Guna domain sendiri dan mula menulis blog!!

Macam mana? dah ready? Tajuk 'guna domain sendiri ni sebenarnya sesuai untuk mereka yang telah beli nama/alamat/url/domain tadi. Kalau tak beli, tak payahlah tengok yang ni. Anda sudah boleh mula menulis di blog anda.



Selepas blog sudah  berjaya dicipta, langkah seterusnya ialah mengubah tetapan/setting untuk menukarkan alamat/nama/url blog anda tadi kepada domain khusus yang telah anda beli di Jomhosting tadi.


Jika anda membeli domain di Jomhosting, anda boleh melihat panduan setting domain tersebut di>>sini<< Klik menu 'MULAKAN PEMBLOGAN'




 Selepas itu klik Tetapan dan Penerbitan. Kemudian klik di beralih ke :. Domain khas




Kemudian klik di Beralih ke tetapan terperinci


 
Kemudian masukkan domain yang telah dibeli dan simpan tetapan.
 
Klik kotak halakan semula dan simpan sekali lagi. Setelah berjaya disimpan, anda tidak perlu lagi menggunakan alamat seperti contoh ini http://namabloganda.blogspot.com, anda hanya perlu guna http://www.namabloganda.com. Jika ada pelawat yang melawati http://namabloganda.blogspot.com, blogger akan menukarkan secara automatik ke http://www.namabloganda.com... Betul ke? hehe.. Lebih kurang cenggitu le..

Perlu diingatkan, setelah bertukar ke domain sendiri, blog tersebut belum boleh dipaparkan terus. Biasanya memerlukan masa antara 3 jam hingga 3 hari tetapi anda masih boleh menulis untuk blog tersebut.
Selepas selesai semua proses tadi, anda boleh memulakan penulisan di blog anda.
 Tuliskan tajuk penulisan, mulakan menulis. Kalau nak senang penulisan anda itu dicari mengikut kategori, letakkan label (kategori). Setelah siap menulis, klik Terbitkan catatan



 Dan, inilah hasil setelah membuat catatan/penulisan.
 
Ikuti lagi untuk panduan seterusnya..

sunan

1 ulasan:

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.