Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
SUNAN.my
  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • BABY SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • LAIN2
    • PENGUMUMAN
    • KERETA
      • ALL KERETA
      • NAZA RIA
      • MENU KOSONG
    • MOTORSIKAL
      • ALL MOTORSIKAL
      • HONDA CBR250R
      • YAMAHA FZ150I
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • BISNES
      • ALL BISNES
      • SABUN BASUH BAJU
      • PERFUME
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • HANDFON
    • JALAN-MAKAN
    • PENTERNAKAN
    • PERTANIAN
    Hari ini 7 Julai 2021, bermulalah bank-bank dan institusi pemberi pinjaman yang terlibat mula menawarkan moratorium selama 6 bulan selaras dengan pengumuman perdana menteri melalui pakej PEMULIH baru-baru ini.

    Cara paling senang untuk memohon moratorium ialah dengan mengisi borang di website bank anda. Jadi anda tidak perlu hadir ke bank dan telefon ke bank. Saya pasti kebanyakan cawangan bank ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan, manakala talian telefon pasti sesak dan tidak berangkat berikutan ramai yang membuat panggilan.

    Dari tinjauan kami, kebanyakan bank menawarkan moratorium seperti berikut :

    Berdasarkan tinjauan kami lagi, rata-rata bank mengkehendaki pelanggan untuk mebuat pengishtiharan kendiri seperti berikut :

Dengan mengemukakan permohonan ini, 
By submitting this form,
Saya faham bahawa:
I understand that:

    Jadi, anda perlulah meneliti keperluan anda sebelum mengambil keputusan untuk memohon moratorium selama 6 bulan atau kaedah lain yang ditawarkan oleh bank. Berikut adalah pautan terus atau direct link untuk memohon moratorium 6 bulan dibawah pakej PEMULIH. Klik di bank pilhan anda :

Moratorium Pemulih 6 Bulan MAYBANK 

Moratorium Pemulih 6 Bulan CIMB BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan BSN

Moratorium Pemulih 6 Bulan BANK RAKYAT

Moratorium Pemulih 6 Bulan AGROBANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan RHB BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan BANK ISLAM

Moratorium Pemulih 6 Bulan ALIIANCE BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan HONG LEONG BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan AM BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan AFFIN BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan BANK MUAMALAT

Moratorium Pemulih 6 Bulan PUBLIC BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan HSBC BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan CITIBANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan AL RAJHI BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan UOB BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan OCBC BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan SME BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan MBSB BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan STANDART CHARTERED BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan KUWAIT FINANCE HOUSE BANK

Moratorium Pemulih 6 Bulan PTPTN

Moratorium Pemulih 6 Bulan MARA

Moratorium Pemulih 6 Bulan PINJAMAN PELAJARAN JPA
(Baca dahulu Q & A sebelum mohon KLIK DI SINI)


    Untuk makluman, memandangkan hari ini adalah hari pertama permohonan moratorium dibuka, berkemungkinan talian akan menjadi sesak. Mungkin ada link atau pautan yang tidak berfungsi atau error. Harap bersabar dan cuba sehingga berjaya.

    Diharapa artikel ini dapat membantu anda dalam proses memohon moratorium dan dapat meringankan bebanan kewangan anda disamping menyelesaikan beberapa masalah kewangan anda selama enam bulan moratorium.

    Jangan lupa kongsikan artikel ini agar memudahkan lebih ramai orang.
0
Share

    Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan moratorium pinjaman selama 6 bulan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih). Moratorium tersebut ditawarkan kepada semua golongan B40, M40, T20 dan usahawan Mikro.

    Namun begitu timbul keresahan berikutan tular di media sosial dimana ada pakej moratorium yang lalu dikenakan faedah dan dipanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman diantara 12 bulan hingga 24 bulan.

    Jadi, berbaloikah ambil moratorium PEMULIH ini?

Sebelum menjawab persoalan itu, anda perlu jawab dahulu persoalan ini : Bagaimanakah kedudukan kewangan anda hari ini? Adakah anda ada masalah kewangan yang boleh diselesaikan dengan moratorium ini? Mampukah anda bertahan tanpa mengambil moratorium?


