Macam mana? Dah ada domain/nama blog sendiri? Dah ada email google?
Kalau dah ada, mari kita ke langkah seterusnya.. Setelah mempunyai email google, anda perlu log-in di blogger. Sila klik di >>sini<< . Macam biasa, log-in menggunakan id email google yang telah anda buat tadi.
Selapas log masuk, page seperti ini akan dipaparkan..
Jika masih baru, belum mempunyai blog, paparan tersebut adalah kosong, kemudian klik tajuk Reka-lah Blog.. dan akan keluar paparan setrusnya ialah namakan blog.
Langkah seterusnya ialah masukkan tajuk blog anda, masukkan alamat/nama/domain blog yang anda reka masa langkah pertama sebelum ini. Jika anda telah membeli domain, abaikan dulu domain yang dibeli tadi. Masukkan alamat/nama/domain yang sama dengan email dan domain yang dibeli tadi.
Kemudian klik Periksa ketersediaan. Jika alamat tersebut tidak tersedia, tukarlah yang lain. Jika keluar 'alamat blog ini tersedia', masukkan huruf unik dan klik teruskan..
Selepas itu, pilih templat pemula. Templat bermakna theme/tema. Anda boleh memilih mana-mana templat yang ada disitu. Kemudian klik teruskan.
Jika keluar seperti gambar diatas, bermakna blog anda telah berjaya dicipta dan hasilnya adalah seperti dibawah.
Oleh kerana kiriman ini terlalu panjang, saya akan tunjukkan langkah seterusnya pada kiriman yang akan datang..bye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.