Butang 'read more' blogger bermasalah?

Hari ni saya nak kongsi salah satu penyelesaian butang 'more' bermasalah. Masalahnya ialah bila buka blog dan klik butang 'read more' / baca lagi pada catatan blog, paparan catatan tersebut terscrool kebawah sedikit secara automatik sebaik sahaja paparan terbuka.
Masalah ini terjadi semenjak blogger mengubah paparan dan 'program2' dalam blogger. (Klik gambar untuk besarkan).

Apabila mouse diletakkan pada butang 'read more', link yang terhasil akan disambung dengan '#more'.

Apabila klik read more, paparan penuh post terscroll secara automatik kebawah sedikit melangkaui gambar yang kita letak diatas.


Sepatutnya apabila klik butang read more, paparan penuh catatan hendaklah dipaparkan bermula tajuk post seperti ini.
Cara penyelesaiannya mudah. Pergi ke dashboard blogger anda, buka template blog yang nak diedit dan klik edit html.

Klik di tengah2 template blog anda, tekan pada keyboard Ctrl dan F (fungsi 'find') dan tetingkap 'search' akan keluar.
Dalam kotak search tu masukkan : expr:href='data:post.url + "#more&quot ATAU #more dan tekan enter pada keyboard.

Lepas tu padam perkataan #more seperti yang saya highlight dalam gambar diatas.


 Lepas padam, klik preview template. Perhatikan pada link yang keluar apabila mose diletakkan pada butang read more. Dah tak keluar sambungan #more pada hujung link seperti gambar pertama diatas kan?

Kalau dah jadi macam ni, anda telah berjaya. Klik save template. Kalat tak berjaya, bermakna anda tersalah padam #more. Klik semula 'edit template' dan undo apa yang telah dipadam tadi (Ctrl+Z). cuba cari perkataan #more yang lain, padam dan preview.

Sekian, selamat berjaya...

www.sunan.my

sunan.my adalah blog peribadi yang lebih kepada sebuah diari, bertujuan berkongsi maklumat yang difikirkan berguna dan pandangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.

Instagram