    Apa itu moratorium? Moratorium ialah satu bentuk kemudahan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman dalam tempoh tertentu. Namun ianya bukan percuma. Bank merupakan entiti perniagaan yang mencari keuntungan. Oleh itu sebarang pertolongan bank kepada pelanggan pastilah disusuli dengan keuntungan juga kepada bank. Pasti bank tak mahu rugi kan?

    Jadi, apakah berbaloi ambil moratorium? Pada kami, ada 2 jawapan seperti berikut :

TIDAK BERBALOI SEKRIANYA : Anda ada kemampuan untuk membayar pinjaman seperti biasa, tiada masalah kewangan lain untuk diselesaikan ATAU pinjaman anda akan tamat dalam masa kurang 1 tahun sahaja lagi ATAU baki pinjaman anda sangat sedikit yang mampu dibayar penuh oleh anda.

BERBALOI SEKIRANYA DENGAN MORATORIUM ITU :

1. Anda dapat gunakan penjimatan moratorium untuk kelangsungan hidup. Mungkin anda telah kehilangan pendapatan atau pekerjaan. Jadi, wang simpanan anda tidak perlu dihabiskan untuk membayar pinjaman dalam tempoh 6 bulan. Dapat digunakan untuk survival atau kelangsungan hidup pada hari ini.

2. Anda dapat selesaikan masalah kewangan anda pada hari ini. Mungkin anda mempunyai pelbagai tunggakan dan hutang-hutang yang tidak terbayar selama ini yang membelenggu anda selama ini. Tiada jalan lain nak bayar tunggakan dan hutang tadi. Dengan penjimatan moratorium selama 6 bulan ini, anda dapat bayar tunggakan dan hutang-hutang selama 6 bulan. Selepas tamatnya moratorium kelak, anda telah bebas dari tunggakan dan hutang lapuk. Anda dapat memulakan perjalanan kewangan anda dengan lebih baik tanpa dibelenggu tunggakan dan hutang lapuk.

3. Anda dapat mebayar penuh atau full settlement dan menutup salah satu atau beberapa akaun pinjaman yang hampir habis. Kesannya, anda tidak perlu lagi membayar bulanan pinjaman yang telah ditutup tadi secara tak langsung pendapatan boleh guna semakin meningkat setiap bulan sebanyak mana bulanan pinjaman yang ditutup tadi.

4. Anda dapat membuat simpanan untuk diguanakan ketika kecemasan. Mungkin selama ini gaji anda sentiasa habis setiap bulan membyar komitmen dan keperluan hingga tidak dapat membuat simpanan. Inilah masa anda hendak menyimpan dana kecemasan anda.

5. Mungkin ini adalah JALAN TERAKHIR UNTUK SELESAIKAN MASALAH KEWANGAN ANDA PADA HARI INI.

    Jadi bagaimana pula dengan caj faedah dan penambahan tempoh pinjaman hingga 24 bulan?

    Setakat artikel ini ditulis, belum ada lagi bank yang mengemaskini syarat moratorium dibawah pakej PEMULIH. Namun sekiranya ada dikenakan caj faedah dan pelanjutan tempoh berganda sekalipun, pada pandangan saya ianya masih berbaloi untuk mengambil moratorium bagi selesaikan masalah kewangan dikala anda tersepit pada hari ini.

    Saya bukanlah pakar kewangan. Mungkin saya hanya 'punahsihat' kewangan sahaja. Bagi saya, apalah sangat dengan caj faedah dan  pelanjutan tempoh bayaran balik berganda pada masa akan datang BERBANDING dengan kesukaran kewangan anda dan kesukaran kehidupan anda PADA HARI INI.

    Untuk masa akan datang, berdoa dan berusahalah agar diberi kemampuan untuk tampung kembali caj faedah dan pelanjutan tempoh pinjaman. Mungkin pada ketika itu kedudukan kewangan anda telah kembali stabil membolehkan anda membayar pinjaman lebih atau membuat pembayaran penuh. Sudah pasti ada rebat diskaun pembayaran awal.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN ( https://www.youtube.com/c/SUNANofficial ) . Terima kasih.

