viva

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN. Terima kasih.

0
Share
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

CARIAN DI SUNAN

PENAFIAN : Sebarang risiko akibat penggunaan dan pengikutan artikel atau lawatan di blog ini hendaklah ditanggung oleh pengunjung. Penulis hanya menulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang cetek.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ▼  2025 (16)
    • ▼  Dis (2)
      • HARI KELEPASAN AM / CUTI AM MALAYSIA 2026 (PERSEKU...
      • TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN / GAJI PENJAWAT AWAM TA...
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (4)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jul (6)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2024 (4)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (3)
  • ►  2023 (3)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2022 (3)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Jan (2)
  • ►  2021 (30)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Nov (11)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jul (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (3)
    • ►  Apr (1)
  • ►  2020 (17)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2019 (5)
    • ►  Apr (3)
    • ►  Feb (2)
  • ►  2018 (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mac (1)
  • ►  2017 (18)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Mei (2)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2016 (5)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2015 (13)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Feb (6)
  • ►  2013 (3)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mac (2)
  • ►  2012 (7)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Jul (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Feb (1)
  • ►  2011 (15)
    • ►  Dis (6)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Jan (4)
  • ►  2010 (5)
    • ►  Dis (4)
    • ►  Jan (1)

TOP 5!!

  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 1
    Fius berhampiran bateri Selepas beberapa hari aku memeiliki FZ , aku masuk group facebook Persatuan Pemilik Yamaha FZ150i untuk mencar...
  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 2
    Baiklah, bersambung lagi. Antara  simptom-simptom fius ni dah tak mampu untuk alirkan kuasa secukupnya ialah :
  • Tangga Gaji/Sifir Gaji/Jadual dan cara pengiraan Gaji SBPA 2012 (PT-PO N-17)
    Aku nak tunjuk tangga gaji / sifir gaji / jadual gaji dan cara pengiraan bagi SBPA pada tahun 2012 untuk Pembantu Tadbir (P/O) N17. Kenapa a...
  • TENTANG NAZA RIA : KELEBIHAN, KEKURANGAN, KEBAIKAN, KEBURUKAN
      Naza Ria atau biasa disebut sebagai 'ANAK GAJAH; / 'AG' oleh pemiliknya merupakan sebuah MPV bersaiz penuh, adik kepada model ...
  • Gio Mall Kuantan, Pusat Beli Belah Pakaian Muslimah Moden di Kuantan
    Pinjam gambar jap ye. Sape punya gambar tah la Gio Mall, gedung beli belah pakaian muslimah berkonsepkan moden yang pada aku terbesar...

Label

baby sunan (16) bantuan (9) bisnes (1) blog (28) cbr250r (8) fz150i (8) handfon (5) info (12) jalan-jalan (12) kereta (24) motorsikal (19) naza ria (18) novel (1) pengalaman (7) pengumuman (7) penjawat awam (10) penternakan (2) perfume (5) permainan (2) rompin (2) VF3i (5)

Facebook Page

SUNAN.my

FOLLOW SUNAN

HUBUNGI SUNAN

Nama

E-mel *

Mesej *

Since ; 2010 SUNAN.my

Template By ThemeXpose