MPV, KEPERLUAN ATAU KEMEWAHAN?

Ruang dalaman sebuah MPV yang luas

    Apa matlamat anda mahu memiliki sebuah MPV? MPV dicipta untuk membawa penumpang yang ramai dengan selesa. Namun, ada MPV yang mewah dan digunakan untuk bergaya di negara kita. Bagaimana pula anda? Adakah mahu mencari sebuah MPV dengan matlamat utama untuk membawa keluarga dengan selesa? Atau untuk bergaya? Atau untuk membawa keluarga dan dalam masa yang sama mahu bergaya juga?

    Saya selalu nasihatkan orang muda yang baru nak bina hidup supaya jika nak beli kereta, jangan kejar nak beli kereta "sedap". Gaya, mewah, besar, baru, berkilat tidak penting lagi. Jangan layan apa orang nak kata dan apa orang nak fikir pasal kita.

Memandu kereta lebih selamat berbanding menuggang motorsikal terutamanya dalam keadaan hujan

    Matlamat utamanya ialah nak ada sebuah kereta terlebih dahulu tidak kira kereta apa. Pentingnya utamakan nak ada sebuah kereta yang boleh dibawa dan boleh membawa keluarga ketika sakit demam didalam hujan atau panas.
Perodua Kancil ialah sebuah kereta yang sangat berbaloi untuk dimiliki.
 
   Jadi, kumpul duit dan beli kereta secara tunai ikut kemampuan. Tak mengapa saga lama ke, wira ke, kancil ke, viva 660 ke. Rupa tidak penting asalkan enjinnya sihat. Selepas itu, baiki dan soleklah sedikit-sedikit. Dah ata kereta untuk penuhi keperluan, barulah rancang kereta ikut kehendak dan selera hati. Usahalah pula untuk dapatkan yang lebih "sedap" mengikut jenama yang diidamkan.

    Begitu juga jika hendak membeli MPV. Tidak perlu cari yang mewah lagi. Tujuan utamanya ialah sebuah MPV yang boleh membawa keluarga yang ramai dan selesa dinaiki 7 orang.
Pasti MPV mewah ini menjadi idaman rata-rata pemandu.

    Jadi, simpan dulu angan-angan untuk memiliki alphard atau vellfire. Jenama, rupa tidak penting lagi. Yang penting selesa untuk 7 orang, enjinnya sihat. Dah ada MPV yang memenuhi keperluan nanti, barulah usahakan MPV yang memenuhi cita rasa atau mewah pula.
Ruang dalam Naza Ria juga setanding dengan MPV mewah

    Banyak MPV terpakai yang boleh didapati dengan harga murah. Namun, tidak semua MPV yang ada di pasaran bersaiz penuh. Naza Ria merupakan sebuah MPV bersaiz penuh dengan harga terpakai yang sangat murah.


    Dengan harga yang serendah RM5,000.00, anda dapat memiliki dan memandu sebuah MPV yang luas dan selesa untuk 7 orang dewasa. Kerusi di barisan ketiga juga masih selesa untuk penumpang dewasa. Ruang lutut masih luas tidak seperti kebanyakan MPV di pasaran dimana ruang lutut di kerusi barisan ketiga agak sempit dan hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja.

    Namun perlu diingatkan, enjin MPV ini perlulah diselenggara dengan baik. Sistem penyejukannya perlulah diselenggara dengan kerap agar laluan air untuk penyejukan enjin sentiasa dalam keadaan baik, tiada karat dan tidak tersumbat agar mengelakkan berlaku kejadian enjin overheat.

    Apabila sudah ada kereta atau MPV yang memenuhi keperluan, teruskan impian untuk MPV yang mewah. Usahakan sebaik mungkin untuk memenuhi impian. Jika tidak dapat sekurang-kurangnya kita telah ada kenderaan yang dapat memenuhi keperluan.

Terima kasih kepada anda kerana membaca.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN( https://www.youtube.com/c/SUNANmy ) . Terima kasih.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.