0
Share

 

    Pertama sekali, tahniah jika anada dah pun memiliki Naza Ria. Selepas kunci Naza Ria bertukar tangan dari pemilik lama kepada anda, apa nak kena buat dengan Naza Ria tu selain dari teruja?

    Baiklah. Berdasarkan pengetahuan cetek saya, beberapa perkara berikut saya cadangkan perlu buat dahulu untuk keselamatan Naza Ria anda :

1.    Tukar minyak hitam atau minyak enjin terlebih dahulu bersama dengan penapis minyak atau oil filter. Mungkin pemilik lama telah lama parking atau telah lama tidak menukar minyak hitam.

2.    Jika ada duit lagi, tukar minyak gearbox juga. Minyak gear yang terlalu lama atau kurang akan menyebabkan kerosakan pada gearbox. Naza Ria menggunakan gearbox auto. Oleh itu, penjagaan minyak gear sangat penting bagi gearbox auto.

3.    Ini agak penting jika anda memiliki Naza Ria. Jika ada duit lagi, servis sistem penyejukan iaitu flush radiator, dan segala laluan air bagi memastikan sistem penyejukan tidak tersumbat yang akhirnya overheat. Inilah punca utama Naza Ria selalu kena penyakit overheat. Jika ada hos/paip yang telah keras kematu, berisiko pecah, tukarlah. Servislah sistem penyejukan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.


4.    Baiklah, tiga perkara di atas agak penting untuk dibuat segera. Perkara ke 4 ini saya cadangkan jika ada duit, buatlah segera tukar timing belt sekiranya pemilik pertama telah lama tidak tukar. Timing belt yang terlalu lama berisiko putus dan menyebabkan kerosakan yang menelan belanja yang sangat tinggi.

5.    Servis sistem aircond jika perlu. Jika aircond masih sejuk, anda boleh pakai sahaja dahulu melainkan ada duit lebih untuk servis.

    Setelah selasai perkara 1 hingga 3 (+perkara 4 dan 5 jika ada duit), bagi saya anda sudah boleh menikmati memandu Naza Ria anda. Isi minyak petrol penuh tangki dan bawalah keluarga menikmati Naza Ria. Jika ada kerosakan lain, baiki sedikit-sedikit setelah ada duit.

    Kemudian, boleh la berangan-angan untuk masukkan aksesori tambahan seperti body kit, android player, tinted dan lain-lain lagi. Nah saya belanja Naza Ria yang telah di makeup, saya ciduk dari google. kikikiki







Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

2
Share


    Selepas anda survey-survey dan cari maklumat tentang Naza Ria, anda pun membuat keputusan untuk membeli Naza Ria dan mula mencari penjual. Apabila menjumpai penjual yang menawarkan harga yang berpatutan dan nak pergi tengok kereta atau test drive, apa yang anda perlu cek?

    Berdasarkan pengalaman cetek saya memiliki Naza Ria, ada 2 faktor/kategori untuk semakan iaitu :

1. MEMBELI NAZA RIA UNTUK TERUS DIGUNAKAN DENGAN ENJIN YANG SEDIA ADA.

    Dalam hal ini, anda berhasrat untuk membeli sebuah Naza Ria yang enjinnya masih hidup dan ingin terus digunakan dengan enjin sedia ada pada Naza Ria tak kiralah enjin ori atau enjin yang telah ditukar kepada enjin jenama lain.

2. MEMBELI NAZA RIA UNTUK OVERHAUL ENJIN ATAU UNTUK MASUKKAN ENJIN  LAIN.

    Ada juga yang memilih untuk membeli sebuah Naza Ria yang enjin kong/tersadai kerana kebiasaannya harganya lebih murah. Kemudian overhaul balik enjin atau masukkan enjin lain. Secara tak langsung, tidak lagi menanggung risiko ketidakpastian kerosakan enjin sepertimana membeli Naza Ria yang running condition.

