Masalah bateri Yamaha Fz 150i

Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, walaupun belum siap sepenuhnya menyelenggara blog, saya buatkan juga posting ni. Ada pembaca tanya :

"tuan, ada pertanyaan ni. apa mslh bila full throttle meter rpm berjoget2 kadang tu rapat smpai 12. mslh apa ye?"

Jawapannya : Saya bukan pakar motorsikal. Tetapi berdasarkan apa yang pernah terjadi kepada saya, kemungkinan kabel RPM dibawah meter longgar atau gigi nak habis. Atau kalau yang jenis guna sensor, cuba cek sensor dan bateri. Selebihnya saya tak tahu. hehehe....

Lagi soalan yang diajukan oleh bro Lokman :

"Salam bro,terima kasih.. info terbaek ni..nk tanya sket, lepas tukar fius tu ok da ke sampai sekarang?? Sbb motor sy baru je jadi ni..sama mcm cerita bro.."

Jawapannya :

Terima kasih bro Lokman dan juga pembaca lain kerana menjengah blog saya. Ok, nak diceritakan, lepas tukar fius tu Alhamdulillah bertahan dan ok. tapi tak lama, dalam sebulan dua jadi lagi, tukar lagi fius. Pernah bawa motor dari Kuantan pergi KL sekali tu x de apa2 masalah. Jalan2 p KLCC, terus motor mati.

Tukar fius dan bawa sampai balik hotel, besoknya balik semula ke Kuantan tanpa sebarang masalah.

Tapi...

Pengakhirannya saya nak jual motor tu sebab nak upgrade. Jadi, tak nak owner baru kena masalah tu, saya bawa ke bengkel. Hasil pemerikasaan, pomen kata kemungkinan coil dah tak kuat..

Jadi, tukar la coil dan bateri baru. kos dalam RM350 kalau tak salah termasuk bateri. Tah le mahal ke murah. Lepas tukar tu terus kasi kat owner baru. Sepanjang pemerhatian kat owner baru setakat ni x de masalah yang timbul lagi. Harap2 tak de lagi la masalah yang timbul.

Kesimpulannya, kalau dah jadi simptom2 tu, mungkin awal2 boleh main tukar2 fius lagi. Lama2 nanti baru timbul penyakit sebenar (mungkin fius ATAU bateri ATAU coil ATAU rectifier). Jadi kalau dah ada simptom2 penyakit tu, saya nasihatkan simpan fius spare bawah seat dan mulalah kumpul duit untuk sebarang kemungkinan. Ok, bye (ala2 iklan D'Herbs terlajak laris)

Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

HUBUNGI SUNAN.my

Hantar

ARKIB CERITA

IKUTI KAMI