Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
SUNAN.my
  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • BABY SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • LAIN2
    • PENGUMUMAN
    • KERETA
      • ALL KERETA
      • NAZA RIA
      • MENU KOSONG
    • MOTORSIKAL
      • ALL MOTORSIKAL
      • HONDA CBR250R
      • YAMAHA FZ150I
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • BISNES
      • ALL BISNES
      • SABUN BASUH BAJU
      • PERFUME
      • SYM VF3I
      • MENU KOSONG
    • HANDFON
    • JALAN-MAKAN
    • PENTERNAKAN
    • PERTANIAN
Tu dia.. tajuk tu aku copy sebijik-sebijik dari sumber trafik blog aku. Tahun lepas aku ada la bela beberapa ekor arnab ni.

hai.. comel tak saya?
Disebabkan terdapat beberapa kekakangan, aku ambil kepututsan untuk berehat dari membela arnab. Bekalan arnab ni aku dapatkan daripada nurrabbitfarm (cari la sendiri blog dia dan mudah.my) . Blog dia tak aktif pun. Banyak juga arnab dekat ladang dia.

ni rumput napier aku dah siap potong kecil-kecil

ni rumput biasa aku ambil sekeliling rumah
Berbalik kepada tajuk, arnab ni aku kasi makan pallet, daun-daun, rumput biasa dan rumput napier(aku tanam dalam tiga empat rumpun depan rumah). Bab palet pula, aku beli di kedai jual makanan dan haiwan ternakan di Jalan Besar, kalau dari Jambatan Tanjung Lumpur, belok ke kiri masuk ke Jalan Besar nak ke Bandar Kuantan, kedainya di sebelah kanan. Sebelah kedainya ada kedai basikal. Aku pun lupa apa nama kedai tu. Kedai jual haiwan tu ada satu je kat kawasan tu.

ni makanan yang aku beri FFM 5811
Ok, gambar guni diatas sebenarna palet makanan kambing. Apa? makanan kambing??? ya... itu la makanan yang aku beri kepada arnab aku dan arnab aku membesar dengan jayanya.hehe... LEBIH MURAH, LEBIH JIMAT DAN LEBIH GEMUK. Cara nak kasi makan kepada arnab anda ialah, campurkan sikit-sikit dengan makanan sedia ada sehingga arnab dah biasa dengan makanan baru. Jangan tukar serta-merta takut arnab kena cirit-birit(boleh membawa maut kepada arnab).

Ni rupa kandang buruk yang aku buat, guna drinker.. botol air tu aku dah sambung  dengan tangki supaya tak kena letak air hari-hari

Perh.. penat dah posing.. rehat la kejap.. baka New Zealand White. masa ni umur dalam tiga bulan lebih kalau tak salah
Okay.. setakat ni saja dahulu perkongsian kali ni.. Kalau ada rezeki, aku ingan nak bela semula arnab ni.. maybe.. one day... cooming soon.. insyaAllah..
0
Share

Malas.. hehehe... itu la puncanya blog ni bersawang. Orang buat blog, kita pun nak buat. Lpas tu tak update.. hahaha.. Ape pun, aku bukan jenis blogger yang suka update benda2 yang tak tentu pasal. Aku suka update benda2 yang aku rasa penting je.

Dah macam toyol pun ade lukisan aku tu.kikiki... watak tu tiru kat wechat sebab nampak macam kiut. Tapi macam tak berapa menjadi la pulak.. O k lah. zassss!!
0
Share

Beberapa hari yang lepas ada sorang sahabat melawat blog sunan dan YA! Saya mengaku blog sunan dah lama tak update. Sahabat tersebut meminta supaya saya buatkan tutorial untuk domain mynic. Sebelum ni saya ada beli domain sunan.my dan bercadang nak buat tutorial untuk domain mynic.
0
Share
Berita gembira buat mangsa banjir di Pahang. Persoalan bantuan daripada UAE / Arab kepada mangsa banjir yang sering diperkatakan sebelum ini akhirnya terjawab apabila baru-baru ini sebanyak 100 mangsa banjir telah menerima cek bernilai RM1000.00 setiap orang.