Secara amnya, perkara berikut perlu disemak ketika membuat pemeriksaan kepada kereta yang hendak dibeli :

1.    Periksa dahulu keadaan badan kereta. Ada karat teruk? Cek juga bahagian bawah kereta. Pusing keliling. Berpuas hati dengan cat? Ada kesan kemalangan yang teruk? Antara tips untuk semak kesan kemalangan yang teruk ialah lihat pada tulang di enjin bay, kesan kemek di mount absober, kesan kemik di boot bonet belakang. Calar, kemek sikit-sikit tu biasa la.. Kereta lama. Cek juga kesan potong body. Jika tak pandai cek kesan potong body, biarkan puspakom yang cek nanti.

Antara point untuk cek kemalangan di bahagian hadapan. Ada kesan kemik/kesan ketuk/kesan simen? Poin paling penting ialan point no 1 (kiri dan kanan) kerana jika kemalangan teruk yang menjejaskan point tersebut, susah nak buat alignment tayar.

2.    Periksa pintu dan bonet. Mudah tak untuk buka dan tutup. Terutamanya pintu slide atau pintu penumpang belakang kerana pintu slide sering mengalami kerosakan atau susah ditutup sekiranya pemilik lama mempunyai keluarga yang lasak atau kenderaan tersebut digunakan untuk bawa penumpang perlancongan/teksi/kereta sewa.

3.    Jika kereta masih running condition, buka aircond ke tahap paling perlahan. Aircond sejuk ke tak? Kemudian naikkan tahap aircond paling tinggi, sejuk ke tak?

4.    Jika kereta masih running condition, test drive kereta tersebut. Bawa jauh sikit. Tutup radio dan tutup tingkap, dengar bunyi-bunyi sistem suspensi. Ada bunyi tikus/kluk-kluk yang melampau? Bunyi sikit-sikit tak apa lagi jika harganya berpatutuan. Masa ni, perhatikan juga suhu/meter temptrature. Enjin pickup tak? semput tak?

5.    Semasa proses test drive tadi, test juga gear R, gear D, kemudian P... Masuk D, pickup tak? Tumpukan perhatian ketika penukaran gear semasa memandu. Boleh perasan, mudah atau susah penukaran gear dari 1 ke 2 ke 3 ke 4? Ada tak dia menung di mana-mana gear walaupun meter RPM dah tinggi? Lancar tak gear? Saya dapati, sangat jarang pengguna adu masalah kerosakan gear Naza Ria. Jika ada pun, cuma perlu ganti part kecil sahaja. Tak perlu turun gearbox atau tukar gearbox.

6.    Selesai test drive, parking tepi dan matikan enjin untuk periksa tahap kelancaran untuk menghidupkan enjin. Matikan enjin sebentar, borak-borak dan semak dahulu bahagian lain sekali lagi. Masa ni boleh la ejas-ejas harga dengan owner jika dah puas hati dengan perkara 1-5 tadi. Selepas itu hidupkan dan matikan enjin  beberapa kali. Sekiranya enjin mudah dihidupkan dengan sekali/dua kali 'start', boleh ke step seterusnya.

1. Teh tarik kurang manis.
2. Teh tarik kaw.


7.    Jika anda memilih yang running condition, matikan enjin kereta dan buka penutup minyak hitam. Ada kesan teh tarik? iaitu minyak hitam bercampur air, berbuih berwarna seperti teh pada penutup minyak hitam. Tarik tolok penyukat minyak, tengok minyak warna hitam atau warna teh? Cek sekeliling enjin dan bawah enjin ada kesan leaking atau minyak menitis?

1. Teh tarik kurang manis.

2. Teh tarik kaw. Rupa minyak hitam yang bercampur air ketika dikeluarkan melalui saluran drain.

8.    Jika dah puas hati dengan semua tadi, last sekali cek la semua lampu-lampu berfungsi atau tidak. Minyak brake, minyak power stering, minyak gearbox, tayar dan lain-lain lagi.

BAGAIMANA JIKA ANDA BERHASRAT NAK BELI DAN NAK OVERHAUL ENJIN/TUKAR ENJIN LAIN?

