ISI MINYAK TERLALU PENUH MEROSAKKAN FUEL PUMP. BETUL KE?


    Baru-baru ini tular di media sosial menyatakan bahawa isi minyak terlalu penuh boleh merosakkan fuel pump dan perlu sediakan ruang kosong sebanyak 2% didalam tangki minyak. Minyak pula boleh melimpah keatas jalan sekiranya diisi terlalu penuh didalam tangki.

    Persoalannya, benarkah seperti yang didakwa? Kami bawakan pula perkongsian daripada Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal dari page beliau, Dr Aid Fawzal melalui artikel yang dikongsi oleh beliau.

Siapakah Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal?

    Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal (Aid Fawzal) mula melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan dan Penyelenggaraan Bangunan (MBMT) di UniKL MFI pada 2005 – 2008 sebelum menerima tawaran dari MARA untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal di University of Derby, United Kingdom.

    Seterusnya, dengan pembiayaan sendiri dan tajaan tambahan dari UKAEAA (UK’s Atomic Authority), beliau meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di Cranfield University dan akhirnya ke peringkat PhD yang ditaja oleh YASA Ltd, Oxford, UK di Coventry University.

INI JAWAPAN BELIAU (Kami olah sedikit supaya sedap dibaca) :

Jawapan pendek:

    TIDAK! Mengisi minyak terlalu penuh TIDAK akan rosakkan fuel pump sebaliknya akan merosakkan 'vapour/charcoal canister'. Kenyataan dalam tulisan viral tersebut tidak benar dan banyak hanya andaian semata². Jom kita bongkarkan.

    Pertama sekali, mesej yang penulis tulisan viral tu nak sampaikan adalah baik. Ceritanya beliau akan isi minyak penuh hanya sehingga kepala nozzle pengisi menendang dan tak perlu teruskan isian penuh. Ini saya setuju dan ia adalah satu amalan yang baik. Teruskan membaca, insyaallah nanti anda akan faham kenapa.

Akan tetapi alasan² yang penulis nyatakan adalah tidak benar. Beliau sebut berkenaan:

• 2% ruang pengembangan = tak benar!
• Minyak kembang bila panas = berapa kembang?!
• Isi lebih² nanti melimpah atas jalan = separa benar.
 
Izinkan saya jelaskan dalam bentuk soal jawab.

1) Apa yang terjadi bila isi minyak penuh?
lakaran vapour return hose

    Apabila kita nak isi minyak, kita akan masukkan nozzle pengisi ke dalam lubang isian (fuel filler neck) dan tarik picu (trigger) lalu minyak mengalir masuk ke dalam tangki. Kemudian bila minyak mula penuh, ia akan melalui vapour return hose seperti lakaran di atas dan datang kembali berdekatan dengan lubang isian.

    Siapa yang suka memerhati pasti pernah nampak minyak keluar daripada paip/lubang kecil dalam lubang isian tu. Haa.. minyak yg keluar ni tadi, bila dia menutup muncung depan nozzle pengisi tu yang akan buat nozzle tendang 'ktak'.
Lakaran gambar kepala nozzle

    Lihat gambar lakaran di atas untuk salah satu jenis kepala nozzle pengisi. Ada macam² jenis, ada yang lubang dibawah nozzle, ada yang dalam nozzle, tapi prinsipnya sama. Ia gunakan konsep 'venturi effect'.

    Apabila lubang ini tertutup oleh minyak daripada tangki, ia akan tingkatkan tekanan & sekat aliran yang keluar daripada muncung. Terus berhenti pump.

 
2) Adakah benar tangki kenderaan perlukan 2% ruang pengembangan seperti yang dinyatakan?

Penutup lubang tangki minyak yang direka khas

    Ini tidak benar kerana tangki minyak kenderaan ada aliran angin masuk-keluar padanya. Angin akan masuk ke dalam tangki melalui lubang isian tu. Sebab tu penutup lubang isiaan 'special'. Pusing2 tak ketat pon tapi dh bunyi kraaakkk!! Ia menutup laluan cecair, tapi benarkan angin utk masuk.