Gambar hiasan

0
Share
Adun sedang menyampaikan wang bantuan mangsa banjir


Mengikut maklumat TIDAK RASMI yang kami terima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, mangsa banjir yang tidak berpindah/tidak mendaftar di pusat pemindahan banjir dan telah mendaftar di Pejabat Daerah Kuantan DIJANGKA menerima bantuan pada bulan Mac ini.

Maklumat ni tak rasmi ye tuan2.. Kalau nak tau kesahihannya, kena le telefon MKN Pahang.(Majlis Keselamatan Negara). Nombor MKN saya dah kasi di post sebelum ini.

TETAPI.. tetapi!

Bukan semua akan dapat la. Macam biasa, MKN akan membuat tapisan dulu dan mangsa yang melepasi tapisan akan dihantar surat. Bagi yang tak melepasi tapisan, boleh membuat rayuan dengan MKN. Kebanyakan yang tak melepasi tapisan ni ialah :

1.Mereka yang menggunakan alamat yang sama.
2.Nombor rumah yang sama.
3.Alamat digunakan oleh orang lain.
4.Tanggungan mendaftar sebagai ketua keluarga (nama bertindih dengan pendaftaran lain).

Bagi yang tidak pergi daftar di pusat pemindahan banjir atau pejabat daerah, tok sah la dok mengamuk tak dapat duit. Dah nama pun tak daftar. Lain kali kenalah beringat-ingat jika terlibat dengan bencana, cepat2lah pergi daftar.

Rajin2lah telefon JKM/MKN/Pejabat Daerah untuk mendapatkan maklumat ang terkini. Jika maklumat anda telah digunakan oleh orang lain, contohnya : nombor rumah telah digunakan oleh orang yang tidak berkenaan, eloklah pergi buat laporan polis. Bukan apa, orang lain sedap2 dapat duit, besok kita yang kena dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Lagi satu nasihat kami, janganlah jadi tamak. Buat trick daftar dua-tiga nama dalam satu keluarga.. berapalah sangat dapat duit. Kalau kena siasat dan tangkap oleh SPRM, menyesal tak sudah.

Kat bawah ni adalah gambar sekitar majlis penyerahan wang bantuan mangsa banjir di Daerah Kuantan.

Antara mangsa banjir

Beratur2

Sambil2 tu, peniaga juga tak melepaskan peluang

Sekian... Peace yooooo...
0
Share

Balik rumah semalam aku dapat 'sorry note' daripada pos laju. Pagi tadi pegi la ke pos laju kat tempat biase.. sampai je kat sana, tengok sorang pakcik tengah mengecat kat dalam tu.. pejabat pos laju tu kosong. Ah sudah... mane pulak pos laju ni pindah. x de la pulak diorang tampal notis apa2 kat situ.

Tanya pakcik tu, dia bagitau pindah kat Jalan Bukit Ubi, sebelah Shell... Aku pun pusing2... akhirnya jumpa.. Ok, Pejabat Pos Laju yang baru ni, terletak di sebelah Shell Jalan Bukit Ubi.. kalau tak tau jugak shell ni kat mana, pos laju ni pindah ke bangunan sebelum ni showroom KIA..

Atau cari bangunan JKR. Kalau dari bandar kuantan, dari Stadium, jalan nak ke Sungai Lembing.. selepas bangunan syarikat bekalan air pahang, jumpa la pos laju ni... tak pun korang mesti tau kat mana Mc D Inder Mahkota kan? Kalau dari Mc D, menghala ke bandar Kuantan, akan jumpa Shell kat sebelah kiri.

Kalau korang ni memang orang Kuantan, mesti tau lokasi ni. Orait.. sekian.

UPDATE :

Alamat, nombor telefon dan waktu operasi Pejabat Pos Laju Kuantan

POS LAJU KUANTAN
ALAMAT
Lot 2/1831 JLN Bukit Ubi, 25200 Kuantan Pahang

NOMBOR TELEFON
09 516 1809 /
09 516 1326

WAKTU OPERASI
Isnin - Sabtu: 8.30 pagi - 6.00 petang.
Sabtu Minggu Pertama: 9.00 pagi - 3.00 petang.
Ahad: TUTUP
9
Share

Hari ini kerajaan mula mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Daerah Kuantan. Mengikut maklumat yang kami terima, bantuan untuk fasa pertama ni hanya diberikan kepada mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan banjir dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja.

Bayaran dibuat mengikut abjad huruf mula nama mangsa banjir. Hari ini ( Selasa ), bantuan hanya diberikan kepada mangsa banjir yang nama yang bermula huruf A hingga L. Besok (Rabu), huruf M sahaja dan Khamis, huruf N hingga Z. Mangsa banjir perlu membawa surat yang diterima. Bagi mangsa banjir yang tidak menerima surat, boleh menghubungi MKN atau pergi terus ke dewan SUKPA untuk menyemak nama. Kami syorkan semak dengan MKN.

Kami belum menerima apa-apa maklumat berkenaan mangsa banjir yang :  TIDAK BERPINDAH atau TIDAK BERDAFTAR DENGAN JKM atau DAFTAR DI PEJABAT DAERAH atau BERPINDAH TETAPI TIDAK BERDAFTAR atau TIDAK BERPINDAH DAN TIDAK BERDAFTAR.

Bagi mangsa banjir yang namanya tercicir, boleh menghubungi Majlis Keselamatan Negara Negeri Pahang di talian 09-5161 961 / 09-5161 855 / 09-5161 930 bagi menanyakan status. Mengikut maklumat yang kami terima, perjalanan bantuan mangsa banjir bagi ang berpindah di pusat pemindahan banjir adalah seperti berikut :

1. Mangsa banjir berpindah dan mendaftar di pusat pemindahan banjir yang telah didaftarkan dengan JKM.

2. Selepas mendaftar, mangsa banjir akan diberikan salinan borang pendaftaran (bewarna biru/hijau/pink).Kemungkinan mangsa banjir akan menerima borang yang di fotostape dan di cop JKM kerana borang asal habis.

3. Borang tersebut akan dihantar kepada JKM daerah (Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah) untuk di proses. Maklumat tersebut akan dihantar kepada Ibu Pejabat JKM Negeri untuk dikumpulkan.

4. Setelah menerima senarai penuh maklumat daripada PKM Daerah, JKM negeri akan menghantar maklumat tersebut kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk ditapis.

5. Selepas malumat tersebut ditapis mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh MKN, maklumat tersebut akan dihantar kepada JKM Negeri atau Pejabat Daerah atau dilaksanakan sendiri oleh MKN untuk mengeluarkan surat jemputan serta bayaran bantuan.

Bagi mangsa banjir yang tidak berpindah dan tidak mendaftar di pusat pemindahan, perjalanan bantuan adalah sama seperti di atas. BEZANYA, pendaftaran dibuat di Pejabat Daerah / Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan diangkat kepada MKN. Kemungkinan mangsa-mangsa banjir ini perlu mendapat pengesahan daripada penghulu kawasan masing-masing.

Jika ada apa2 pertanyaan berkaitan bantuan mangsa banjir, kami syorkan hubungi terus dengan MKN kerana MKN adalah penyelaras.(betulkan kalau salah.hehehe..)

Sekian dahulu informasi kali ini. Zassss!!!!
3
Share

Okey... ni mungkin kebetulan. Ramlee Awang Mursyid terbitkan novel terbarunya bertajuk SUNAN.. TAPI.....

RAM tengah melayan otograf novel2 yang kitorang bawa sambil borak2
 Pada penghujung tahun lepas semasa jumpa RAM, beliau dah nyatakan novel bertajuk SUNAN ni akan keluar tahun ni. Jadi, tak le terkejut sangat ada novel bertajuk SUNAN. hehehe...

Setakat info ni ditulis, novel ni belum keluar kat pasaran, tapi dah boleh pre-order di KARANGKRAF (KLIK). Pre-order ni maknanya novel ni tak kuar kat pasaran, tapi bleh order. Bila dah kuar kat pasaran, diorang akan poskan novel ni. Yang bestnya ada versi hardcover atau kulit keras. Mengikut info yang aku dapat, pre-order ni akan ditutup tengah malam ni (12.00 am 6 Februari 2014)

Harga untuk kulit biasa ialah RM18.40 (Harga pasaran asal RM23.00) dan kulit keras RM28.00 (Harga pasaran asal RM35.00). Semua harga tu tak termasuk pos. Kos pos ke semenanjumg tambah lagi dalam RM8.. Versi kulit keras ni merupakan versi terhad. LIMITED EDITION. so, dapatkan cepat sementara stok masih ade. chewah.. promot lak aku.. tolong promot. maklum la, novel tu tajuk SUNAN. hehehe....

Korang tengok la. Punye la minat novel tulisan RAM ni, kitorang beli setiap tajuk.
Kitorang ni memang peminat novel2 tulisan RAM. mase pameran tahun lepas, berpeluang jumpe RAM. Apa lagi, habis semua novel tu kitorang punggah utk dapatkan otograf. Jenuh juga la RAM dok sign satu-satu, tapi secara santai2 la sebab masa tu orang tak ramai... kekadang aku terfikir, kalaulah novel2 tu boleh dimakan, mase kering duit tu, potong buku2 tu dan goreng. perghhh.. kenyang beb.hahaha...

OK, ni sinopsis Novel terbaru beliau yang bertajuk SUNAN - Nanggoroe Sang Kembara :

DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam berbanding seni persilatan.

Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk. Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Menjadi di antara kalangan pemuda yang taat berjemaah di musollah. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Juga menjadi pemberi minum di kalangan anak-anak murid guru persilatan terhebat itu. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan.

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman yang menyusup ke bumi Aceh dengan satu tujuan - Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara yang sering kecundang di dalam kancah peperangan. Namun Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu menyasarkan Saifudin. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi.

Rombongan kerajaan Pagar Ruyong tiba di Aceh. Engku Aminah, anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian anak-anak muda negeri ini. Namun Engku Aminah memilih Saifudin kerana tertarik dengan akhlak terpuji pemuda itu. Bunga cinta mulai tumbuh subur. Engku Aminah mulai menyedari rasa kasihnya pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Namun Ratna muncul menjadi batu penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.

RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan unsur cinta dalam karyanya kali ini. Cinta yang terkawal peradabannya. Cinta bersifat fitrah. Jarang sekali rasa cinta itu muncul bermula dari kebencian. Namun itulah yang berlaku. Cinta tiga segi antara Saifudin, Engku Aminah dan Ratna Sang Ratu Sulaman. Cinta yang wujud dari peperangan, kemarahan dan dendam. Penuh aksi mendebarkan. Digelumangi magis dan kesaktian. Pelayaran dan pengembaraan yang terasa menggugah rasa hati. Sekian....

Novel2 SUNAN ni kalau korang nak lagi faham dengan lebih mendalam, korang kena baca novel terdahulu yang berkaitan. Biasanya novel yang terbaru berkaitan SUNAN merupakan kesinambungan novel2 berkaitan SUNAN yang lepas2. Tapi, kalau tak baca pun tak apa sebab cara penulisan dia tu dah cukup membuatkan kita faham setiap novel tanpa perlu lihat semula novel sebelumnya.Cepat order sebelum terlambat!!!!
0
Share


Baru-baru ni su dan nan, sunan, aku le tu.. ronda2 kuantan cari arnab. Asalnya nak cari baka new zealand white untuk dijadikan baka arnab pedaging.. lepas tu tengok baka kacuk tu comel la pulak. Bagi menjimatkan wang, aku bli la baka kacuk NZW sepsang dan kacuk anggora rasanya sekor.

Balik je rumah, trus merekacipta sangkar.Sangkar ni buat pkol 10-12 malam tu.perghh..berpeluh ketiok.. lepas ni kena reka autofeeder untuk arnab ni dan ayam2 kat kampung. Kalau nak beli, nipis poket.Gambar2 kat bawah ni aku ambil masa beli arnab di reban pemilik asal.

Arnab ni baka New Zealand White

Ni baka kacuk ape tah


Rebannye simple je
 Arnab kat atas ni milik Nurrabbitfarm (klik untuk ke blog beliau). Blog tu jarang update.

Ni reban orang lain. Reban ni lebih tersusun dan cantik. Yang penting, ade model lagi.haha
Arnbnya lebih bersih
 Pasal makanan arnab area kuantan ni, biasanya di kedai pets ada jual. kedai ikan hiasan pun ada jual. Ni salah satu kedai pets yang kitorang pegi hari tu. Kedai ni terletak di Tanah Putih. Kedainya terletak berdekatan petronas. Lokasi Petronas ni ialah berhampiran jambatan Kuantan.







Kedai ni ada jual barang-barangna di mudah.my. Diorang boleh COD (hantar ke tempat yang berdekatan). So, kalau nak mudah, beli je online. Klik TULUS JUHA untuk belian online..
0
Share
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

CARIAN DI SUNAN

PENAFIAN : Sebarang risiko akibat penggunaan dan pengikutan artikel atau lawatan di blog ini hendaklah ditanggung oleh pengunjung. Penulis hanya menulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang cetek.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ▼  2025 (16)
    • ▼  Dis (2)
      • HARI KELEPASAN AM / CUTI AM MALAYSIA 2026 (PERSEKU...
      • TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN / GAJI PENJAWAT AWAM TA...
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (4)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jul (6)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2024 (4)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (3)
  • ►  2023 (3)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2022 (3)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Jan (2)
  • ►  2021 (30)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Nov (11)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jul (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (3)
    • ►  Apr (1)
  • ►  2020 (17)
    • ►  Dis (7)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Ogo (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2019 (5)
    • ►  Apr (3)
    • ►  Feb (2)
  • ►  2018 (3)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mac (1)
  • ►  2017 (18)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Mei (2)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (7)
  • ►  2016 (5)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2015 (13)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Okt (3)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2014 (7)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Feb (6)
  • ►  2013 (3)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mac (2)
  • ►  2012 (7)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Jul (4)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Feb (1)
  • ►  2011 (15)
    • ►  Dis (6)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Jan (4)
  • ►  2010 (5)
    • ►  Dis (4)
    • ►  Jan (1)

TOP 5!!

  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 1
    Fius berhampiran bateri Selepas beberapa hari aku memeiliki FZ , aku masuk group facebook Persatuan Pemilik Yamaha FZ150i untuk mencar...
  • Fz150i : Masalah Yamaha fz Mati dan Penyelesaiannya. PART 2
    Baiklah, bersambung lagi. Antara  simptom-simptom fius ni dah tak mampu untuk alirkan kuasa secukupnya ialah :
  • Tangga Gaji/Sifir Gaji/Jadual dan cara pengiraan Gaji SBPA 2012 (PT-PO N-17)
    Aku nak tunjuk tangga gaji / sifir gaji / jadual gaji dan cara pengiraan bagi SBPA pada tahun 2012 untuk Pembantu Tadbir (P/O) N17. Kenapa a...
  • TENTANG NAZA RIA : KELEBIHAN, KEKURANGAN, KEBAIKAN, KEBURUKAN
      Naza Ria atau biasa disebut sebagai 'ANAK GAJAH; / 'AG' oleh pemiliknya merupakan sebuah MPV bersaiz penuh, adik kepada model ...
  • Gio Mall Kuantan, Pusat Beli Belah Pakaian Muslimah Moden di Kuantan
    Pinjam gambar jap ye. Sape punya gambar tah la Gio Mall, gedung beli belah pakaian muslimah berkonsepkan moden yang pada aku terbesar...

Label

baby sunan (16) bantuan (9) bisnes (1) blog (28) cbr250r (8) fz150i (8) handfon (5) info (12) jalan-jalan (12) kereta (24) motorsikal (19) naza ria (18) novel (1) pengalaman (7) pengumuman (7) penjawat awam (10) penternakan (2) perfume (5) permainan (2) rompin (2) VF3i (5)

Facebook Page

SUNAN.my

FOLLOW SUNAN

HUBUNGI SUNAN

Nama

E-mel *

Mesej *

Since ; 2010 SUNAN.my

Template By ThemeXpose