Saya memilih untuk masukkan enjin Toyota 2MZ kerana saya yakin dengan kelasakan enjin Toyota

    Ini seperti apa yang saya buat. Disebabkan berhasrat ingin memakai Naza Ria dalam tempoh yang lama, saya memilih untuk membeli sebuah Naza Ria yang keluaran lebih baru (keluaran paling baru Naza Ria ialah pada tahun 2009 kalau tak salah). Saya mencari yang enjin kong kerana membeli Naza Ria yang enjin kong harganya lebih murah. Jika anda nak buat seperi saya, apa yang anda perlu cek? Saya cadangkan :

1.    Cek dahulu body, kesan kemalangan, cat, karat.. Saya sangat syorkan cari Naza Ria yang tahunnya lebih terkini seperti keluaran tahun 2007-2009 supaya kita tidak lagi perlu keluarkan kos yang tinggi untuk cantikkan body dan sistem suspensi. Kita cuma keluarkan kos untuk baiki enjin sahaja. Cek juga kesan potong body. Jika tak pandai cek kesan potong body, biarkan puspakom yang cek nanti.

2.    Kemudian periksa pula pintu dan bonet. Pilih yang mudah dibuka dan mudah ditutup terutamanya pintu slide.

3.    Memandangkan kereta enjin kong/tersadai, tak dapatlah nak cek aircond dan suspensi ada bunyi pelik atau tidak. Jadi, pastikan enjin yang nombor enjinnya sama seperti nombor enjin dalam geran berada di enjin bay.

4.    Jika enjin dah barai, pasang semula enjin asal di enjin bay, menampakkan rupa enjin dan ada nombor enjin. Bawa dengan towing ke puspakom untuk melakukan pemeriksaan tukar milik/B5. Selepas lulus B5, jika nak masukkan enjin lain, enjin asal sudah boleh dikeluarkan. Segerakan proses tukar milik di JPJ.

Nah saya belanja gambar AG keasayangan saya :

Naza Ria RS tahun 2009

Tiada sunroof, tiada ABS, tiada SRS airback, tiada power seat, tiada seat kulit, tak mengapalah asalkan body masih cantik.

Anak memang suka, sekejap ke hadapan, sekejap je belakang.

JADI, SAYA LEBIH PREFER YANG MACAM MANA?

    Terpulang kepada bajet yang anda ada. Sekiranya anda ada bajet sekitar RM15,000.00, saya sangat syorkan cara yang ke 2 iaitu :

- Cari Naza Ria yang tahunnya lebih baru (2007-2009).

- Pastikan body dan cat masih cantik dan terjaga, tiada karat, dalaman bersih.

- Pastikan pintu-pintu dan bonet mudah dibuka-mudah ditutup.

- Pastikan tiada kesan kemalangan yang teruk, yang melibatkan casis.

- Hal kecil-kecil tak apa seperti calar kecil, lampu pecah, damper bonet kong kerana boleh dibaiki dengan kos yang tidak tinggi.

- Masukkan enjin yang anda suka atau overhaul enjin ori. Pastikan hantar ke bengkel yang pakar

PASTIKAN JOIN GRUP NAZA RIA SEPERTI : FB CLUB NAZA RIA 1 MALAYSIA

Bagi memudahkan sebarang pertanyaan mahupun menimba pengalaman dari perkongsian dari pemilik yang lain.

Baiklah, setakat ini dahulu perkongsian saya kali ini. Semoga peminat Naza Ria terus kuatkan semangat untuk menggunakan Naza Ria. Sebuah MPV mewah dengan harga Perodua Viva

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN. Terima kasih.

0
Share

 

Naza Ria RS 2009

    Bagaimana sejarahnya yang menyebabkan saya memiliki Naza Ria? Meskipun Naza Ria sangat terkenal dengan kerosakan enjin, ramai orang takut nak 'pakai' Naza Ria, saya masih berminat nak pakai. Mengapa?