Lakaran Evaporative Emission Control System

    Kedua, tangki kenderaan juga mempunyai Evaporative Emission Control System (biasa dipanggil pendek sebagai “EVAP” system). Sistem ini gunanya untuk bantu apabila minyak tadi berubah menjadi wap. Lihat gambar lakaran di atas.

    Sistem ini gunanya untuk tapis wap minyak anda dan gunakan semula ke dalam enjin. Jika anda selalu isi minyak penuh², ada kemungkinan yang tinggi, minyak akan masuk ke dalam sistem ini dan mengisi vapour/charcoal canister. Jika ini berlaku, lampu amaran (check engine) akan bernyala. Kene tukar canister boh!!!

3) Bagaimana pula jika minyak mengembang apabila cuaca panas?

    Nilai pengembangan haba bagi petrol dan diesel adalah 0.00095 per degC dan 0.00083 per degC. Nilai ini sangat rendah jika diletakkan pada perubahan suhu di Malaysia.

    Utk permudahkan permahaman kita, katakan lah Ahmad isi minyak keretanya 10 liter waktu malam dengan suhu 24degC dengan harga RM20.50.

    Pada waktu siang yang panasnya, suhu tangki naik ke 40degC. Kini minyak 10 liter yang Ahmad isi malam tadi menjadi 10.02 liter = RM20.53.

    Tak banyak pon kembangnya. Begitu juga dengan teori isi minyak kat Genting Sempah tu, pon boleh kita sangkal. Perbezaan suhu sejuk kat Genting Sempah dengan kawasan² lain tak signifikan. Jadi tak beza banyak pon minyaknya dari segi nilai isipadu.

4) Bolehkah minyak melimpah atas jalan raya melalui 'overflow port'?

    Tak boleh. Minyak hanya boleh overflow atau melimpah melalui lubang isian (fuel filler neck). Atau, Sesetengah motorsikal & kenderaan lama mempunyai breather hose. Ini adalah laluan pernafasan tangki. Isian penuh juga boleh melimpah melalui ini terutama bila ambil selekoh/koner.

Ini hal safety! Mana boleh pengeluar kereta buat buang limpahan atas jalan, kan??!?

5) Adakah isi penuh boleh rosakkan fuel pump?
Fuel pump


    Tak boleh. Sebaliknya, yang akan rosakkan fuel pump apabila selalu pandu kereta dalam keadaan minyak 'reserved' atau bawah paras E (pada meter minyak). Ini kerana fuel pump tu gunakan minyak sebagai bahan penyejukan & pelincir juga.

    Fuel pump yang berjalan tanpa adanya aliran minyak akan buatkan ia panas dan komponen dalamnya haus. Selain tu, memandu dalam keadaan minyak 'reserved' juga boleh rosakkan fuel pump disebabkan kotoran/enapan disedut ke dalam enjin. Ini juga boleh menyebabkan fuel filter dan injector tersumbat.

 
Kepada Tuan penulis, kami hargai niat baik anda. Tapi semak² lah info dulu sebelum berkongsi. Jangan guna andaian sahaja. Saya nak tulis ni pon saya bertukar pendapat & mintak sahabat2 saya semak pengetahuan saya. Mereka adalah:

• Jamadin, BMW specialist, Ztechnica Automobile.
• Seorang pomen rally,
• Pizan, JDM specialist, Olskoolgarage

Rajin² lah semak ilmu yang kita terima,

Dr Aid Fawzal
Middlesbrough UK

*Terima kasih kepada Faizal Ag & D Alexander kerana kongsikan tulisan viral tu.

**Tambahan: lupa pula saya nak cerita, kereta berenjin petrol, bila habis minyak, boleh isi & jalan terus. Tapi jangan buat perangai dengan enjin diesel. Kalau putus minyak, akan berlaku air lock & mekanik perlu sedut diesel utk penuhi fuel system sebelum boleh berjalan kembali. Berhati² ya.

Kredit link ke artiel asal : Dr Aid Fawzal


Kebenaran siaran artikel

Terima kasih atas perkongsian Dr dan kebenaran menyiarkan artikel dari perkongsian Dr di blog kami.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.