Langkah pertama bina / buat blog baru.




Assalamualaikum, salam sejahtera.

Ok, sebenarnya saya pun masih baru dalam arena blog ni dan setelah melakukan beberapa kajian yang tak berapa terperinci, maka lahirlah blog yang dinamakan sunankasih. Perkataan sunan tu berasal daripada gabungan nama kami suami-isteri dan ditambah dengan perkataan 'kasih' bagi melambangkan kasih sayang dan menyedapkan sebutan.

Sekarang kita teruskan dengan tajuk asal iaitu langkah-langkah pertama untuk mewujudkan blog anda sendiri. Saya akan tunjukkan cara untuk mewujudkan blog melalui perkhidmatan blog percuma oleh google (http://www.blogger.com). Pertama sekali mestilah anda kena tahu apa tujuan blog yang anda nak wujudkan, ini bagi memudahkan kita nak memilih nama blog, reka bentuk blog dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, blog sunankasih diwujudkan untuk memaparkan novel, cerpen, panduan blog dan lain-lain.

Kedua, anda kena pula fikirkan apa nama yang hendak digunakan untuk url blog anda. Sebagai contoh http://sunankasih.blogspot.com atau http://www.sunankasih.com. Perkataan sunankasih itu merupakan nama blog ini. Nama blog mestilah menarik, ringkas dan mudah untuk disebut supaya senang untuk diingati oleh orang lain.

Menyentuh berkenan nama blog, perkataan sunankasih yang terdapat di http://www.sunankasih.com itu sebenarnya dipanggil 'domain'. Anda boleh memilih untuk menggunakan domain percuma atau berbayar. Jika memilih untuk menggunakan yang percuma, biasanya ianya telah tersedia di mana-mana penyedia perkhidmatan blog.

Jika anda mempunyai bajet lebih dan mahu domain anda kelihatan menarik, profesional dan yang paling penting, anda mempunyai domain anda yang tersendiri, saya ingin mengesyorkan anda untuk membeli nama/domain anda sendiri di Jomhosting. Dengan harga hanya rm35.00 untuk setahun, anda akan dapat nama domain sendiri dan yang penting sekali ialah support/servisnya sangat bagus. Jika saya ada masalah dan menghubungi mereka, meraka akan menjawab dan memberikan penyelesaian dengan cepat.

Saya juga pernah membina laman web sendiri dengan Jomhosting dengan harga serendah hanya rm10.00Jomhosting yang termurah. Jika berminat untuk membeli domain, klik di bawah.Hanya RM10.00 setahun!! Bagi orang yang baru berjinak-jinak memang sangat sesuai dengan harga yang sangat murah seperti ini. Saya pernah cari perkhidmatan lain yang lebih murah dan tak jumpa, rasanya di Jomhosting adalah paling murah perkhidmatan hostingnya.





Laman web saya masa tu tak bertahan lama sebabnya masa tu tak ada apa-apa tujuan pun buat laman web, sekadar nak cuba dan nak belajar.

Ok,berbalik kepada buat blog tadi, selepas memikirkan nama/domain atau sudah membeli domain, yang ketiga, anda mesti membuka akaun email di google. Seperti yang saya cakap tadi, saya akan tunjukkan cara-cara buat blog melalui google, jadi apa yang saya nak ajarkan adalah semuanya menggunakan google.

Kalau boleh, nama email tu biarlah sama dengan nama blog yang anda nak buat tadi bagi memudahkan anda mengingatinya.

Untuk langkah seterusnya, saya akan tunjukkan pada post yang akan datang. Kalau saya tunjukkan panjang-panjang di sini nanti bosan pula kan? ok lah, jumpa lagi...

sunan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan kepada Sunan.my. Kami akan berusaha membalas secepat mungkin. Bantu support kami dengan subscribe channel Youtube SUNAN di https://www.youtube.com/c/SUNANmy dan jangan skip google ads.