    Punca utama saya nak pakai satu masa dahulu adalah disebabkan oleh ayah mertua saya sakit terlantar akibat strok. Ketika itu, saya memakai Proton Waja. Ayah mertua saya sakit strok dan terlantar. Setiap kali nak bawanya ke hospital, kami memapah beliau dan masukkan ke dalam kereta Proton Waja saya.

    Agak susah nak memapah pesakit terlantar memasuki Proton Waja ketika itu kerana nak papah tu perlukan dua orang. Pintu kereta jenis 'kepak' ni agak payah untuk 2 orang angkat 1 orang pesakit masuk kerana pintu jadi sempit. Rentetan dari itu, saya pun terfikir bagaimana agaknya jika ibu bapa saya pula yang sakit terlantar? bagaimana jika saya dan isteri pula yang sakit terlantar? Saya perlu buat persediaan untuk memudahkan pengurusan pesakit.

    Sejak itu, saya berazam nak memiliki sebuah MPV yang mempunyai pintu jenis sliding seperti van. Pintu sliding ini memudahkan 2 orang mengangkat pesakit terlantar, masuk melalui sebelah pintu, letak pesakit terlantar diatas seat kemudian keluar dari pintu sebelah lagi tanpa kesukaran disebabkan pintu yang sempit seperti kereta pintu 'kepak'.

Nissan Serena C24

Nissan Serena C23

    Antara MPV yang kami tinjau pada ketika itu ialah Nissan Serena C23/C24, Toyota Estima Lucida, malah Perodua Rusa. Target semunya yang terpakai sahaja kerana kekangan kewangan.

Toyota Estima Lucida

Perodua Rusa

    Pendek kata, hampir setiap hari saya buka laman web mudah.my dan membuat carian kenderaan dengan kata kunci 'MPV' untuk cari mpv yang mampu milik. Antara yang menjadi perhatian pada ketika itu ialah Nissan Serena C23 kerana harganya agak mampu milik, manakala rekabentuknya tidak terlalu 'tua'.

    Namun begitu, sumber kewangan menjadi penghalang kerana harga Nissan Serena C23 pun bukan murah ketika itu. Harganya sekitar RM15,000.00 ke atas. Nak buat pinjaman kenderaan memang tak lepas dah. Pernah juga survey Hyundai Trajet kerana masih boleh buat pinjaman kenderaan. Tetapi saya batalkan hasrat kerana bukan pintu sliding.

Hyundai Trajet. Rupa seakan-akan Naza Ria, tetapi saiz kecil sedikit dari Naza Ria

    Sepanjang survey tu, Naza Ria merupakan salah satu MPV yang lebih mampu milik. Seperti orang lain, saya juga takut-takut nak guna kenderaan jenama KIA/NAZA. Pengalaman lalu, saya pernah menggunakan Kia Sportage. Pemanduan memang memuaskan. Cuma Kia Sportage saya tu ada masalah alternator dan gearbox. Sebab itu pada asalnya iklan Naza Ria lalu tanpa dilihat dengan serius oleh saya.

Kia Sportage

    Bila ingat-ingat balik rasa menyesal juga saya jualkan Kia Sportage ini dahulu. Tapi nak buat macam mana, masa tu tiada pengalaman pasal kereta. Jadi bila kena masalah sedikit, terus rasa nak jual. Harga Kia Sportage yang terkini boleh didapati serendah RM4,000.00 dengan kondisi running.

Kia Sportage kami dahulu

Tinggal kenangan....

     Berbalik kepada Naza Ria tadi, nak dijadikan kebetulan, seorang rakan di tempat saya berniaga ada memakai sebuah Naza Ria bernadikan enjin Toyota 2MZ. Sesekali saya akan pergi tenung Naza Ria dia dan tanyakan pengalaman dia guna Naza Ria. Kemudian, saya tidak terus beli. Saya masuk ke grup-grup Naza Ria di facebook dan juga whatsapp untuk mengetahui apa cabaran yang akan saya hadapi sekiranya memiliki Naza Ria kelak.

    Setelah beberapa lama mengikuti perkembangan grup Naza Ria, saya dapati masalah utama yang paling terkenal Naza Ria ialah enjinnya overheat atau dipanggil dengan istilah 'teh tarik'. Teh tarik itu dipanggil apabila enjin Naza Ria overheat, air radiator masuk ke dalam enjin dan bercampur dengan minyak hitam menyebabkan minyak itu bertukar menjadi keruh seperti air teh. 

    Jarang pengguna isukan masalah lain selain isu overheat. Gearbox Naza Ria pula agak lasak dan jarang keluar isu rosak. Kemudian, isu overheat ini ada jalan penyelesaian dia dan cara penjagaan dia untuk elakkan overheat.

    Berbekalkan pengetahuan tadi dan saya pun rasa saya bersedia menanggung risiko, saya memberanikan diri membeli Naza Ria. Saya membeli sebuah Naza Ria yang tersadai, enjinnya dah overheat. Owner dah berputus asa untuk baiki. Mungkin kerana kos baikinya mahal. Saya membeli yang tersadai kerana kosnya lebih murah. Baiki dan guna semula menjaminkan enjin tersebut baru dibaiki berbanding beli yang running dengan harga mahal, tak pasti apa masalah enjinnya. Ni Naza Ria yang saya beli dahulu :





    Keadaan fizikal badannya agak kurang memuaskan. Cat menggelupas, pintu susah nak ditutup. Seat pula banyak koyak. Masa tu, saya dapat beli dengan harga RM3,000.00. Kira murah sangat dah masa tu. Saya tak baiki enjinnya, tetapi saya membuat pinjaman untuk menampung kos memasang enjin recond.

    Setelah pakai beberapa lama, saya dapati Naza Ria sangat 'sedap' dipandu setaraf dengan kereta mewah. Stabil ketika laju, enjinnya berkuasa walaupun muatan penuh. Disebabkan itu, saya bertekad nak cari sebuah lagi Naza Ria yang body lebih cantik dan tahun buatan yang lebih baru. Hasrat saya nak pakai lama dan saya berazam nak masukkan enjin Toyota kerana saya yakin enjin Toyota lebih lasak berbanding enjin Kia.

Naza Ria ke dua saya. Kebetulan balik kampung, saudara jiran datang pakai Naza Ria juga. Sama tahun, sama warna.

    Saya beli dengan cara yang sama, iaitu mencari Naza Ria yang telah kerosakan enjin, ownernya tidak mahu baiki. Jadi saya beli body dengan harga yang lebih murah jika nak dibandingkan dengan membeli 
Naza Ria yang running condition. Kemudian saya membuat pinjaman untuk menampung kos memasukkan enjin Toyota. Naza Ria yang pertama tadi? Saya telah jual kepada pembeli dari Johor (Sebelum PKP).

    Alhamdulillah, Naza Ria yang ke dua ini bernadikan enjin Toyoya 2MZ-FE saya gunakan  tanpa sebarang masalah hingga hari ini. Ketika artikel ditulis, Hampir 1 tahun selepas memasukkan enjin Toyota.

    Cuma saya agak terkilan kerana saya dapat pakai MPV Naza Ria setelah bapa mertua meninggal asbab sakit strok. Tak sempatlah Naza Ria berbakti kepada bapa mertua. Apa boleh buat, golongan marhaen berpendapatan rendah macam saya ni memang mengambil masa yang sangat lama untuk dapat memiliki sesuatu. InsyaALLAH Naza Ria akan terus berbakti kepada ibu dan ayah saya.

Ayah saya teruja dapat pandu Naza Ria.
  
    Baru-baru ini saya balik kampung dan beri peluang kepada ayah untuk memandu Naza Ria. Dia sungguh gembira memandu. "Wow, sedapnya bawa" katanya. Nampaknya dia pun teringin nak memiliki. Jika satu hari nanti saya mampu beli lagi, insyaALLAH saya akan belikan juga untuk ayah.

    Begitulah kisahnya bagaimana permulaan saya nak memiliki Naza Ria. Wah, agak panjang saya menulis hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis. Semoga kisah saya menjadi isnpirasi untuk anda yang membaca.

Sekian, jangan lupa subscribe channel Youtube saya di SUNAN. Terima kasih.
5
Share

 


✅Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibayar secara berperingkat mulai 7 Mei 2021, melibatkan peruntukan RM2.75 bilion bagi 8.4 juta penerima

✅Peruntukan ditambahbaik: kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600 (berbanding sebelum ini di mana kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150)

✅Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my

✅Pembayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 7 – 12 Mei 2021

✅Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak): Pembayaran akan dibuat mulai 17 Mei 2021 melalui cawangan BSN.

✅Tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

✅Setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung Kerajaan yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion (merangkumi BPN2.0 RM1.91b + BPR Fasa 1 RM1.93b + BPR Fasa 2 RM2.75b)

Tengku Zafrul Aziz
Menteri Kewangan
4 Mei 2021


TERKINI! PEMBAYARAN BPR FASA 2 MULAI 7 MEI! ✅Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibayar secara berperingkat...

Posted by Tengku Zafrul on Selasa, 4 Mei 2021
0
Share
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

CARIAN DI SUNAN

PENAFIAN : Sebarang risiko akibat penggunaan dan pengikutan artikel atau lawatan di blog ini hendaklah ditanggung oleh pengunjung. Penulis hanya menulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang cetek.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ▼  2025 (16)
    • ▼  Dis (2)
      • HARI KELEPASAN AM / CUTI AM MALAYSIA 2026 (PERSEKU...
      • TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN / GAJI PENJAWAT AWAM TA...
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (4)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jul (6)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2024 (4)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (3)
  • ►  2023 (3)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2022 (3)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Jan (2)
  • ►  2021 (30)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Nov (11)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jul (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (3)
    • ►  Apr (1)
  • ►  2020 (17)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2019 (5)
    • ►  Apr (3)
    • ►  Feb (2)
  • ►  2018 (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mac (1)
  • ►  2017 (18)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Mei (2)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2016 (5)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2015 (13)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Feb (6)
  • ►  2013 (3)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mac (2)
  • ►  2012 (7)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Jul (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Feb (1)
  • ►  2011 (15)
    • ►  Dis (6)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Jan (4)
  • ►  2010 (5)
    • ►  Dis (4)
    • ►  Jan (1)

TOP 5!!

  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 1
    Fius berhampiran bateri Selepas beberapa hari aku memeiliki FZ , aku masuk group facebook Persatuan Pemilik Yamaha FZ150i untuk mencar...
  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 2
    Baiklah, bersambung lagi. Antara  simptom-simptom fius ni dah tak mampu untuk alirkan kuasa secukupnya ialah :
  • Tangga Gaji/Sifir Gaji/Jadual dan cara pengiraan Gaji SBPA 2012 (PT-PO N-17)
    Aku nak tunjuk tangga gaji / sifir gaji / jadual gaji dan cara pengiraan bagi SBPA pada tahun 2012 untuk Pembantu Tadbir (P/O) N17. Kenapa a...
  • TENTANG NAZA RIA : KELEBIHAN, KEKURANGAN, KEBAIKAN, KEBURUKAN
      Naza Ria atau biasa disebut sebagai 'ANAK GAJAH; / 'AG' oleh pemiliknya merupakan sebuah MPV bersaiz penuh, adik kepada model ...
  • Gio Mall Kuantan, Pusat Beli Belah Pakaian Muslimah Moden di Kuantan
    Pinjam gambar jap ye. Sape punya gambar tah la Gio Mall, gedung beli belah pakaian muslimah berkonsepkan moden yang pada aku terbesar...

Label

baby sunan (16) bantuan (9) bisnes (1) blog (28) cbr250r (8) fz150i (8) handfon (5) info (12) jalan-jalan (12) kereta (24) motorsikal (19) naza ria (18) novel (1) pengalaman (7) pengumuman (7) penjawat awam (10) penternakan (2) perfume (5) permainan (2) rompin (2) VF3i (5)

Facebook Page

SUNAN.my

FOLLOW SUNAN

HUBUNGI SUNAN

Nama

E-mel *

Mesej *

Since ; 2010 SUNAN.my

Template By ThemeXpose