Uruskan blog, tukar template / theme / tema / rekabentuk blog.

Fuh... perut kenyang baru lepas makan, rase nak tidur pun ada. Waktu rehat panjang lagi.. Tapi rasanya elok saya buat catatan tentang cara nak tukar templat/tema/reka bentuk blog..

Seteleh berjaya mencipta blog dan membuat catatan permulaan, langkah seterusnya ialah tukar reka bentuk blog kita atau tukar theme / template supaya kelihatan lebih menarik dan profesional. Cara-caranya ialah


Pertama anda mestilah download templat dari laman web. Banyak templat yang cantik boleh di muat turun secara percuma. Caranya ialah search sahaja menggunakan google dengan kata kunci 'free blog template'. Templat bermakna tema/theme/rekabentuk. Cari template yang bersesuaian dengan konsep blog anda dan citarasa anda. Selepas itu pratonton/previuw terlebih dahulu templat tersebut sebelum muat turun. Jika puas hati, barulah muat turun.

Selepas muat turn, biasanya fail tersebut dalam bentuk .rar / .zip dan anda perlu unrar atau unzip terlebih dahulu. Biasanya fungsi ini telah ada dalam mana-mana komputer. Jika belum ada, anda perlu muat turun software dan install dalam kompuetr anda. Untuk muat turun percuma software unrar(winrar), klik di>>sini<< atau cari di download.com. Cara install ialah double click pada software yang telah dimuat turun dan klik sahaja next sampai siap.

Pening ke langkah-langkah ni? tak kot.. yang penting,baca dengan teliti.. Dibawah ni ialah bentuk template tersebut.( Ikon macam ni hanya dipaparkan jika komputer tu dah ada software rar/zip. Jika belum ada, ikonnya kosong sahaja)

Double clik ikon seperti diatas (lebih kurang) dan akan keluar seperti dibawah.


Selepas itu, copy ikon seperti contoh yang saya high-light dalam gambar diatas dan pastekan dimana-mana folder yang senang dicari.

Beginilah rupa bentuk/ikon templat yang sebenar. Kita teruskan dengan cara nak tukar templat pula

 




Kedua : Log masuk kedalam blogger anda dan klik Reka bentuk dan klik edit HTML.


Peringatan : Jika anda telah menyusun blog anda sebelum ini, anda dinasihatkan untuk muat turun templat blog anda terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa perubahan. Ini penting sebagai back-up.
 Klik Browse cari template yang telah disimpan didala folder dan klik Upload / muat naik templat yang telah kita download tadi. Selepas itu klik previu/pra tonton.. dan nanti akan keluar lebih kurang macam dibawah (seperti templat yang telah kita download tadi)



Jika berpuas hati, klik simpan templat. Anda boleh memilih menyimpan/membuang widget(alat) dan saya syorkan klik padam widget bagi blog yang baru nak bermula.. Setelah selesai, maka proses tukar templat / reka bentuk blog pun siap.. Untuk langkah menguruska blog seterusnya, saya akan paparkan dalam catatan akan datang.. Terima kasih.

sunan

5 comments:

  1. salam.saya dah buat download tapi x pandai nak install..boleh t olong x?

    ReplyDelete
  2. Maaf lambat reply... download apa?winrar ke?tak pandai install winrar/winzip?

    ReplyDelete
  3. lepas edit semua , nk click apa ? apply to blog ka ?

    ReplyDelete
  4. yes.. previu dulu. kalau tak ada apa2 masalah, baru klik apply

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin.