Bermulanya di sini...







Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Blog ini masih dalam penyelenggaraan dan up-grade. Diharap rakan-rakan sekalian sudi melawati semula lain kali.

Sebenarnya dah beberapa kali saya tukar design dan buat blog, tapi itu semua cuma untuk belajar sahaja. Blog Sunankasih adalah penamatnya. He.. He... Tapi masih juga sentiasa belajar untuk buat blog yang lebih menarik, kelihatan professional dan berinformasi.

Saya juga perna buat laman web sendiri, juga untuk belajar sahaja dengan kos hanya RM45.00 setahun ( untuk beli domain-alamat laman web dan beli hosting-tapak/rumah laman web). Alhamdulillah, walaupun belajar sendiri dengan dibantu oleh pihak Jomhosting, saya sudah ada pengetahuan asas untuk membina laman web yang ringkas.


Saya cuma buat laman web tersebut hanya untuk satu tahun dan menutupnya. Laman web lebih sesuai untuk orang yang ada perniagaan kerana laman web lebih banyak fungsi seperti borang, halaman ahli dan lain-lain berbanding blog. Fungsi seperti itu ada di blog tetapi lebih terhad.


Setakat ini saya belum bercadang untuk berniaga apa-apa melalui blog kerana belum mempunyai sebarang idea untuk berniaga. Kalau sesiapa ada idea nak berniaga, ceritalah sama pada saya. Manalah tahu boleh join.. Tujuan utama saya mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi apa sahaja ilmu yang saya tahu dan dapat untuk kebaikan bersama. Semoga blog ini bermanfaat kepada kita semua.

Sekian, terima kasih

sunan

1 comment:

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin.