MORATORIUM PEMULIH, BERBALOIKAH?

    Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan moratorium pinjaman selama 6 bulan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih). Moratorium tersebut ditawarkan kepada semua golongan B40, M40, T20 dan usahawan Mikro.

    Namun begitu timbul keresahan berikutan tular di media sosial dimana ada pakej moratorium yang lalu dikenakan faedah dan dipanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman diantara 12 bulan hingga 24 bulan.

    Jadi, berbaloikah ambil moratorium PEMULIH ini?

Sebelum menjawab persoalan itu, anda perlu jawab dahulu persoalan ini : Bagaimanakah kedudukan kewangan anda hari ini? Adakah anda ada masalah kewangan yang boleh diselesaikan dengan moratorium ini? Mampukah anda bertahan tanpa mengambil moratorium?


    Apa itu moratorium? Moratorium ialah satu bentuk kemudahan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman dalam tempoh tertentu. Namun ianya bukan percuma. Bank merupakan entiti perniagaan yang mencari keuntungan. Oleh itu sebarang pertolongan bank kepada pelanggan pastilah disusuli dengan keuntungan juga kepada bank. Pasti bank tak mahu rugi kan?

    Jadi, apakah berbaloi ambil moratorium? Pada kami, ada 2 jawapan seperti berikut :

TIDAK BERBALOI SEKRIANYA : Anda ada kemampuan untuk membayar pinjaman seperti biasa, tiada masalah kewangan lain untuk diselesaikan ATAU pinjaman anda akan tamat dalam masa kurang 1 tahun sahaja lagi ATAU baki pinjaman anda sangat sedikit yang mampu dibayar penuh oleh anda.

BERBALOI SEKIRANYA DENGAN MORATORIUM ITU :

1. Anda dapat gunakan penjimatan moratorium untuk kelangsungan hidup. Mungkin anda telah kehilangan pendapatan atau pekerjaan. Jadi, wang simpanan anda tidak perlu dihabiskan untuk membayar pinjaman dalam tempoh 6 bulan. Dapat digunakan untuk survival atau kelangsungan hidup pada hari ini.

2. Anda dapat selesaikan masalah kewangan anda pada hari ini. Mungkin anda mempunyai pelbagai tunggakan dan hutang-hutang yang tidak terbayar selama ini yang membelenggu anda selama ini. Tiada jalan lain nak bayar tunggakan dan hutang tadi. Dengan penjimatan moratorium selama 6 bulan ini, anda dapat bayar tunggakan dan hutang-hutang selama 6 bulan. Selepas tamatnya moratorium kelak, anda telah bebas dari tunggakan dan hutang lapuk. Anda dapat memulakan perjalanan kewangan anda dengan lebih baik tanpa dibelenggu tunggakan dan hutang lapuk.

3. Anda dapat mebayar penuh atau full settlement dan menutup salah satu atau beberapa akaun pinjaman yang hampir habis. Kesannya, anda tidak perlu lagi membayar bulanan pinjaman yang telah ditutup tadi secara tak langsung pendapatan boleh guna semakin meningkat setiap bulan sebanyak mana bulanan pinjaman yang ditutup tadi.

4. Anda dapat membuat simpanan untuk diguanakan ketika kecemasan. Mungkin selama ini gaji anda sentiasa habis setiap bulan membyar komitmen dan keperluan hingga tidak dapat membuat simpanan. Inilah masa anda hendak menyimpan dana kecemasan anda.

5. Mungkin ini adalah JALAN TERAKHIR UNTUK SELESAIKAN MASALAH KEWANGAN ANDA PADA HARI INI.

    Jadi bagaimana pula dengan caj faedah dan penambahan tempoh pinjaman hingga 24 bulan?

    Setakat artikel ini ditulis, belum ada lagi bank yang mengemaskini syarat moratorium dibawah pakej PEMULIH. Namun sekiranya ada dikenakan caj faedah dan pelanjutan tempoh berganda sekalipun, pada pandangan saya ianya masih berbaloi untuk mengambil moratorium bagi selesaikan masalah kewangan dikala anda tersepit pada hari ini.

    Saya bukanlah pakar kewangan. Mungkin saya hanya 'punahsihat' kewangan sahaja. Bagi saya, apalah sangat dengan caj faedah dan  pelanjutan tempoh bayaran balik berganda pada masa akan datang BERBANDING dengan kesukaran kewangan anda dan kesukaran kehidupan anda PADA HARI INI.

    Untuk masa akan datang, berdoa dan berusahalah agar diberi kemampuan untuk tampung kembali caj faedah dan pelanjutan tempoh pinjaman. Mungkin pada ketika itu kedudukan kewangan anda telah kembali stabil membolehkan anda membayar pinjaman lebih atau membuat pembayaran penuh. Sudah pasti ada rebat diskaun pembayaran awal.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.

Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI