MYVI FACELIFT D15A BARU 2021! TEMPAHAN TELAH DIBUKA.


Myvi baharu 2021 didatangkan dengan DRL di bumper menggantikan fog lamp

    Ya tuan-tuan. Ini dia Myvi baharu, king yang dinanti-nantikan oleh peminatnya. Menjadi rumors sejak tahun 2020 dan hangat pada awal tahun 2021 mengatakan new Myvi akan dilancarkan. Kami sendiri pun tidak sabar menantikan kemunculan Myvi baharu ini berikutan kami sedang merancang untuk trade-in Perodua Axia kami dan naiktaraf kepada Perodua Myvi 1.5.

    Namun, ini bukan model facelift seperti yang dirumorskan. Saya sengaja letak tajuk seperti di atas supaya memudahkan pembaca membuat carian. Tidak banyak maklumat yang diperolehi dari laman web Perodua. Kami kongsikan sedikit maklumat yang kami baca dari blog MEKANIKA. Minta izin yang tuan director, abang Japar dan abang Beras yang dua-dua kacak. Kikiki.

Poster dari web Perodua

Myvi baharu ini terdiri daripada 5 varian iaitu :

- 1.5 cc AV (Advance),
- 1.5 cc H,
- 1.5 cc X, dan
- 2 varian 1.3 cc G.

    Semua varian didatangkan dalam transmisi automatik sahaja kerana Perodua telah menghentikan transmisi manual daripada barisannya. Jika dilihat pada slogan "The Next Standart", maknanya selepas ini mungkin tiada lagi Myvi versi manual. Bagaimana nak jadi king jika tiada versi manual? Tapi, king tetap king. Hahaha. Psstt.. Dengar cerita Myvi baharu ini didatangkan dengan kotak gear CVT? Kita tunggu maklumat penuh dari Perodua nanti.

    Untuk ciri keselamatan, varian AV, H dan X serta salah satu varian G akan mempunyai sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA) terkini yang direka untuk keselamatan pemandu dan pejalan kaki.

Perodua Myvi generasi ketiga yang telah menerima penambahbaikan akan didatangkan dengan teknologi terbaik, ciri keselamatan pintar, lebih jimat bahan api, sporty serta warna baharu.

“Penambahbaikan ini membuktikan usaha kami untuk memenuhi jangkaan para pelanggan yang semakin meningkat. Pada masa sama menawarkan nilai yang lebih hebat dengan memperkenalkan Standard Terbaharu untuk model paling diterima di Malaysia, Perodua Myvi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.


    Jika dilihat pada poster yang ditampilkan, s
epertinya banyak perubahan yang dibawa oleh Myvi baharu ini. Mungkinkan ada sistem kawalan kereta melalui telefon pintar, sistem keselamatan yang lebih baik dengan teknologi yang lebih baik? Sama-sama kita nantikan brosur penuh untuk model ini.

    Pembaharuan yang paling pasti ialah dipasangkan dengan DRL (Day Running Light). Ini berdasarkan poster yang ditampilkan di atas sekali. Namun, tidak pasti adakah varian 1.3 juga menerima DRL juga atau tidak.

Kredit gambar : FB The Ajerul

    Kami sebenarnya amat menanti-nantikan Perodua meletakkan DRL pada model kereta keluarannya sekurang-kurangnya pada model AV. Harga mahal sedikit pun tidak mengapalah kerana pembeli masih ada pilihan model yang harga lebih murah. Terima kasih Perodua kerana akhirnya kereta keluaran Perodua telah mula mempunyai DRL. Tidak perlu beli kereta jenama luar lagi untuk sebuah kereta yang mempunyai DRL.

    Namun DRL ini agak kurang memuaskan hati kami kerana ianya terletak di bumper. Bagi kami, DRL lebih cantik jika diletakkan integrated di lampu hadapan. Kami juga tidak pasti DRL pada Myvi ini adakah berfungi dengan cara sentiasa hidup tanpa perlu membuka suis lampu atau perlu buka suis lampu kabus dahulu barulah DRL hidup seperti pada Perodua Aruz.

Perodua Aruz

    Jika dilihat dilihat pada model Perodua Aruz dahulu, kami sangka ianya DRL. Sudah cantik ianya integrated dengan lampu hadapan. Namun sayang sekali ia tidak menjadi DRL yang sentiasa hidup tanpa perlu hidupkan butang lampu.

DRL Toyota Yaris/Vios 2021

    Kami sangat meminati DRL pada Toyota Yaris/Vios 2021. Seperti kata kami tadi, tidak mengapa harga mahal sedikit untuk model AV. Jika mahu murah, masih ada model X dan model H. Kami tidaklah mahu membeli Toyota Yaris semata-mata mahukan DRL kerana Perodua lebih menjadi pilihan kami.

    Namun, tidak mengapalah. Nampaknya Perodua telah mula meletakkan DRL pada model keluarannya. Mungkin dimasa akan datang, DRL ini akan direka dengan lebih cantik. Mungkin juga mereka menyimpan rekaan DRL integrated ini untuk model facelift akan datang. Rekaan terkini tidak kurang juga cantiknya bagi kami.

6 Pilihan warna

    Berdasarkan poster yang diberi, Myvi baharu diberi pilihan warna baharu iaitu Cranberry Red, hanya untuk varian AV. Warna lain termasuklah putih, perak, merah Lava Red (tiada untuk AV), kelabu (tiada untuk G) dan biru. Kalau tidak salah kami, Cranberry Red ini warnanya seperti maroon sedikit. Atau boleh lihat Toyota Yaris untuk rujukan warna. Mungkin sama.

“Kami juga telah meningkatkan kecekapan bahan api Myvi baharu kepada 22.2km/ liter (diuji pada varian 1.3L) berbanding 21.1km/liter sebelum ini,” kata Zainal.

    Dari segi penggunaan minyak pula, nampaknya Myvi baharu ini telah ditala untuk lebih penjimatan berbanding keluaran sebelum ini. Biasanya sekiranya ditala untuk penjimatan, prestasi akan sedikit menurun. Namun, kami tidak pasti sejauh mana kuasa Myvi baharu ini kerana belum menerima brosur. Jadi, kami tiada maklumat lengkap.

    Menurut blog Mekanika, harga Myvi baharu ini ialah bermula RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans). Sekiranya anda berhasrat untuk memiliki Myvi 1.5 AV, kami pasti harganya ialah RM58,800.00 tanpa insurans dan cukai jalan.

    Nak tunggu lihat rupa sebenar entah bila boleh dilihat. Kami bawakan lakaran gambar. Kredit kepada pemilik gambar. Kami tidak jumpa pemilik asal gambar ini.

Ni pula sedikit rupa dalaman yang kami dapat dari page Perodua :



Baik, ini gambar-gambar yang kami kutip dari pelbagai sumber terutamanya grup fb pemilik Myvi G3.


Kredit : FB Grup Myvi G3


Kredit gambar : Funtasticko.net

Kredit : FB Grup Myvi G3

Kredit : FB Grup Myvi G3

Kredit : FB Grup Myvi G3

Kredit : FB Grup Myvi G3

Kredit : FB Grup Myvi G3





Tempahan boleh dibuat melalui laman web PERODUA atau melaui wakil jualan yang sah.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.


www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

Instagram